JALAN PULANG

Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Saturday, May 25, 2013

HIMPUNAN #BLACKOUT505 BERMULA Di Petaling Jaya!




Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.


Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. 


Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG


6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.

6.10pm: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.


5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan."Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.

5.30pm: 
Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.

5.27pm: 
Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.


“Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.

5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:

  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.

4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah. Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.

Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.

Ditanya mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.

Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.

"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.

4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.


Tuesday, May 14, 2013

NGO Melayu Suruh Boikot Bisnes Cina?


Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.

Sambil menempelak Ketua Pembangkang, 
Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar".

Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.

Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina.

Sunday, May 12, 2013

PAS: SPR Sudah GAGAL!


PAS Pahang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada pilihan raya umum ke-13 khususnya ketua tempat mengundi yang tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan cukupnya.

Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan petugas SPR tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.

Menurutnya, sebagai contoh di DUN Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali PAS memohon daripada mereka.

“Di DUN Dong, Raub, berlaku kes di mana ketua tempat mengundi memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di DUN Pulau Tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang Parlimen bertukar dengan borang DUN,” katanya, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain di DUN Kuala Semantan dan PAS telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos.

Tuan Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat Pahang akan membuat petisyen bantahan kemenangan BN yang hanya menang sekitar empat peratus di Parlimen Bentong, DUN Damak, Jerantut dan DUN Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan.

Wednesday, May 08, 2013

Kenapa Rakyat Bandar TOLAK BN?


Benarkah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 memberi gambaran wujudnya trend undian bersifat perkauman, khususnya di kalangan pengundi Cina hingga menimbulkan kebimbangan apakah negara ini akan terjerumus ke kancah hubungan perkauman yang merunsingkan hingga boleh jejas keharmonian kaum yang begitu lama dipupuk dan dibangunkan?.

Malah Perdana Menteri Najib Razak ketika mengucapkan terima kasih kepada pengundi sebaik sahaja pengumuman dibuat, berkata, BN sudah berjaya menubuhkan kembali kerajaan awal pagi Isnin juga meluahkan kebimbangannya terhadap ‘tsunami Cina’ itu yang menolak BN secara total dengan memberi sokongan menyeluruh mereka kepada DAP.

Ini membolehkan parti perkauman itu berjaya meraih sehingga 38 kerusi di kawasan bandar yang ada majoriti pengundi Cina hingga melonjak menjadi partidominan dalam Pakatan Rakyat.

Pengundi Melayu yang lama diketahui tidak perhitungkan sangat pendirian keMelayuan menolak kedua-dua calon yang lantang perjuangkan hak Melayu seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin, menunjukkan kembali kematangan mereka tidak mahu menerima perjuangan berasaskan perkauman.

Maka itu kerajaan dan rakyat keseluruhannya terutama orang Cina perlu lebih bermuhasabah terhadap corak pendirian dan pemikiran mereka supaya tidak berterusan tebal dengan pendirian perkauman yang tidak sihat ini.

Bagi Najib sendiri walau pun kecewa dengan corak pengundian itu berhasrat menanganinya dengan lebih berkesan. 

Malah kerajaan akan lebih serius untuk memupuk perdamaian antara kaum supaya masyarakat Cina tidak berterusan meminggirkan diri dari arus perdana.

Timbul juga persoalan bagaimana walaupun Najib telah berusaha untuk memenuhi kehendak Cina hingga telah menemui pertubuhan Dong Zong yang berterusan membuat pelbagai tuntutan Cina tetapi Cina tetap menolak kerajaan.

Maka tidak menghairankan kenapa kerajaan ditekankan tidak lagi memberi pertimbangan luas kepada kaum Cina yang tidak berterima kasih terhadap apa yang diberikan.

Corak kempen berbaur perkauman DAP juga mempengaruhi Cina menolak BN hingga hampir menguburkan dua parti mewakili Cina dalam BN, MCA dan Gerakan kerana bertekad mahu menukar pemerintahan yang ada.

