Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Tuesday, September 28, 2010

Kes Liwat Anwar: Setuju Muhyiddin Petaka Buat Najib Altantuya?




Pengakuan Muhyiddin yang "bersetuju" dengan pengasas Virgin, Richard Branson yang mengatakan ekonomi Malaysia bermasalah disebabkan kelewatan kes liwat Anwar Ibrahim diselesaikan, nampaknya mampu mengundang "sengketa" baru!

Nyata Muhyiddin sengaja "menjolok sarang tebuan" dengan bermain isu yang sebenarnya memakan diri Najib Altantuya sendiri!

Tetapi, Muhyiddin tidak berseorangan dalam menyerang Najib Altantuya jika tiada Mahathir di belakang menyokongnya!

Jelas, Najib Altantuya mula tersepit dengan kenyataan terbaru Muhyiddin yang mampaknya tak sabar-sabar menggantikannya!

Apakah Muhyiddin berani menongkah arus kali ini?/Jalan Pulang

DPM Muhyiddin Yassin admits that Anwar Ibrahim's second sodomy trial is a blot on Malaysia's foreign investment radar that should be wiped clean as soon as possible.

Read also: DPM-PM collision course: Agrees with Branson on Sodomy II...

Virgin's Branson condemns Sodomy II, tells Najib to stop it ...

Pakatan demands explanation for BTN's only Malays can rule ...

Benarkah Mahathir Melayu?


Alhamdulillah!! - Dr Mahathir kembali menjadi Melayu

Sejak akhir-akhir ini Tun Dr Mahathir seringkali membuat kenyataan-kenyataan politik dan nampaknya beliau masih berpolitik.

Kali ini Dr Mahathir bercakap agak lantang tentang Melayu dan beliau menarik perhatian ramai. Setelah bersara dari jawatan tertinggi negara, beliau lantang pula bercakap tentang mempertahankan Melayu.

Isu perkauman memang ‘forte’ politik Dr Mahathir kerana beliau menaikki tahkta kuasa negara melalui imej ‘ultra’ Melayu selepas sahaja beliau ditewaskan oleh Murshidul Am Pas Haji Yusuf Rawa dikawasan Kota Setar pada tahun1969 dahulu.

Dr Mahathir sememangnya mendapat tempat kerana memainkan isu Melayu dan perkauman yang kuat. Malahan apabila beliau mula-mula dilantik oleh Husein Onn pada tahun 1976 sebagai Timbalan Perdana Menteri, kaum asing terutamanya kaum Cina mempunyai kesangsian yang tinggi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara dan bakal menggantikan Husein Onn sebagai Perdana Menteri.

Beliau tewas dalam pilihanraya itu kerana kehilangan sokongan kaum Cina dikawasan Kota Setar. Beliau telah menyalahkan semua pihak termasuk Tunku Abd Rahman dan beliau telah membuat kenyataan-kenyataan perkauman dan dalam sekelip mata beliau dianggap sebagai ‘ultra’ Melayu.

Perlembagaan telah menentukan keistimewaan orang Melayu terjamin melalui Bab 153 tetapi perlembagaan juga telah mempastikan setiap penduduk yang berbangsa lain itu juga dipertahankan.

Peruntukkan ini bukannya peruntukkan baru. Ianya telah diperuntukkan sejak Perjanjian Kemerdekaan lagi dan ianya telah meletakkan setiap rakyat dijamin tentang keselamatan setiap bangsa yang ada didalam negara ini.

Keadaan kucar kacir yang kita dengar dan lihat sekarang ini adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kita yang bermain politik seperti bermain api.

Api semasa kecil menjadi kawan tetapi jika ianya membesar akan menjadi lawan. Saya menyalahkan setiap pemimpin, tidak kira pemimpin UMNO atau pun pemimpin komponen yang lain khususnya MCA.

BN tidak boleh menggunakan isu-isu perkauman untuk mendapatkan undi dan sokongan kerana isu itu hanya laku dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu.

Mendapat sokongan dengan menakut-nakutkan, menekan serta memaksa rakyat untuk menyokong kita akan menghasilkan kepimpinan negara yang lemah. BN tidak boleh menggunakan isu perkauman hanya kerana mereka sudah nampak sokongan rakyat sudah berubah.

Apa yang sangat perlu dicari sekarang ini ialah pemimpin Melayu yang berkebolehan tinggi serta berpengalaman dan yang mendapat penghormatan dari setiap kaum dinegara ini supaya segala usahanya untuk mentadbir negara secara adil boleh dilakukan.

