Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Thursday, November 18, 2010

Isu Zaid Ibrahim: PAS Jangan Silap Langkah!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi yang membabitkan Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti itu.

Zaid yang sebelum ini membatalkan sidang media menjadualkan semula sesi bertemu pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, pagi esok.

Malah ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hadi (gambar) berkata, Zaid sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan secara rasmi sama ada akan keluar PKR ataupun tidak.

“Beliau (Zaid) belum buat keputusan untuk keluar PKR atau tidak. Jadi kita tidak tahu apa yang akan beliau lakukan.

“Saya tidak suka kalau bercakap soal kalau sahaja, kita tunggu sahaja apa keputusan yang akan dibuat Zaid nanti,” katanya.

Ketika ditanya sama ada PAS akan menerima Zaid sebagai ahli PAS, Hadi bagaimanapun berkata “kita perlu tunggu sahaja keputusan Zaid nanti.

“Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

“Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan ‘dingin’ dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Kelmarin, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa menafikan laporan yang memetiknya sebagai berkata parti itu akan menerima Zaid, bekas Pengerusi PKR sebagai anggotanya.

Husam berkata laporan Bernama yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak tepat.

Zaid sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan PKR tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti itu.

Beliau mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Malah Zaid meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Hari ini, Anwar berkata, Zaid bebas untuk meninggalkan PKR jika mahu sambil menegaskan bahawa partinya telah memberikan ruang secukupnya termasuk memilihnya sebagai calon pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Kata Anwar, PKR telah memberikan banyak peluang dan layanan khas kepada bekas menteri Kabinet dan bekas pemimpin Umno itu.

Zaid juga disebut-sebut akan menubuhkan parti barunya bagi meneruskan perjuangan politik beliau.

Mat Ngantuk Kembali "Berfatwa" Kah Kah Kah...

Wah wah wah...


Sejak "bangun" dari "dengkuran" panjang, nampaknya bekas Perdana Menteri yang sorang ini tak mahu ketinggalan melanyak Anwar Ibrahim!

Mengapa baru sekarang? Mengapa tidak semasa kamu masih berkuasa?

Apakah Pak Lah mahu buat "come back" atau sekadar tumpang semangkuk?

Sedar atau tidak, di zaman kamu memerintahlah penghinaan paling besar dalam sejarah Malaysia terjadi?

Sesudah kalah teruk pada awal pagi 9 Mac 2008 dulu, apa yang kamu katakan pada rakyat Malaysia yang menolak Barisan Najis??

"Dah kalah, kalahla...!!" Ingat lagi wahai Mat Islam Had-Hari?

Inikah cara seorang pemimpin tertinggi negara bercakap seolah-olah tidak mahu menerima Qada' dan Qadar yang ditentukan oleh Pencipta kamu??

Jadi, nasihat saya, duduklah diam-diam dan jangan lagi bercakap macam orang tak ada otak sebab semua kenyataan kamu sudah tidak laku di Malaysia kah kah kah.../Jalan Pulang

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan Malaysia sebuah negara Islam moden sebagai satu penghinaan terhadap tanah air sendiri.

"Mengapa jadi penghinaan? Dia (Anwar) yang menghina, sebab itu dia kata itu penghinaan. Mungkin sudah ada dalam fikiran dia yang kita ini hina...kita tak dapat terima pandangan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdullah diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang itu bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lepas, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya, gagal.

Kulasegaran Masih "Bertelingkah" Dengan Ngeh Bersaudara??

Naib presiden DAP Perak: Kula tolak, Siva terima


Bekas timbalan pengerusi negeri M Kulasegaran menolak tawaran daripada pucuk pimpinan baru DAP Perak supaya memainkan peranan sebagai naib pengerusi.

"Selepas menimbangkan semua pandangan dan perkembangan dan suasana dalam DAP Perak, saya putuskan menolak tawaran daripada jawatankuasa negeri," kata Kulasegaran dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun, Kulasegaran berikrar akan kekal setia pada DAP dan Pakatan Rakyat.

"Saya berjanji akan memainkan peranan aktif di peringkat negeri dan politik nasional untuk membantu mencapai dua objektif pilihan raya - demi menawan semula Perak dan menuju ke Putrajaya," katanya.

Dalam pemilihan DAP negeri Ahad lalu, hampir semua pasukan Kulasegaran ditewaskan pasukan yang dipimpin pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Ketika memilih 15 ahli jawatankuasanya, Kulasegaran terlepas peluang apabila hanya mendapat tempat ke-16.

Jadi Apa Sebenarnya Peranan Zaid Ibrahim Dalam PKR?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti itu.

“Jika dia mendakwa memegang jawatan itu,  itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua  mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh di sini hari ini.