Orang Cina dikatakan pragmatik dan diketahui akan menyokong puak yang mereka fikir akan menang. Dan bagi PRU13 ini mereka termakan dengan laungan ‘Tukar’ dan telah membuat perhitungan PR akan menang sebagaimana banyak dipaparkan di internet.

Hasil dari kempen bertubi yang membawa persepsi masanya sudah tiba untuk menukar kerajaan mereka mempercayainya dan berpaling tadah meninggalkan MCA dan Gerakan untuk memberi undi menyeluruh mereka kepada DAP.

Keputusan itu juga menunjukkan BN khususnya Umno berterusan mendapat sokongan pengundi luar bandar. 

Apa boleh disimpulkan dari kedudukan demikian?

Apakah ia tidak menunjukkan bahawa rakyat di bandar rata- ratanya tidak menyokong atau kecewa dengan prestasi kerajaan. 

Apa sebenarnya yang membawa kepada penolakan BN secara menyeluruh itu di kawasan bandar?

Selain dari corak pemilihan perkauman apakah isu yang menyebabkan penolakan demikian itu?

Terdapat dua isu besar yang amat tidak disenangi penduduk bandar, bukan hanya Cina. Ia bersangkutan keselamatan dan rasuah.

Ramai penduduk bandar amat cemas dengan keadaan keselamatan. Orang biasa tidak lagi berasa selamat berada di bandar. 

Ini adalah kerana seringnya berlaku ragut dan rompakan serta pecah rumah dengan polis dilihat seolah-olah lumpuh untuk mengatasinya.

Kerajaan pula dilihat seolah-olah tidak mahu menerima kebimbangan penghuni bandar dengan berterusan mengeluarkan kenyataan keadaan keselamatan berada di tahap memuaskan. 

Kononnya perlakuan rompakan dan ragut sudah dapat diatasi walau pun ia berterusan berlaku.

Demikian juga perlakuan rasuah khususnya di kalangan penjawat awam yang diberi kuasa mengeluarkan pelbagai permit dan lesen bagi membolehkan rakyat dan syarikat menjalankan perniagaan dan perusahaan.

Wujud keadaan di mana permit dilambatkan kalau permohonan tidak disertakan dengan imbuhan untuk pegawai. 

Hal ini dirasai oleh semua yang mahu mendapatkannya tidak kira Melayu atau bukan Melayu.

Mungkin inilah juga sebabnya kenapa semakin ramai golongan profesional Melayu juga tidak menyokong kerajaan kerana mereka lihat kerajaan seolah-olah sudah lumpuh untuk mengatasi perlakuan rasuah yang amat jelik ini.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga tidak dapat memberikan keyakinan ia serius untuk mengatasi masalah itu. 

Jadi tidak menghairankan kenapa Malaysia sudah pun diberi jolokan sebagai sebuah negara bergelumang dengan rasuah hingga boleh menyaingi Indonesia dan negeri Thai.

Selagi dua isu ini tidak dapat diatasi selagi itulah BN sukar mendapat sokongan rakyat di bandar.

<div class="fb-comments" data-href="http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/05/kenapa-rakyat-bandar-tolak-bn.html?m=0" data-width="470" data-num-posts="10"></div>

ADUN Pakatan Rakyat Tak Hadir Majlis Angkat Sumpah

 

Kesemua 28 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat tidak hadir pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Kami tidak hadir kerana kami rasakan tiada ketelusan dan wujud kesangsian pada keputusan pilihan raya lepas," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan di beberapa portal berita online yang mendakwa Pakatan Rakyat memboikot istiadat tersebut.

Sementara itu, Zambry berkata, kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat dijemput hadir ke istiadat itu.

"Bagi saya, PRU13 sudah berakhir dan ia adalah masa untuk kita (BN) meneruskan agenda kepimpinan dan pentadbiran negeri Perak yang melibatkan semua pihak. Saya tidak mahu komen ketidakhadiran mereka di istana pada hari ini," katanya.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak berjaya mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN.


