Nampaknya Tauke Judi a k a Taikun Kesayangan Umno-APCO, VinSetan cuba meniupkan sentimen moral dan agama dalam kenyataan terbarunya.
Derma yang cuba disuap kepada rakyat supaya kelulusan judi diterima rakyat Malaysia khususnya orang Islam sangat tidak bertanggungjawab.
Di sebalik kecaman dan desakan supaya KERAjaan Umno-APCO menarik balik larangan kelulusan judi kepada Ascot Sport, tiba-tiba VinSetan cuba menjustifikasikan judi boleh menjadi alat membantu golongan miskin hasil judi sukan yang akan dimulakan.
Apakah beliau sengaja merendahkan martabat seorang taikun berpengaruh hanya semata-mata ingin mengaut keuntungan berlipat ganda hasil wang judi seluruh Malaysia? Apakah beliau tidak menjumpai ayat dalam kitab suci Al-Quran seperti mana yang dikatakan Tun Haniff Omar, bekas Ketua Polis Negara?
Apapun alasannya, judi tetap haram di sisi agama Islam dan juga tidak baik dari segi moral buat agama lain kerana ia merosakkan struktur masyarakat yang masih kuat berpegang kepada agama.
Peliknya, tiada seorang pun mufti apatah lagi pemimpin Umno-APCO berani menegur "fatwa" VinSetan yang boleh mendermakan wang judi untuk digunakan kepada orang miskin. Seolah-olah menjadi "syaitan bisu" menghalalkan segala aktiviti maksiat dan ditegah agama dari menjadi mainan VinSetan.
Segalanya terserah kepada pemimpin Umno-APCO terutama rakan baiknya Najib untuk menasihati VinSetan supaya membatalkan sahaja judi sukan yang semakin ditolak rakyat. Apakah Najib berani menegur lantaran Perak telah berjaya ditawan hasil wang judi RM25 juta pemberian VinSetan?
Judi tetap haram di sisi agama Islam, walau hasilnya didermakan untuk kebajikan sekalipun! Matlamat TIDAK menghalalkan CARA!
Petikan dari The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyifatkan kenyataan jutawan Tan Sri Vincent Tan semalam bahawa beliau akan menderamakan RM525 juta hasil jualan Ascots Sport untuk tujuan kebajikan sebagai “gula-gula mahu menghalalkan judi sukan.”
Di sebalik komitmen Tan itu, GMJ bertekad akan berkempen seluruh negara membantah pengeluaran lesen judi sukan sehingga ia ditarik balik oleh kerajaan pusat.
“Tan Sri Vincent Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.
“Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran kelulusan lesen judi sukan ini,” kata Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Petang semalam, GMJ melancarkan kempen memprotes kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan.
Suhaizan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat berkata, Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan.
“Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka lebih memerlukan,” katanya dengan menyindir.