Anwar berkata PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara tetapi media masih menggunakannya.

“Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya,” kata Anwar.

Mengundi: Orang Melayu Dah Bosan? Pemalas??

RAKYAT MALAYSIA BOSAN MENGUNDI?

TIADA siapa tahu kenapa masih terdapat 4.2 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi enggan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); seolah-olah mengundi adalah kerja paksa atau kunta-kinte di arena politik?


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendedahkan bahawa sehingga berakhir suku ketiga tahun ini, hanya kira-kira 100,000 atau 2.3 peratus daripada 4.3 juta rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi.

Angka tersebut kata Wan Ahmad amat rendah dan mengalu-alukan kerjasama pihak agar menggandakan usaha untuk mendaftar lebih ramai pengundi sebagai persediaan pilihanraya umum akan datang.

"Dalam laporan suku ketiga tahun ini, 4.2 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun dan ke atas yang belum berdaftar berbanding 4.3 juta sebelum itu. Walaupun ada yang mendaftar, jumlah itu terlalu sedikit dan tidak seperti yang kita harapkan supaya lebih ramai golongan ini mendaftar untuk menentukan masa depan negara," katanya kepada media baru-baru ini.

SPR sebelum ini, menganggarkan hampir lima juta rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun dan ke atas dijangka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan keengganan mereka mendaftar sebagai pemilih.

Dianggarkan kira-kira 15.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas layak mengundi, tetapi sehingga 30 Mei lalu hanya 11.24 juta yang mendaftar sebagai pemilih, manakala baki kira-kira 4.3 juta lagi belum berbuat demikian. Daripada 4.3 juta itu, seramai 1.9 juta atau 43 peratus adalah orang Melayu.

Wan Ahmad berkata, sikap tidak peka dan sambil lewa adalah antara faktor kenapa ramai tidak mendaftar sebagai pengundi sehingga mereka gagal menunaikan hak sebagai warga negara dan tidak peka situasi politik tanah air; namun berharap agar mereka tidak menunggu saat akhir untuk mendaftar.

Mat Sembab Dah Goyang! Kah Kah Kah...

Apa ertinya ini?


Ura-ura kuasa pemutus mengenai soal perlantikan calon pilihanraya umum akan datang hanya berpusat di tangan seorang saja nampaknya menimbulkan keresahan buat Muhyiddin Yassin!

Terang-terang, idea itu dilapikkan dengan kata-kata "muafakat", "kerjasama" dan bahasa yang seangkatan dengannya!

Kah kah kah... Umno-APCO sudah takut parti komponen Barisan Najis "angkat kaki"!/Jalan Pulang

BN kekal semangat muafakat pilih calon: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan terus mengamalkan konsep permuafakatan dan tidak bercadang membuat perubahan besar dalam soal memilih calon untuk pilihan raya akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN mempunyai kata pemutus dalam proses pemilihan calon, rundingan dan perbincangan sentiasa diadakan dengan pemimpin parti komponen BN.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berpendapat perkara itu bukan sesuatu yang penting untuk dibincangkan pada Konvensyen BN pada 28 November ini. "Saya tidak fikir itu satu mauduk (tajuk) yang sangat penting untuk dibincangkan di situ (Konvensyen BN) kerana kita sudah wujud satu mekanisme dan tradisi yang masih baik.

"Saya tidak lihat (perlu) satu perubahan besar dalam soal memilih calon. Yang pentingnya, mesti ada konsep musyawarah sebelum kita capai kata putus yang biasanya dibuat oleh Pengerusi BN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan supaya Perdana Menteri selaku Pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dan perkara itu adalah antara isu yang dikatakan akan dibincangkan pada Konvensyen BN.

Muhyiddin berkata, BN bersikap terbuka terhadap apa jua cadangan dan pandangan termasuk dalam soal memilih calon.

"Kita hormat kepada apa sahaja pandangan tetapi apa yang penting, kita mesti letak calon yang layak, boleh diterima rakyat, boleh bekerja dan mendapat sokongan sehingga berjaya dan menang," katanya.

Beliau berkata, perkara itu akan menjadi asas dan pertimbangan kepada BN dalam meletakkan calonnya dan berpendapat tidak perlu ada perubahan yang drastik daripada segi hendak menilai calon.

"Itu asasnya dan pastinya untuk pilihan raya akan datang pun asas pertimbangan yang sama digunakan. Saya fikir bukan parti kita (gunakan asas itu), parti lain pun ambil kira soal itu juga," katanya.

Pemilihan PKR 2010: Mengapa Gantung Tak Bertali?

