Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Monday, January 03, 2011

Mukhriz Bakal Senasib Awang Adek???


Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir optimis segala permasalahan yang wujud dalam UMNO negeri itu akan dapat diselesaikan secara baik.

Malah katanya, sudah wujud semangat pada kalangan anggota dan pemimpin UMNO Kedah untuk mengetepikan isu-isu kecil bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mentabdir negeri itu.

Rata-rata kini beranggapan persengketaan yang wujud pada peringkat bahagian dan cawangan sebagai isu remeh dan mahu menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita,di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, usaha UMNO Kedah kini adalah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN menerusi perbandingan prestasi kerja pentadbiran kerajaan pakatan.

UMNO Kedah adalah antara beberapa negeri yang melalui rombakan melibatkan pucuk pimpinan tertinggi.

Berkuat kuasa 1 Januari lepas, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah dilantik meneraju badan perhubungan UMNO negeri itu, menggantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, manakala Mukhriz dilantik sebagai timbalan.

Tolong Saya Najib Altantuya!!! Kah Kah Kah...


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Siapa Lagi Kamu Bodohkan Khusrin???


Apa sekalipun alasan kamu wahai Khusrin Munawi, kamu telah berjaya!

Berjaya menjadi pencacai Umno-APCO sama ada kamu sedar atau tidak!

Berjaya melangkaui batas kamu sebagai seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya berkecuali dan tidak memihak!

Berjaya menjadikan Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat (insya-Allah)!

Berjaya memalukan Umno-APCO dengan tindakan terburu-buru tanpa memikirkan kuasa lebih tinggi mengatasi kuasa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang kamu sendiri pinda!

Tahniah Khusrin, kamu memang pencacai Umno-APCO sejati!/Jalan Pulang


Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi menegaskan, beliau tiada agenda politik apabila dilantik memegang jawatan tersebut berkuat kuasa kelmarin.

Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau masuk pejabat pukul 6.45 pagi.

Minggu lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, dilaporkan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Pada sidang media hari ini, Khusin juga menegaskan, beliau tahu akan tanggungjawab dan peranan sebagai penjawat awam.

“Saya ingin tegaskan bahawa sebagai penjawat awam saya tahu peraturan dan tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat oleh penjawat awam.

“Saya tidak ada apa-apa agenda politik dan tugas saya adalah untuk membantu jentera kerajaan negeri sekarang berjalan dengan baik dan memastikan perhubungan antara eksekutif dengan pentadbir akan bertambah baik,” katanya.

Beliau juga berkata, tiada masalah sekirannya kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak membenarkannya menghadiri mesyuarat exco.

“Saya tiada masalah, saya tahu pelantikan saya adalah sah. Selagi saya tidak mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar saya tidak boleh menghadiri mesyuarat.

“Tiada masalah,” katanya yang akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Khamis ini.

Terdahulu, Khalid pada sidang media berkata Khusrin tidak akan hadir pada sebarang majlis mesyuarat kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi sebagai ‘ex-officio’.

Tambah Khusrin, beliau bersedia bekerjasama dengan Khalid dan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

“Tiada masalah, saya dilantik SPA dan saya bertindak mengikut undang-undang sedia ada.

“Saya juga telah menulis surat kepada Menteri Besar untuk menemui dan mengadakan perbincangan dengan beliau, namun masih tiada jawapan,” katanya.

Khusrin juga berkata, menerima pelantikan itu sebagai satu arahan dan akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

“Sebagai penjawat awam saya sentiasa patuh kepada arahan, saya terima pelantikan ini dan akan melakasanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

“Saya juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak bagi membolehkan saya melaksanakan tugas dengan berkesan,” katanya.

Beliau juga kesal dengan serangan dan fitnah yang dilemparkan seolah-olah menggambarkan dirinya sebagai pegawai yang bermasalah.

“Banyak isu negatif yang telah dilemparkan kepada saya, yang menggambarkan saya seolah-olah pegawai yang bermasalah, tidak patuh kepada arahan, membelakangkan kerajaan negeri dan mempunyai agenda politik tertentu.

“Perlu ditegaskan bahawa apa yang saya buat selama bertugas di Jais dan Setiausaha Mais (Majlis Agama Islam Selangor) selama lima tahun enam bulan adalah mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

“Saya tidak membuat sesuatu yang di luar dari peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Syabas Kerajaan Pulau Pinang!


Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengurangkan penggunaan beg plastik di negeri itu bermula tahun ini.

Beliau turut menggesa supaya pelaksanaan itu diselaraskan ke seluruh negara memandangkan kesan buruk jangka panjang oleh beg plastik mampu memberi kemudaratan kepada alam sekitar.

"Kita setuju. Kita sokong lebih 100 peratus.

"Seperti yang saya cakap, saya sangat setuju dan kita telah mengusahakannya sejak 20 tahun dahulu. Saya rasa ia patut dilaksanakan di seluruh negara kerana apabila kita pergi lihat tapak pembuangan sampah, semua sampah penuh dengan plastik. Ia telah di larang di India, Bangladesh sejak sekian lama," jelas beliau ketika dihubungi Tv Selangor pagi tadi.

Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengambil langkah positif mengurangkan penggunaan beg plastik di negeri itu dengan melaksanakan 'Hari Tanpa Beg Plastik' setiap hari.

Sehingga berita ini ditulis ada perkembangan positif yang melaporkan kerajaan persekutuan bakal mengikut jejak kerajaan Pulau Pinang.

Bagaimanapun usaha baik kerajaan negeri ini dikritik oleh parti Gerakan yang disokong oleh Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (PPPM) yang melihat usaha tersebut mendatangkan kerugian kepada pengusaha plastik di negeri itu akibat kurangnya permintaan.