Buat masa ini kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terperangkap dengan isu perkauman dan diantara pemimpin-pemimpin kita semuanya terpaksa bermain dengan isu-isu perkauman yang menebal untuk mendapat perhatian rakyat.

NGO Melayu seperti PERKASA dan penaungnya Dr Mahathir sekarang terperangkap dengan sensitivity perkauman dan jika kumpulan ini mendapat 100 peratus sokongan dari orang Melayu dan berjaya mendapat kuasa politik sekali pun tidak akan menjamin keutuhan bernegara diantara bangsa-bangsa di Malaysia ini.

Malaysia tidak mampu menjadi negara yang aman makmur jika negara ini hanya dikuasai secara politik oleh hanya satu kaum sahaja.

Orang-orang Cina pun sepatutnya memahami yang negara ini tidak akan aman dan makmur jika Melayu merasakan mereka dihimpit oleh kaum-kaum lain kerana dari awal orang-orang Melayu merasakan yang moralnya negara ini adalah negara yang asalnya adalah milik Raja dan rakyat Melayu.

Saya secara peribadi mengharapkan Dr Mahathir memainkan peranan untuk mencari ‘point of reconciliation’ diantara kaum dari memainkan isu yang menyuburkan sentiment perkauman.

Beliau yang mengaku yang segala-galanya adalah terbaik dizaman pemerintahan beliau sepatutnya memainkan isu-isu yang boleh menyejukkan perasaan kaum-kaum dinegara ini.

Setakat ini beliau hanya mendapat sokongan dari orang Melayu sahaja dan beliau belum lagi memberikan pandangan yang boleh mengimbangi pihak-pihak yang bertentangan dalam isu perkauman seperti yang ada semasa beliau mentadbir negara dulu.

Tetapi sebaliknya beliau kembali menjadi ‘ultra’ Melayu seperti beliau lakukan untuk mendapat tempat dihati orang Melayu selepas kejadian berdarah 1969 dahulu.

Aspan Alias

Loceng NYSE: Berapa Juta Lagi Wang Rakyat Hangus?



Lepas Rosmah, kini tiba giliran Najib Altantuya!

Tujuannya sama, menghabiskan wang rakyat dengan perkara langsung tak berfaedah.

Banggakah kita Perdana Menteri membunyikan loceng penutup urusniaga di Bursa Saham New York (New York Stock Exchange) dan kita sebagai pembayar cukai hanya mampu melihat satu lagi pembaziran wang rakyat ke longkang 5th Avenue?

Lu pikir la sendiri!/Jalan Pulang

Hari Malaysia di NYSE bagi tarik pelabur AS - Najib

NEW YORK 28 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Bursa Saham New York (NYSE) semalam dan seterusnya membunyikan loceng penutup urus niaga pada hari lawatan berkenaan.

Terdahulu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan para eksekutif penting bursa diketuai oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) NYSE Euronet, Duncan Niederauer mengenai cara-cara membantu para pelabur Malaysia untuk akses ke pasaran modal AS.

Dalam taklimat ringkas selepas menandatangani buku tetamu, Najib berkata, yang beliau telah mencadangkan agar diadakan Hari Malaysia di bursa berkenaan bagi menarik para pelabur AS ke pasaran Malaysia serta pasaran-pasaran lain di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata, Malaysia boleh menjadi pintu laluan ke pasaran ASEAN yang beliau sifatkan sebagai antara yang paling pesat berkembang di Asia.

Perdana Menteri berkata bursa-bursa ASEAN seharusnya bekerjasama rapat dan lebih bersepadu untuk menarik pelabur asing.

Bursa NYSE, terletak di 11 Wall Street, ialah bursa saham terbesar di dunia dengan permodalan pasaran dianggarkan $11.9 trilion setakat Ogos tahun ini. - Bernama

Siapa Tipu Siapa Benar?


Star-Utusan Malaysia : Mana Satu Betul ?

Dalam keghairahan menyerang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat, akhbar Star dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang bukan sahaja tidak disokong fakta, tetapi bercanggah antara satu sama lain.

Dalam laporan muka depannya hari ini, The Star menyifatkan kekalahan pemimpin pada peringkat cabang seperti Elizabeth Wong (Petaling Jaya Utara), Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayob (Pasir Salak) dan Kamarul Baharin (Teluk Kemang) adalah kerana mereka bukan “orang Anwar Ibrahim atau Azmin Ali.”

Utusan Malaysia (mukasurat 3) juga merujuk kepada kekalahan tokoh-tokoh sama tetapi menyifatkan kesemua mereka sebagai “orang Anwar dan Azmin.” Menurut Utusan, kekalahan mereka kononnya adalah bukti Anwar dan Azmin akan menghadapi masalah pada pemilihan peringkat nasional November depan.