Ketelusan PKR: Zamri digantung tanpa dipanggil bela diri

Ketika ini, tindak-tanduk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih banyak mengundang persoalan berbanding jawapan termasuk tindakan menggantung Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rasah, Zamri Vinoth baru-baru ini.

Ketelusan JPP parti yang mendakwa mendukung demokrasi semakin dipertikaikan apabila Zamri yang menunggu untuk dipanggil mengadap JPP mahupun Jawatankuasa Displin akhirnya digantung keanggotaan oleh parti.

Sekaligus keputusan JPP tersebut mengesahkan lagi dakwaan bahawa JPP tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap aduan-aduan yang diterima sebelum tindakkan diambil.

Tindakkan JPP yang dibuat dengan tidak memanggil Zamri mengadap untuk membolehkan keterangannya diambil dan membela diri adalah satu langkah yang jelas membelakangkan prinsip keadilan itu sendiri.

Hari ini PKR bukan sahaja merupakan parti pertama yang melaksanakan sistem satu ahli satu undi malah juga merupakan parti politik pertama yang menjatuhkan hukum kepada pemimpinnya dengan tidak memanggil tertuduh untuk membela diri.

Umno, PKR: Siapa lebih demokratik?

Umno yang didakwa PKR sebuah parti yang tidak demokratik sebelum ini turut memanggil mana-mana anggotanya atau calon yang berhadapan dengan isu disipilin mengadap sebelum sebarang tindakan diambil.

Bahkan ketika hari terakhir Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Umno, turut diberi peluang membela diri dan memberi keterangannya di hadapan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Keputusan untuk memecat Anwar hanya dibuat setelah undian dijalankan dikalangan Ahli MT Umno yang sebelumnya telah mendengar hujah pembelaan oleh Anwar sendiri dengan panjang lebar.

Pada ketika itu, Anwar memang telah diketahui umum mempunyai ramai musuh-musuh politiknya di dalam Umno sendiri termasuklah dikalangan Ahli MTnya.

Begitu juga bagi parti-parti politik lain termasuk ketika Pemilihan Umno yang memanggil mengadap calon-calon bertanding yang dilaporkan melanggar peraturan parti sebelum sesuatu tindakan diambil.

Sebaliknya pula dalam PKR yang dikatakan peneraju demokrasi, tindakan JPP tidak memanggil Zamri mengadap sebelum keputusan penggantungan hanya mengesahkan andaian umum bahawa banyak isu berkaitan pemilihan yang mahu disembunyikan oleh parti itu.

Para penganalis politik tanah air menjangkakan penafian demi penafian terus dibuat oleh PKR untuk melindungi imej parti dan juga pihak-pihak tertentu dalam parti.

Desakan sesetengah pihak agar pemilihan dihentikan sementara bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan juga dijangkakan tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

Analisis: Mampukah Zaid Ibrahim Mengepalai "Kuasa Ketiga"?

ANALISIS

Esok, Datuk Zaid Ibrahim dijadual mendedahkan dengan lanjut “peristiwa di sebalik tabir” yang membawa kepada keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Semalam, Zaid berkata tindakannya keluar PKR bukan kerana beliau mudah mengalah dan suka melompat parti, sebaliknya kerana telah muak dengan masalah dalaman parti itu.

Dalam satu mesej Twitter, ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha semalam, seorang pengikut isu Zaid-PKR berkata, “bukan cubaan lagi tetapi Zaid dah betul-betul korbankan dia punya prinsip, mahu tinggalkan PKR.” Seorang lagi pengikut pula berkata: “Apakah Zaid bakal dikorbankan bagi PKR semata-mata anak emas Anwar jadi timbalan presiden.”

Mesej yang lain pula menyebut, “saya akui Zaid agak meributkan tapi ia tak melemahkan semangat keseluruhan PKR, dah diduga dari awal Zaid seorang yang ‘flip flop’.”

Di sebalik pelbagai mesej dan pandangan yang disebarkan menerusi SMS, blog dan laman-laman web, beberapa penganalisis politik mengakui tindakan Zaid, yang berjaya dalam karier sebagai peguam, meninggalkan PKR memberi kesan langsung ke atas landskap politik parti tersebut, Pakatan Rakyat serta rakyat yang selama ini mengikuti perkembangan politik bekas calon Timbalan Presiden PKR itu, tetapi tidaklah sampai mengubah landskap politik negara.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkongsi pandangan bahawa Zaid itu menyerlahkan sifat kepuakan dalam parti serta menimbulkan krisis keyakinan dalam PKR sendiri.

Yang ketara selepas keputusan Zaid ini ialah wujudnya kepuakan dalam PKR yang menggambarkan kerapuhan dan menimbulkan krisis keyakinan rakyat ke atas PKR sendiri.