<div class="fb-comments" data-href="http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/05/adun-pakatan-rakyat-tak-hadir-majlis.html?m=0" data-width="470" data-num-posts="10"></div>

Tuesday, May 07, 2013

'Najib Curi Pilihan Raya'


"Projek 16 September" tidak akan berlaku sekali lagi, sebaliknya Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, apa yang menjadi keutamaannya kini ialah memenuhi permintaan rakyat untuk memastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil.

Menurut Anwar, Pengerusi BN Najib Razak telah menang dalam pilihan raya kali ini dengan penipuan apabila terdapat beberapa dakwaan mengenai "pengundi hantu" serta pembelian undi semasa hari mengundi.

"Tidak (akan berlaku 16 September). Tetapi untuk masa sekarang kamu (kerajaan) perlu memenuhi kehendak rakyat. Kamu (kerajaan) telah curi pilihan raya ini daripada rakyat.

"Dan kita mahu, kerajaan sekarang menerima kenyataan bahawa kesahan penubuhan kerajaan mereka akan dipersoalkan. Mereka harus mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bersih dan adil.

"Ini bukan mengenai politik tetapi rakyat amat mahukan perubahan. Mereka berharap dan berdoa tentang suatu jangkaan yang sah daripada rakyat," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah tentang kemungkinan berlakunya projek 16 September seperti pada tahun 2008 sekali lagi.

Pada 2008, Anwar membuat pengumuman akan berlaku perubahan kuasa pada 16 September apabila seramai 30 ahli parlimen BN didakwa akan menyertai Pakatan.

'Keputusan amat menyedihkan saya'

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kenyataan Najib tentang "perdamaian nasional" serta "tsunami Cina", Anwar berkata, ia seolah-olah menunjukkan tanda "bermurah hati" kerajaan kepada rakyat.

Sebaliknya, Anwar berkata, Najib menyalahkan kaum Cina apabila mengatakan berlakunya "Tsunami Cina" selepas mengetahui keputusan pilihan raya umum semalam.

"Itu mungkin nak tunjukkan tanda-tanda bermurah hati tetapi itu bercanggah dengan diri dia apabila mempersalahkan (kekurangan undi BN) akibat tsunami Cina.

"Dia sepatutnya memahami apa masyarakat Cina mahukan dan kenapa kamu tidak boleh menghadapi isu ini.

"Saya kesal kerana dia (Najib) membawa isu perkauman. Perkara ini tidak benar dan 'nakal'. Saya tidak akan mendukung aliran perkauman dan budaya (perkauman) ini. Sifat tidak mewakili budaya Melayu dan Islam," katanya.

Selain itu dalam temubual itu juga, Anwar turut melahirkan kekecewaan dan sedihnya tentang keputusan pilihan raya umum semalam.

Beliau bagaimanapun tidak akan berputus asa, sebaliknya akan terus berusaha bagi mengembalikan kepercayaan rakyat bersama Pakatan.

"Ia amat menyedihkan saya. Tidak dapat digambarkan kekecewaan ini.

"Ya (Pakatan akan kekal bersama). Saya lihat Terengganu juga berpotensi. Kita akan pergi kepada proses dan akan mendesak untuk mempunyai satu sistem pilihan raya yang benar dan bebas," katanya lagi.


Monday, May 06, 2013

DAP Sokong Anwar Ketua Pembangkang


Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan terus memberikan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim terus kekal menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun DAP memiliki kelebihan kerusi Dewan Rakyat.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Sokongan ini akan berterusan bukan hanya setakat Ketua Pembangkang malah mungkin sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang baru melabuhkan tirai semalam, jumlah kerusi Parlimen yang berjaya diperolehi oleh PKR adalah 30, PAS (21) manakala DAP (38).

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak yang menyifatkan berlaku 'tsunami pengundi Cina' pada pilihan raya, beliau mendakwa, kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut mendakwa kenyataan tersebut membuktikan Najib sebenarnya menafikan hak hampir 11 juta rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi.