Mana satu yang betul? Mungkin sudah sampai masanya untuk akhbar-akhbar arus perdana mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap hari untuk memastikan laporan yang diputar belit oleh mereka sekurang-kurangnya dibuat atas premis yang sama sebelum menjajanya kepada rakyat.

Biarlah akhbar-akhbar berkenaan berpegang kepada slogan 1Malaysia, 1Fitnah dan mengelak daripada mengadakan dua tiga versi berlainan mengenai fitnah yang sama.

Selain Utusan dan The Star, akhbar-akhbar lain seperti Berita Harian dan New Straits Times turut menyerang PKR atas kekecohan yang berlaku di tujuh cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan setakat ini.

Kesemua mereka mendakwa kekecohan itu mencerminkan sistem satu ahli satu undi PKR gagal, malah memetik Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai berkata kekecohan itu bukti PKR tidak ada kemampuan untuk memerintah.

Fakta “kecil” yang sengaja dilupakan oleh Muhyiddin ialah kekecohan berlaku hanya pada tujuh Cabang. 159 Cabang mengadakan mesyuarat dan pemilihan tanpa sebarang masalah dan dalam suasana yang hanya menyuburkan demokrasi tulen dalam PKR.

Mungkinkah Muhyiddin berkata demikian kerana beliau, seperti dalam kes gurubesar rasis baru-baru ini, juga “tidak ada kuasa” untuk mengetahui fakta-fakta relevan sebelum membuka mulutnya?

Atau beliau mempunyai apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai “selective amnesia” iaitu hilang memori secara pilihan?.

Pimpinan PKR tidak menafikan wujudnya masalah logistik dan keselamatan di segelintir Cabang yang memberikan kesempatan kepada samseng upahan dan bekas ahli parti itu menimbulkan kekacauan.

Kemungkinan anasir-anasir ini dibiayai oleh pihak tertentu supaya tindakan mereka dirakam oleh jurugambar dan jurukamera media arus perdana demi memperlekehkan proses transformasi PKR ke demokrasi tulen, tidak boleh ditolak.

Ini kerana kejayaan PKR melaksanakan pemilihan satu ahli satu undi akan menandakan satu lagi kejayaan parti itu dalam hasrat menyuburkan proses demokrasi dalam parti dan seterusnya mengembangkan hak itu kepada rakyat umumnya.

Seperkara lucu mengenai dakwaan dalam laporan-laporan media arus perdana, adalah kononnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sedang menentukan calon mana menang pada peringkat Cabang.

Cukup untuk mengatakan bahawa dengan keahlian PKR mencecah hampir 500,000, adalah tidak waras untuk sesiapa mendakwa kedua-dua orang itu mempunyai keupayaan begitu besar untuk mempengaruhi minda ahli biasa dalam memilih pemimpin mereka.

Mungkinkah media arus perdana masih berfikir PKR sama seperti Umno, di mana pemimpin hanya perlu membeli undi kira-kira 2,000 perwakilan untuk diangkat sebagai ahli Majlis Tertinggi?

Sekali lagi, biarlah fitnah yang “dijual” oleh akhbar dan stesen televisyen arus perdana kepada pembaca dan penonton mempunyai unsur-unsur yang tidak terlalu karut, sehingga sukar untuk sesiapa menerimanya. Jangan asyik syok sendiri sahaja.

Analisis Awal Pilihanraya Kecil DUN Galas


Pilihan raya kecil DUN Galas hujung Okt selepas AGM Umno?

ANALISIS, 28 Sept — Selepas ‘berehat sementara’ selama empat bulan daripada siri ribut pilihan raya kecil — parti-parti politik nampaknya tiada pilihan kecuali menghadapi satu pilihan raya kecil. Kali ini pilihan raya kecil ke-12 sepanjang pascapilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dua pilihan raya kecil yang lalu masing-masing kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Sibu pada April dan Mei dimenangi oleh calon MIC-BN dan DAP-PR.

Kali ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bakal menyaksikan pilihan raya kecil dan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud. Yang kedua di Kelantan selepas DUN Manek Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan Julai 2009 dengan peratusan keluar mengundi paling tinggi dan ia dipertahankan oleh calon PAS. Majoriti undi diperoleh calon PAS 65. BN yang menurunkan calon Umno mengecilkan jurang majoriti berbanding pilihan raya umum 2008.