“Penyokong PKR selama ini memberi harapan yang tinggi bukan sahaja pada parti itu, tetapi Pakatan Rakyat sendiri dan kemelut politik yang berpanjangan dalam pemilihan sudah pastinya mempengaruhi trend sokongan rakyat.

“Bagi penyokong setia PKR akan terus menyatakan bahawa parti itu masih kuat tetapi bagi kumpulan pengundi atas pagar yang mempunyai sifat tidak kepartian yang mengundi berasaskan isu dan calon yang pada 2008 menyokong PKR akan berwaspada... harus diakui ada kesan,” ujar Sivamurugan.

Disebabkan itu, beliau berhujah tapak sokongan Zaid dalam dan di luar PKR tidak boleh dinafikan.

“Sebelum meninggalkan PKR, rakyat suka pada ideologi beliau terutamanya dalam kalangan masyarakat bukan Melayu serta masyarakat Melayu yang mempunyai sifat moral dan liberal yang menganggap inilah pemimpin yang mampu (dan), malah boleh menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Karisma dan prinsip Zaid ketika meletakkan jawatan sebagai menteri dan kemudian dipecat Umno telah meraih banyak sokongan.

“Pemilihan kali ini akhirnya menunjukkan Zaid mempunyai pengikutnya sendiri terutama mereka yang melihat wujudnya salah laku, tidak ada usaha memperbaiki kelemahan (proses pengundian) dari awal,” ujar Sivamurugan.

Pengalaman Zaid dalam arena politik kepartian mungkin mengajarnya untuk tidak menyertai PAS kerana tindakan tersebut akhirnya membawa pada konflik kepentingan dan konflik dalaman dalam Pakatan Rakyat yang membabitkan PAS dan PKR pula.

Apakah Zaid akan menyertai PAS? Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar yang turut mengakui Zaid sebenarnya tiada latar belakang pengikut yang besar berkata beliau boleh memohon jika mahu menyertai PAS.

“Sesiapa sahaja termasuk Zaid jika mahu boleh memohon untuk menyertai. Kami akan mempertimbangkan,” kata Mahfuz yang menghormati keputusan Zaid keluar PKR, tetapi yakin tidak akan memberi kesan jangka panjang.

Zaid dilihat sebagai gelombang ketiga pemimpin PKR keluar parti berusia 11 tahun ini. Gelombang pertama dilihat melibatkan Dr Chandra Muzaffar, bekas timbalan presiden dan Datuk Marina Yusoffa yang ketika itu merupakan naib presidennya.

Gelombang kedua melibatkan tindakan sekumpulan Adun dan lima Ahli Parlimen meninggalkan PKR selepas pilihan raya umum 2008 dan kini membentuk Konsensus Bebas. Ia diikuti Zaid sekarang.

“Beza antara Chandra dan Zaid ialah Chandra keluar ketika tidak mahu mempertahankan jawatannya (pada 2001) manakala Zaid keluar semasa bertanding jawatan timbalan presiden,” kata seorang pemerhati perkembangan PKR kepada The Malaysian Insider.

Tetapi kedua-dua keluar dengan alasan mereka secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada kepimpinan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi perlu diakui di sini bahawa Zaid, walaupun dikatakan pernah berhadapan dengan hubungan dingin dengan PAS satu ketika dulu, tetapi pasti Islam ini telah mempertahankan beliau ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu. Ia satu kredit bagi Zaid.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Amer Saifude Ghazali pula berkata, apa pun tindakan Zaid selepas ini, impak berantainya tergantung pada tapak sokongannya dalam dan di luar parti.

Amer secara peribadi memberitahu bahawa tapak sokongan Zaid tidaklah kuat hatta boleh menggugat gergasi politik PKR dan Pakatan Rakyat itu sendiri, apatah lagi mengubah lanskap politik tanah air.

Ini kerana katanya, Zaid sejak menyertai PKR 18 bulan lalu sebenarnya tidaklah mempunyai tapak sokongan yang kuat.

“Dia tidak ada suatu kawasan yang kuat, dia tidak ada tapak sokongan yang kuat, maka tidaklah memberi impak kalau keluar parti sekalipun.

“Kemasukannya pun (sertai PKR) dalam keadaan yang begitu cepat dan keluarnya pun dalam keadaan yang cepat, saya lihat tidak memberi apa-apa kesan,” ujar beliau.

Parti baru

Justeru kata Sivamurugan, Zaid tidak mustahil menubuhkan parti baru sebagai kuasa politik ketiga sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ada juga yang mengatakan apa akan terjadi sekarang sekiranya Zaid menyertai DAP kira-kira 18 bulan yang lalu.