"PR sendiri telah membuktikan kemenangan mereka diperoleh hasil undi masyarakat berbilang kaum.

"Kita telah menang banyak kerusi yang sebelum ini dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan majoriti pengundi Melayu.

"Ini bukan tsunami pengundi Cina, tetapi tsunami rakyat Malaysia yang melangkaui bangsa, malah saya sendiri tidak akan menang di Gelang Patah jika tidak dapat sokongan pengundi Melayu," tegas beliau lagi.

Ujar beliau, DAP amat kesal dengan kenyataan Najib yang sememangnya tidak tepat.

Anwar To Rakyat: Wednesday At MBPJ Stadium


Opposition leader Anwar Ibrahim announced today that he will address his supporters at 8.30pm on Wednesday, at the Kelana Jaya MBPJ stadium.

He is to highlight the alleged fraud and irregularities of the Election Commission and Prime Minister Najib Razak during the 13th general election which was held yesterday.

“I call upon as many Malaysians to join hands and express our rejection and disgust at the unprecedented electoral frauds committed by Najib and the EC,” said Anwar in a statement today.

“The fact that Pakatan Rakyat won the popular votes by a large margin confirms the mandate given to us and highlights that electoral frauds won the elections for Najib,” he added.

He said Pakatan won 50.3% of the populor votes, as opposed to BN’s 46.8%.

Barisan Nasional won 13th general election with 133 parliament seats, against Pakatan Rakyat’s 89 parliamentary seats.

Call for change will continue

Anwar also said that change was inevitable as the people have vouched for it rather than be governed by the same party for another five years, adding to the existing 57 years.

“The call for change is unstoppable. The demand for a clean and fair elections to ensure the government is transparent and accountable will continue,” he said.

Anwar has vowed not give up until his questions on allegations of fraud are answered, and the BN government is able to prove their legitimacy.

“Our conscience cannot allow us to accept the election results conjured through frauds and cheating,” said Anwar.

“My heart is with every Malaysian who does not accept the results and I will work towards a national consensus to question the legitimacy of the BN government,” he added.

PERMOHONAN MAAF Terbuka Kepada Dr Abdul Rahman Abdul Kadir.

Adalah dengan ini admin serta moderator blog Jalan Pulang memohon maaf terhadap Dr Abdul Rahman Abdul Kadir (nama pena, Dr Rahman Kadir), pegawai perubatan HKL secara terbuka tanpa sebarang paksaan.

Permohonan maaf ini adalah untuk artikel yang mengulas tentang nota bertajuk,"Apabila Raja Dijadikan Jenaka".

Kesemua artikel yang berkaitan dengannya sejak 18 April 2012 sehingga yang terbaru sudah pun ditarik balik bermula hari ini dan sudah pun dipadamkan dari senarai posting blog (draf juga telah dipadamkan).

Permohonan ini kekal dalam senarai artikel dalam blog ini bagi tujuan rujukan pada masa akan datang.

Admin juga meminta pengendali blog lain supaya menarik balik tulisan masing-masing yang diambil dari blog ini tanpa sebarang notis.

Segala kekeliruan akibat dari penyiaran artikel berkenaan amat dikesali.

Sekian harap maklum.

JALAN PULANG - Admin

PECAH BERITA! Pakatan Rakyat TOLAK Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13!


Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu.

Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan SPR.

Masih belum dimuktamadkan keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan, SPR nampaknya tergesa-gesa mengumumkan BN sudah memperolehi 112 kerusi sedangkan dalam masa sama tidak mengumumkan secara rasmi kedudukan keseluruhan.

Sunday, May 05, 2013

PECAH BERITA! PAKATAN RAKYAT SEMAKIN MARA! 55 Kerusi Dalam Genggaman!


Setakat jam 11 malam ini, Pakatan Rakyat sudah memperolehi 52 kerusi parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang cuma memperolehi 38 kerusi.