Bertolak daripada senario itu, Galas juga menjadi tumpuan ramai khususnya ketika kebanyakan pihak mula bercakap-cakap tentang pilihan raya umum tergempar. Jika sebelum ini pilihan raya umum negeri Sarawak dijangkakan akan diadakan bila-bila masa mulai sekarang dan bakal menjadi petanda atau ukuran populariti sebelum Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum ke-13, keputusan DUN Galas kemungkinan akan menggantikan kedudukan itu.

Galas juga salah satu kerusi yang terletak di kerusi Parlimen Gua Musang pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua Umno bahagian dan Ahli Parlimennya.

Berdasarkan peruntukan pilihan raya ruang bagi mengadakan mana-mana pilihan raya kecil (kecuali DUN Sarawak) adalah sehingga Mei 2011 iaitu dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya Che Hashim

Sulaima akibat barah usus.

Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

“Pilihan raya kecil perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lepas.

“Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan,” kata Wan Ahmad.

Che Hashim, 46, wakil rakyat penggal pertama merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Selain Galas, dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.

Di DUN Kelantan, PR menguasai 39 kerusi manakala BN pula enam.

Mengikut perangkaan kasar DUN Galas terdiri dairpada 10,330 pengundi dengan kira-kira 6,200 orang Melayu, Cina (1,900), India (172) dan Orang Asli (2,000).

Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan. Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Baru Ekonomi (MBE).

SPR pernah menggunakan pendekatan itu sebelum ini. Misalnya ketika pilihan raya kecil serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Lubok Antu pada awal April 2009 diadakan selepas perhimpunan agung akhir Mac.

Memetik alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini, sudah pasti pilihan raya kecil hanya akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang berlangsung mulai 19 hingga 23 Oktober ini. Dari tarikh perhimpunan ini SPR masih mempunyai masa kira-kira sebulan lagi untuk mengadakan pilihan raya lebih-lebih lagi sebelum sambutan Aidiladha, 17 November.

Jika ini berlaku dan diambil kira bermakna sebagaimana pernah disaksikan di tiga pilihan raya kecil serentak Mac-April 2009 dan Manek Urai Julai 2009, parti-parti politik yang bertanding akan mempunyai ruang yang lama untuk berkempen secara tidak formal sebelum memasuki gelanggang secara rasmi.

Jika ia berlaku Umno-BN akan menggunakan perhimpunan semasa untuk memobilisasi jentera mereka.

Dalam kenyataan semalam Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini, kata beliau.

Selain daripada soal tarikh, pilihan raya kecil inin juga dijangka menarik ia merupakan salah satu kerusi yang berada di Parlimen Gua Musang dan berlangsung selepas di sebalik pelbagai isu peringkat negeri dan pusat termasuklah isu tuntutan royalti oleh kerajaan negeri. Kes berkaitan difailkan pada 30 Ogos lalu.

Ramai juga akan melihat peranan yang akan dimainkan oleh Umno Gua Musang dalam menggerakkan jentera menghadapi pilihan raya kecil ini. Gandingan peranan Umno bahagian, negeri dan pusat juga sudah pasti akan menjadi aspek menarik untuk diperhatikan.

Beberapa jam sebelum Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir, laporan Bernama menyebut bahawa Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan.

Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober

bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan pada perhimpunan agung parti nanti.

Penganalisis dan pemerhati sudah mula mengandaikan isu berkenaan akan menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi selepas ia juga disentuh dalam dialog tertutup Puteri Umno semalam.

Kemungkinan konvensyen ini juga akan menjadi program membuat persiapan menghadpai pilihan raya sebagaimana dilakukan oleh Konvensyen BN Selangor sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kedua-dua PR dan BN kelihatan mempunyai senarai isu untuk dibawa ke gelanggang pilihan raya kecil DUN Galas sementara kita masih menanti satu dua lagi pilihan raya - kerana sebab teknikal - sebelum tempoh Mei 2011 tiba.

Obama Takut Islamophobia, Najib Altantuya Takut Cartoon-o-Phobia! Kah Kah Kah...


Umno-BN Fobia Kartun Zunar

SHAH ALAM 28 Sept - Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan menahan kartunis politik, Zulkiflee Anwar Ulhaque aka Zunar yang membuktikan corak intimidasi berterusan untuk mengekang kebebasan berekspresi di negara ini.

Koordinator Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam mendesak agar kerajaan menghentikan ugutan dan pendakwaan terhadap rakyat yang hanya menggunakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan untuk bersuara dan memberi pendapat termasuk kritikan terhadap kerajaan dan dasarnya.