Dengan beranggapan bahawa beliau sudah tidak lagi akan diperlukan oleh mana-mana parti

“Sejauh mana opsyen ini berkesan atau tidak, bergantung pada pengamatan pengundi sendiri... terutama mereka yang mengundi atas pagar, mereka akan kembali pada kestabilan selepas melihat suatu harapan demokrasi yang tidak dapat dipenuhi.

“Mungkin itulah yang memberi kelebihan kepada BN, yang harus dilihat oleh Pakatan (Rakyat) adalah bagaimana mahu memperbaiki sokongan yang semakin terhakis itu yang bukan sahaja disebabkan faktor Zaid, tetapi proses pemilihan PKR itu sendiri.

Zaid bersama penyokongnya, tetapi apakah sokongan itu sudah cukup untuk menentukan masa depan perjalanan politiknya.“Kalau pilihan raya diadakan dalam jangka masa enam bulan, sudah pasti sokongan rakyat lebih berat pada BN kerana isu ini masih lagi panas dan boleh mempengaruhi (rakyat dan akar umbi PKR).

“Tetapi, BN tidak boleh bergantung pada kelemahan PKR dan Pakatan Rakyat semata-mata kerana pengundi baru dan pengundi atas pakar sebenarnya tidak hanya melihat satu-satu isu, tetapi lebih dari itu,” jelas Sivamurugan.

Penganalisis politik Prof A. Aziz Bari memberi pendapat sebaliknya berhubung impak berantai akibat tindakan Zaid.

“Saya tidak fikir apa yang Zaid lakukan itu akan memberi kesan kepada landskap politik Malaysia, meskipun ia akan menambah warnanya,” ujar Aziz.

Aziz menambah tindakan Zaid itu mungkin akan memperkukuh lagi muafakat politik dalam PKR serta Pakatan Rakyat sendiri.

“Pakatan Rakyat akan lebih kukuh kerana seorang lagi yang selama ini dianggap musuh dalam selimut telah mengeluarkan dirinya sendiri... duri dalam daging sudah gugur sendiri,” jelas Aziz.

Menurut Aziz, sekiranya Zaid mahu meneruskan niatnya sebelum ini iaitu menubuhkan sebuah parti politik baru serpihan pada PKR sekalipun, tindakan Zaid itu tidak akan memberi impak yang besar pada PKR dan Pakatan Rakyat sendiri.

Bahkan kata Aziz lagi, inisiatif Zaid menubuhkan parti itu mungkin diragui sendiri oleh BN, khususnya Umno yang pernah disertai Zaid sebelum ini.

Zaid akan terus diragui Umno mungkin disebabkan sikapnya yang kritikal dan lantang amalan politik Umno sebelum ini.

Seorang pengikut rapat Zaid berkata tidak mungkin Zaid akan kembali ke Umno. “Beliau akan rela bersama Pakatan Rakyat walaupun sudah keluar PKR,” katanya.

Ini menimbulkan sama ada Zaid akan menggunakan platform sebagai “badan bebas” sekiranya usaha mahu menubuhkan parti politik tidak menjadi kenyataan.

Zaid kemungkinan akan menjadi rakan mesra Pakatan Rakyat di sebalik dakwaan awal bahawa kepimpinan PKR akan memastikan parti baru Zaid, jika ditubuhkan pun, akan dihalang menyertai perikatan berusia dua tahun ini.

“Saya tak fikir ada kesan kerana belum ditubuh (parti keadilan baru) pun sudah ada yang meraguinya.

“Umno secara rasmi melalu Setiausaha Agungnya (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) telah menyatakan tidak akan menerima,” ujar Aziz sambil menyatakan bahawa beliau tidak terperanjat dengan respon Umno terhadap Zaid kelmarin.

Zaid, bagi Aziz tidak ubah seperti “barang lusuh” dan “barang buangan” buat Umno setelah beliau pernah sebelum ini disingkirkan dari Umno kerana seringkali mengkritik pentadbiran Umno-BN.

“Ini tidak memeranjatkan kerana Zaid adalah barang lusuh dan barang buangan. Lagipun Zaid sudah dipecat dari Umno kerana politik,” jelas Aziz.

Pun begitu, Aziz menjangkakan bahawa Umno akan memperguna status terbaru Zaid yang tidak lagi bersama-sama PKR dan Pakatan Rakyat demi menglirukan rakyat.

“Pastinya Umno gembira kerana Zaid akan jadi pengacau daun dan mengelirukan rakyat, khususnya yang bingung.”

Walaupun Zaid sebelum ini telah pun menafikan bahawa dirinya akan dijadikan alat politik bagi Umno, Aziz tetap melihat sebaliknya.