Tiga kerusi tambahan dijangka di parlimen Tebrau, Pasir Gudang dan Bukit Bendera.

Beberapa keputusan mengejut berlaku antaranya:

1) Lumut - Kong Cho Ha tewas di tangan calon KEADILAN, Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid

2) Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar menang ke atas Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan majoriti 1,847 undi.

11.10pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi.

10.59pm: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang.

10.47: Khalid Samad (PAS) menang di Shah Alam menewaskan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin (BN) dengan majoriti lebih 10,000.

10.42: PAS mengumumkan parti itu hanya berjaya menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu. BN menang 17 kerusi.

10.39pm: Laporan Utusan menyebut BN menang di Negeri Sembilan dengan majoriti mudah.

10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh.

10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat.

Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang.

Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut.

10.25pm: DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.

Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai.

10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.

9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

PECAH BERITA! Keputusan Tak Rasmi Jam 9 Malam. Pakatan Rakyat Mendahului BN Lagi!


Setakat jam 9 malam tadi, Pakatan Rakyat kekal mendahului Barisan Nasional (BN) mengikut kiraan tidak rasmi yang diperolehi dari sumber terkini.

Pakatan Rakyat telah hampir pasti menang di kerusi parlimen berikut:

1) Tumpat
2) Kota Bharu
3) Pasir Mas
4) Kuala Krai
5) Machang
6) Serdang
7) Kulim-Bandar Baharu
8) Kepong
9) Bandar Kuching
10) Lanang
11) Miri
12) Kulai
13) Ipoh Timur
14) Taiping
15) Wangsa Maju
16) Raub
17 Sarikei
18) Lembah Pantai
19) Bayan Baru
20) Pandan

Manakala BN menang sembilan kerusi kesemuanya di Sarawak:

1) Julau
2) Limbang
3) Kanowit
4) Sri Aman
5) Lawas
6) Serian
7) Kapit
8) Mas Gading
9) Lubok Antu

Berdasarkan kiraan semasa juga, calon DAP parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mendahului lawannya iaitu BEKAS menteri besar Johor, Abdul Ghani Othman.

Kit Siang kini mendahului Ghani dengan majoriti 2,457 undi.

9.08am: Keputusan rasmi dari SPR untuk 31 kawasan parlimen di Sarawak:

BN - 16
DAP - 1

9.08pm: TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.

PKR - 27,234
BN - 25,666

Jumlah pengundi: 72,533

9pm: Laporan Utusan menyebut, BN kini hanya perlu menang di dua kerusi parlimen untuk memberi kemenangan dengan majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi.

Utusan juga melaporkan Kedah jatuh ke tangan BN manakala akhbar Sin Chew Daily menyebut Terengganu kembali ke tangan Pakatan.

8.55pm: DAP setakat ini berjaya mengekalkan lima kawasan parlimen yang ditandinginya – Kuching di Sarawak dan empat lagi di Kuala Lumpur – Bukit Bintang, Seputeh, Kepong dan Segambut.

Sementara itu, PKR berjaya mengekalkan Bayan Baru di Pulau Pinang.

Umno pula mengekalkan kerusi Putrajaya dan Setiawangsa di Kuala Lumpur. Laporan tidak rasmi menunjukkan parti itu turut merampas Titiwangsa daripada PAS.

8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).

DAP - 27,096
BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887

8.41pm: Lim Kit Siang (DAP) mengekalkan mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 10,892
BN - 8,549

Jumlah pengundi: 106,864

8.35pm: TAK RASMI BN Menang lagi 3 kerusi: Mas Gading, Batang Lupar, Limbang.

8.34pm: Di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) mendahului Tay Chin Hein (BN) dan S Kuppayah (Bebas) bagi kerusi parlimen.

DAP: 8,613
BN: 6,292
Bebas: 85

Jumlah pengundi: 84,149
8:28pm: Keputusan tidak rasmi: DAP mengekalkan Bandar Kuching.