"Pelanggaran jelas terhadap hak asasi manusia dalam usaha kerajaan mengekang kebebasan berekspresi menimbulkan persoalan berhubung komitmen Malaysia kepada standar has asasi paling asas dan minima yang diterima pakai seluruh dunia, apatah lagi tanggungjawab sebagai ahli dilantik dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata beliau.

Suaram menambah 10 anggoa polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang diketuai ASP Arikrishnan Apparau telah menyerbu pejabat Zunar pada pukul 4.00 petang pada 24 September lalu serta merampas 66 naskah buku kartun terbarunya, Cartoon-o-Phobia yang dijangka dilancarkan pada sebelah malam.

Penahanan Zunar di bawah Akta Hasutan dan pengharaman tiga buku beliau sebelumnya, 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, adalah beberapa bukti usaha kerajaan untuk mengugut dan mensasar secara selektif personaliti awam tertentu dengan tujuan menghadkan ruang bicara dan diskusi dan menutup suara bangkangan.

"Pendirian kritikal Zunar terhadap kerajaan Barisan Nasional dalam karyanya menjadikannya sasaran untuk ugutan dan intimidasi. Oleh sebab itu Suaram mengecam penahanan beliau sebagai satu lagi salahguna kuasa pihak polis, yang nampaknya bertindak atas arahan kerajaan yang terus menerus mengekang kebebasan bersuara - hak yang dijamin di bawah Deklarasi Hak Asasi Manusa dan juga dalm Perlembagaan Malaysia," kata Hasbeemasputra.

Tambah Suaram, Zunar telah di bawa ke beberapa buah balai polis bermula dari Brickfields dan berakhir di Sepang.

"Roadshow ini adalah tidak perlu sama sekali kerana kenyataan beliau boleh diambil ketika berada di IPD Brickfields dan kemudiannya dibebaskan atas jaminan polis.

"Peguam beliau juga tidak diberikan cukup notis pendengaran reman serta arahan reman juga diserahkan tanpa kehadiran peguam beliau.Ini adalah jelas salahguna kuasa; penafian hak Zunar mendapatkan keadilan; dan pelanggaran proses perundangan di mana badan kehakiman sepatutnya melindungi hak tahanan," kata beliau lagi.

VIDEO: ADUN Galas Kembali Ke Rahmatullah Dan Reaksi Pemimpin PAS

Ihsan Mediakini.com (Astro Awani Feed)




Anwar: UMNO Played Up Diplomatic Row


From Jakarta Post

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim blamed the Malaysian media and ruling party UMNO for adding to the political tension between Indonesia and Malaysia.

Anwar, speaking at a forum in Jakarta on Sunday, said the tendency of Malaysians to hold negative views of Indonesians was attributable, among others, to negative coverage by the Malaysian media of events occurring in Indonesia or involving Indonesians.

“When we look at Malaysian media, we see negative reports [about Indonesia]: riots, poor Indonesian migrant workers being dumped. [There is] no positive coverage at all,” he said.

“When [Malaysian media] report on [Indonesia’s] Constitutional Court and the Corruption Eradication Commission, it’s covered as if all Indonesians are corrupt, although I know Malaysia is very corrupt too.”

The former deputy prime minister of Malaysia said the negative coverage was part of the reason why “understanding and affection” between the neighbors were not as strong compared to during his youth.

Although Indonesia’s first president Sukarno had at the time declared the “Destroy Malaysia” campaign, Anwar said he observed that negative sentiment toward Malaysians was not widely shared as it was now among the Indonesian public. “This is really not healthy for the long term.”

Anwar was speaking at a lecture organized by the Soegeng Sarjadi School of Government titled “Political Reform and Democratization in Malaysia: Toward Equal Friendship Between Malaysia and Indonesia”.
In the following press conference, he said the Malaysian ruling party UMNO also played a part in raising tensions by warning of threats to Malaysians because of Indonesian anger.

“Are our domestic politics or UMNO playing up the situation? Yes, they are. [UMNO] act as if Malaysia is under threat of being attacked by the boiling rage in Indonesia, which is not true. The sentiment is not that terrible in Indonesia, although yes there is anger that has spread among the people,” Anwar said.

The bilateral relationship between Indonesia and Malaysia is on a thin, with many, if not almost every incident involving the two countries quickly sparking renewed tension.

The issue of poor treatment of Indonesian migrant workers in Malaysia, border disputes and cultural claims are among the key points of disagreement.

Last month’s arrest of three Indonesian Maritime Affairs and Fisheries Ministry officers by Malaysian authorities in disputed waters, however, raised tensions to new high, with leaders of the two countries forced to deliver speeches to specially address the issue.