“Ertinya Zaid akan menyumbang pada kebangkitan Umno... ertinya Zaid adalah badut Umno secara tidak langsung,” jelas Aziz.

Justeru, Aziz tidak menolak kemungkinan bahawa Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan meluluskan permohonan Zaid untuk menubuhkan parti serpihan PKR, sekiranya Zaid mahu meneruskan niat menubuhkan “Parti Keadilan Baru” seperti yang diumumkannya sebelum ini.

Amer Saifude, pensyarah sains politik Universiti Malaya juga berkata, Zaid tidak mungkin memohon menyertai semula Umno.

Ini kerana Zaid pernah melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dahulu dan dikenali sebagai seorang yang berprinsip sebelum ini.

Pun begitu katanya, persepsi baik yang ada pada peribadi Zaid sejak menyertai Pakatan Rakyat adalah tidak memadai untuk Zaid meneruskan agenda perubahan dan demokrasi di luar PKR dan orbit politik bertentangan dengan Pakatan Rakyat.

Disebabkan itu, Amer berkata, sekiranya Zaid mahu terus relevan dalam orbit politik nasional, Zaid perlu terlebih dahulu membina tapak sokongan di kalangan rakyat.

Zaid juga mempunyai opsyen untuk berkecimpung pula dalam areana politik kepartian atau gerakan sivil selepas ini.

“Kalau dia sudah tidak mempunyai tapak yang kuat, dia perlu membina tapak yang kuat dahulu tidak kira di dalam politik atau NGO (badan bukan kerajaan).

“Zaid tidak ada banyak pilihan sebenarnya kerana semua orang (PKR) dilihat tidak menerimanya, dia perlukan tapak yang baru yang membolehkannya terus memberi sesuatu untuk rakyat,” jelas Amer.

Pun begitu, Amer berkata Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang terus dilanda masalah sejak musim pemilihan PKR dua bulan lalu wajar tidak memandang enteng dengan protes Zaid.

Seiringan dengan pandangan-pandangan itu, penganalisis Muhammad Hisommudin Bakar menarik perhatian bahawa ketokohan Zaid yang keluar meninggalkan PKR masih belum mampu menandingi ketokohan pemimpin de facto PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Hisommuddin berkata, maklum balas rambang yang dikendali beliau melalui firma kajian umum Ilham Centre memberitahu, akar umbi PKR turut terkesan oleh tindakan Zaid itu.

“Beberapa siri kajian lapangan politik, Datuk Zaid Ibrahim bukanlah satu faktor besar perubahan landskap politik berbanding ketokohan Anwar Ibrahim, namum sumbangan dan pengorbanan beliau tidak dinafikan dalam memperjuangan keadilan,” ujarnya.

Wayang tinggi Anwar-Zaid

Akibat dari itu, Hisommudin berkata, langkah dan keputusan Zaid berundur dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR adalah amat mengecewakan bagi mereka yang bergelar reformis.

Bahkan, kata Hisomuddin sendiri, rakyat sendiri kian keliru dengan agenda perubahan yang mahu ditiupkan oleh Zaid dalam Pakatan Rakyat selepas beliau mengumumkan untuk keluar meninggalkan PKR.

“Bacaan politik beliau (Zaid) kini sukar difahami oleh pendukungnya sendiri dan rakyat keseluruhannya.

“Jika benar ingin melihat PKR progresif, sewajarnya beliau (Zaid) harus bersabar dalam sistem sedia ada walau apa pun kekurangannya.

“Beliau masih baru dalam PKR dan tentulah memakan masa untuk parti melakukan perubahan,” ujar Hisommudin.

Bagaimana pun, Hisommudin berkata, akar umbi PKR yang ditemui berpendapat, Zaid bertindak agresif menegur secara terbuka beberapa pemimpin PKR pada musim pemilihan 2010 ini mungkin disebabkan citarasa demokrasi Zaid terhadap PKR.

“Zaid mungkin mengidamkan segala perubahan dan cadangannya diterima pakai segera, namun, dalam politik, itu menentang status quo sebegitu dalam pendekatan tergesa-gesa bukanlah penyelesaian segala-galanya,” ujar Hisommudin.

Namun Hisommudin berkata, akar umbi parti umumnya tidak menerima kaedah Zaid menegur Anwar secara terbuka menggunakan media.

“Langkah beliau bertembung dengan (Penasihat PKR) Anwar Ibrahim adalah langkah yang kurang hikmahnya... terutama apabila menggunakan media arus perdana, bukan soal betul atau salah tetapi itulah persepsi akar umbi.