DAP - 30,133
BN - 10,491
Majoriti - 19,640

Penyandang MP Chong Chieng Jen (DAP) telah meningkatkan majoritinya hampir 10,000 undi. Pada tahun 2008, Chong memenangi kerusi itu dengan majoriti 9,952 undi.

8.25pm: TAK RASMI BN 7, PR 1. BN memang di Putrajaya, Serian, Betong, Igan, Mukah, Julau, Lawas. Pakatan menang di Bandar Kuching.

8.21pm: Segamat - Selepas 61 peratus undi dikira, Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam (BN) ini mendahului Datuk Chua Jui Meng (PKR).

PKR - 10,466
BN - 13246

Jumlah pengundi: 47,115

Sementara itu di Pasir Gudang, Normala Abdul Samad (BN) kini mendahului Ahmad Faidhi Saidi (PKR)

PKR - 11,001
BN - 11,616

Jumlah pengundi: 101,121

PECAH BERITA! Keputusan Tidak Rasmi: Pakatan Rakyat Dahului BN!


Maklumat terkini dari sumber berita seluruh negara:

Setakat jam 8 malam ini, Pakatan Rakyat mendahului Barisan Nasional (BN) dari segi kerusi parlimen.

Pakatan Rakyat kini secara tidak rasmi memenangi 12 kerusi berbanding BN 3, kesemuanya di Sarawak.

1) DAP menang kesemua kerusi parlimen di Selangor yang ditandinginya. Serdang, Petaling Jaya Utara, Puchong dan Klang sudah hampir pasti disahkan

2) DUN Kedah hampir pasti kekal di tangan Pakatan Rakyat apabila PAS mendahului BN dengan kelebihan enam kerusi.

3) Nurul Izzah Anwar kini sedang mendahului Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di parlimen Lembah Pantai. Nurul kini memperolehi 15,141 undi berbanding Raja Nong Chik 11,176 undi.

4) DAP hampir pasti menang di parlimen Ipoh Timor melalui calonnya, Thomas Su dengan majoriti besar 31,662 undi.

5) Kesemua 11 DUN di Negeri Sembilan yang ditandingi DAP menang manakala KEADILAN dan PAS dijangka menambah lagi sekurang-kurangnya 11 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

6) BN menang di parlimen Putrajaya menewaskan calon PAS, Husam Musa dengan kiraan majoriti lebih 4 ribu undi.

7) Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dijangka tidak menghadapi masalah menewaskan calon BN, Razali Ismail di parlimen Permatang Pauh.

8) DAP menang di parlimen Bandar Kuching apabila calonnya menewaskan calon BN. BN cuma memperolehi 10491 undi berbanding DAP dengan 30133 undi.

PECAH BERITA! TIDAK RASMI: KEADILAN MENANG SATU KERUSI!


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dipercayai sudah memenangi kerusi parlimen P205 Saratok menurut beberapa sumber memaklumkan perkara itu.

Calon KEADILAN, Ali Biju yang merupakan ADUN Krian memperolehi 3,769 undi berbanding lawannya dari Barisan Nasional (BN), William Mawan Ikorm yang memperolehi 2,418 undi setelah selesai 39 peti undi dikira.

Pusat pengundian juga telah ditutup jam 4.30 petang tadi.

@MrAloysiusCS: Unofficial Saratok: 39 peti undi BN (2418) PKR (3769) Bebas (86) Rosak (61)

Pengerusi Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim juga mengumumkannnya dalam laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

Saratok merupakan salah satu daripada 12 kerusi yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk dimenangi kerana calon BN berdepan dengan masalah terutamanya pengundi di parlimen itu.

Mana-mana pakatan yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi terlebih dahulu akan berhak membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dijangka akan hadir dalam satu pertemuan di One World Hotel kira-kira 9 malam ini, dipercayai parti komponen Pakatan Rakyat akan memperolehi majoriti mudah kira-kira jam 11 malam nanti.