“Selaku Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang dan ikon kepada gerakan rakyat, tindakan Anwar Ibrahim perlu tegas dalam melayan tekanan politik (Zaid) terhadap beliau kerana beliau lebih banyak diuji dalam dunia politik... maka setakat ancaman keluar parti oleh Datuk Zaid bukanlan satu cabaran besar baginya,” jelas Hisommudin.

Oleh itu kata Hisommudin, akar umbi PKR melihat tindakan Zaid itu lebih bersifat politik emosi.

Maka, apa pun keputusan Zaid selepas meninggalkan Pakatan Rakyat, sama ada menubuhkan parti politik yang baru atau bergiat dalam gerakan sivil, Hisommudin berpendapat, Zaid wajar terlebih dahulu melihat pandangan awam rakyat secara menyeluruh.

“Datuk Zaid juga wajar membuat kajian bagaimana pandangan rakyat secara holistik sebelum mengambil langkah seterusnya dalam pendirian politiknya,” katanya.

Ini kerana dikhuatiri beliau terus hanyut dengan mainan emosinya sendiri akibat terlalu obses dengan prinsip beliau dan juga kebenciannya terhadap perjalanan politik PKR.

Seorang pemimpin Umno menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai “wayang tinggi” Anwar-Zaid. Kedua-dua bekas pemimpin Umno sedang memainkan watak masing-masing dengan cukup menarik dan sebagaimana dikatakan oleh Aziz, mewarnai politik negara.

Justeru respons Anwar selepas ini cukup menarik untuk dilihat dan akan menentukan sama ada Zaid akan terus jadi barangan lusuh yang berguna — kepada BN dan Pakatan Rakyat ataupun sebaliknya. Zaid, di sebalik kejayaannya muncul peguam berjaya, masih mencari ruang untuk membuktikan yang beliau juga seorang ahli politik berjaya.

Masihkah Zambry Berangan-Angan Jadi Menteri Besar Selepas Ini? Kah Kah Kah...

Ini menteri besar "paling bangang" dalam sejarah negeri Perak! Kah kah kah...


Orang sambut Raya Haji 10 Zulhijjah, dia sambut 17 Zulhijjah (dia ingat tahun hijrah sama dengan tahun masihi) kah kah kah.../Jalan Pulang

Empat hari ini selepas pemilihan sengit, DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat Perak sudah bersedia untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) jika pilihan raya umum tergempar diadakan dalam waktu terdekat.

Berbanding negeri-negeri lain, Pakatan Rakyat Perak dikatakan lebih padu di sebalik krisis politik yang menimpa negeri itu awal tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri jatuh ke tangan BN.

Pakatan Rakyat masih melihat perubahan awal 2009 sebagai satu bentuk ‘rampasan kuasa’ oleh BN, yang turut membawa kepada krisis perlembagaan negeri.

Dalam temu bual eksklusif, Pengerusi DAP Perak yang baru Datuk Ngeh Koo Ham berkata, sejak ‘rampasan’ kuasa lebih setahun lalu, kesemua pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat di negeri terus-menerus bekerja keras untuk memastikan satu lagi “kemenangan”, yang lebih besar berbanding 2008, dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saudara-saudara kami dalam Pakatan Rakyat, kami sangat rapat di Perak, bukan hanya disebabkan krisis tetapi disebabkan kami mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik, disegani, matang dan berupaya.

“Dan, ya, kami sudah bersedia (untuk menghadapi pilihan raya umum). Sebenarnya kami berada dalam persekitaran pilihan raya sejak (kuasa) kerajaan negeri disambar. Dan, sekarang pilihan raya akan dipanggil pada bila-bila masa, kami sudah bersedia.

“Saya percaya jentera pilihan raya kami berada dalam kedudukan mantap,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini.

Bagaimanapun Ngeh mengakui, ekoran siri peristiwa ketika krisis perlembagaan selepas kuasa kerajaan negeri disambar, jentera Pakatan Rakyat kini amat terdesak untuk mendapatkan lebih banyak dana dan dalam kadar secepat yang mungkin.

“Apabila jentera kami diperkaya, maka kami boleh bergerak dengan lancar. Kami telah membelanjakan jumlah yang banyak bagi membiayai perbelanjaan khususnya untuk membayar kos kepada BN ketika kes mahkamah,” kata beliau.

Pakatan Rakyat Perak terlibat dalam siri kes mahkamah ke atas BN sejak Februari 2009, dalam usaha mengisytiharkan kerajaan negeri sebagai tidak sah.

Pun begitu, bekas exco kerajaan negeri kanan Perak ini berkata, pihaknya sudah berjaya menyaksikan kemajuan dalam menerokai sokongan di kalangan pengundi kawasan luar bandar di mana ia kalah besar di tangan BN pada 8 Mac 2008.

Pada 2008, Perak yang secara tradisi dikuasai, BN jatuh ke tangan pembangkang dengan perbezaan hanya tiga kerusi.

DAP menyapu bersih di kesemua 18 kerusi yang ditandingi khususnya di kawasan Lembah Kinta manakala PKR menang di tujuh kerusi manakala PAS pula enam.

BN pula terus bertapak di 28 kerusi, kebanyakannya di kawasan luar bandar yang majoriti adalah pengundi Melayu. MCA menang satu kerusi manakala MIC kalah teruk.

PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada awal pagi 9 Mac 2008 - sehari selepas pengundian.

Bagaimanapun kerajaan negeri Pakatan Rakyat tumbang ekoran tindakan tiga wakil rakyatnya - dua dari PKR dan seorang pemimpin DAP keluar dan mereka bertindak sebagai anggota mesra BN.

Selepas siri usaha perundangan untuk memperoleh kembali kuasa kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Perak kini memberi tumpuan untuk mendapatkan semula kemenangan dalam pilihan raya umum tergempar yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat Sabtu ini, dijangka memberi tumpuan ke atas persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan konvensyen mereka.

Di Perak, halangan besar Pakatan Rakyat ialah mendapatkan undi orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan separa bandar dan luar bandar yang ditandingi Umno pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Ngeh kekal yakin bahawa disebabkan gabungan ketidak adilan yang disebabkan oleh BN dan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama 10 bulan, pengaruh mereka di kalangan pengundi terus mengalami peningkatan.

“Kami percaya dan berharap bahawa kini kami memiliki sekurang-kurangnya 40 peratus sokongan pengundi Melayu dari kawasan luar bandar,” katanya.

“Secara ideal, sasaran kami bukan untuk menang dengan majoriti tiga kerusi. Kali ini, kami meletakkan sasaran untuk menang dua pertiga daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak,” kata Ngeh.

Ngeh juga mendakwa berdasarkan pada sentimen umum pengundi di kawasan-kawasan kuat Umno, pengundi-pengundi Melayu kini lebih terbuka ke arah Pakatan Rakyat.

“Ia satu perubahan besar. Sebelum Mac 2008, DAP tidak boleh menaikkan bendera di kawasan-kawasan itu. Kami tidak boleh masuk langsung wilayah mereka.

“Tetapi sekarang, mereka mengalu-alukan saya dan apabila saya datang, saya bercakap kepada kehadiran sekitar 2,000 orang, saya merasakan diri saya dialu-alukan,” kata beliau.

DAP, kata beliau, sudah tidak lagi dianggap sebagai parti “cauvinis Cina atau parti komunis.”

Begitu juga sebaliknya kata Ngeh sambil menambah, pengundi komuniti Cina juga sudah tidak bimbang dengan parti-parti berorientasikan bukan Cina.

Kata beliau, mereka sudah mula menerima parti-parti pelbagai kaum seperti PKR dan PAS yang berlatarbelakangkan dasar Islam.

“Ini yang kami lakukan sekarang bagi memastikan ada sokongan bukan Melayu bagi PKR dan PAS di kawasan yang DAP tidak bertanding,” katanya.

Kata beliau, pihaknya kini dalam proses memujuk masyarakat Cina agar tidak bimbang dengan kedua-dua parti itu dan sedang bergerak untuk melepasi halangan-halangan sedemikian di Perak.

Bercakap mengenai strategi, kata Ngeh, gandingan Pakatan Rakyat sudah ada perwakilan di kesemua 24 bahagian Parlimen di negeri itu.

“Kami sudah membentuk jawatankuasa perhubungan Pakatan Rakyat di setiap kawasan Parlimen, diwakili oleh sembilan orang, dengan tiga wakil daripada setiap parti,” kata beliau.

Tambah beliau, setiap parti komponen Pakatan Rakyat juga dijangka menyediakan perkhidmatan di kawasan yang kemungkinan mereka akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Ngeh juga berkata, peruntukan kerusi membabitkan ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat dijangka sama seperti dua tahun lalu.

“Ia bukan satu masalah bagi kami. Benar, DAP menyerahkan dua kerusi kepada PKR, tetapi kami tidak bergaduh sesama kami untuk kerusi.

“Apa yang penting ialah hubungan kami kukuh. Itu sebabnya, Pakatan Rakyat Perak sangat rapat... kawasan anda dianggap sebagai kawasan kami dan kami melihat kami sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, bukan hanya pemimpin parti sendiri,” kata beliau lagi.

Pada 8 Mac 2008, DAP bertanding di 18 kerusi, PKR di 20 kawasan manakala PAS pula 21.