Melalui tinjauan pejabat CAP ke pasaraya hari ini, SM Mohamed memberi tahu Tv Selangor bahawa pembeli tidak mahu membayar harga 20 sen bagi sehelai beg plastik justeru menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri.

"Saya diberitahu setiausaha saya hari ini di pasaraya di sini, mereka kata tiada beg plastik percuma dan sekiranya bayar 20 sen, ramai orang tidak mahu. Mereka mahu bawa beg sendiri dan pelbagai cara lain. Jadi tiada masalah langsung," jelas beliau lagi.

Pulau Pinang mengenakan bayaran 20 sen pada setiap beg plastik di semua pasaraya, farmasi, dan restoran makanan segera pada hari Isnin Selasa dan Rabu setiap minggu bermula tahun 2011.

Namun gerai makanan dikecualikan daripada arahan tersebut.

Ucapan Mahathir Semasa Membahaskan Pindaan Imuniti Raja-Raja Melayu 1993!!


Oleh/By                : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue     : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh/Date         : 08/03/93
Tajuk/Title           : SEMASA PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Tuan Yang di-Pertua,

Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar pada 18 Januari 1993 mengenai tujuan Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa yang dianggap sebagai kekebalan atau immunity Raja-Raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan.

Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman.

Dengan pindaan ini adalah dipercayai perasaan marah kepada Rajaatau Sistem Beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh Raja dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap Raja tidak akan melakukannya.

Dengan pindaan ini, perhubungan di antara Raja dengan rakyat akan menjadi lebih teratur dengan kedua-kedua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah undang-undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalaherti dan disalahtafsirkan.

Rakyat tidak lagi akan marah kepada Raja kerana apa yang dilakukan oleh
Raja adalah terhad kepada peruntukan di bawah undang-undang. Sebaliknya jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap Raja, maka yang akan menentukan hukum ialah pengadil atau hakim dalam Mahkamah Khas yang akan menguatkuasakan undang-undang biasa.

2. Setelah dibahas, Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 telah diluluskan mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada dua pertiga majoriti oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menurut prosedur, Rang Undang-undang ini telah dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:

* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau

* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.

4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.

Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari.

5. Pengubahsuaian yang dibuat terhadap Rang Undang-Undang berkenaan adalah hasil daripada beberapa perbincangan di antara pihak Kerajaan dengan pihak Raja-Raja.

Pengubahsuaian ini disyorkan demi memperkemaskan undang- undang berkenaan dan menjaga kehormatan Raja-Raja.

6. Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) l993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan Raja boleh didakwa di bawah undang-undang negara.

Perbezaannya ialah Raja-Raja akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja.
Peruntukan asal dalam Perlembagaan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.

7. Penyesuaian ini memerlukan dua perkara yang baru ditambah kepada Rang Undang-Undang berkenaan. Perkara yang pertama ialah mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau kedudukan Raja sekiranya Baginda atau Raja menghadapi tindakan undang-undang. Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila
menghadapi tindakan undang-undang. Begitu juga dengan Raja-Raja Negeri.

Sekiranya Raja menghadapi tindakan undang-undang, Raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi Baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta melainkan jika Baginda diampun.

Dalam tempoh Raja berhenti menjalankan fungsi-fungsi Raja, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi Raja negeri berkenaan.

Bagi membolehkan fungsi-fungsi Raja itu dijalankan oleh seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.

Penyesuaian ini, saya percaya, disyorkan oleh Raja-Raja kerana tentulah aneh dan tidak dapat diterima oleh masyarakat dan juga oleh Raja-Raja jika seorang Raja yang dihadapkan ke Mahkamah Khas ini terus menjalankan tugasnya sebagai Raja atau ianya masih terus menjadi Raja setelah dihukum oleh mahkamah dan menjalani hukuman.

8. Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Maka selaras dengan pindaan-pindaan yang diperbuat kepada Jadual Kelapan itu Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri masing-masing supaya Perlembagaan Negeri juga selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

9. Adalah diharapkan Kerajaan-Kerajaan Negeri akan menghormati keputusan Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan dengan membuat pindaan tersebut.

10. Sekiranya Perlembagaan Negeri tidak juga dipinda supaya peruntukan Perlembagaan Negeri sejajar dengan pindaan yang dibuat kepada Jadual Kelapan itu, maka mengikut kuasa yang diberi di bawah Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, satu undang-undang boleh dibuat di peringkat Persekutuan untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan itu dapat juga dikuatkuasakan di dalam negeri-negeri.

Dengan demikian kita berharap pindaan-pindaan yang dimaksudkan itu akan dilaksanakan oleh semua Kerajaan Negeri.

11. Pindaan yang kedua ialah sebarang tindakan ke atas Raja-Raja tidak boleh diambil tanpa persetujuan Peguam Negara. Ini adalah bagi menjamin Raja-Raja tidak diheret ke mahkamah oleh pihak-pihak yang hendak memalukan Raja-Raja atas sebab-sebab yang tidak berasas.

BACA SETERUSNYA DI SINI

Daulat Tuanku! Sejarah Tercipta Di Bumi Darul Ehsan!


Masuk jam 6.45 pagi, tetapi belum cukup masa 5 petang, Khusrin Munawi akhirnya terpaksa akur dengan undang-undang!

Apa sekalipun, hari ini EMPAT sejarah telah tercatat secara tidak sengaja dengan sendirinya hanya kerana kaitan SATU peristiwa!

1) Sultan sudah lama kehilangan kuasa dalam perlembagaan lantaran kerakusan Mahathir Mohamad meminda imuniti (kekebalan) Raja-Raja Melayu pada 1993 hingga KERAjaan Persekutuan terlalu berkuasa di negara ini!

2) Menteri Besar kini dikembalikan haknya untuk bersama dengan Tuanku Sultan melantik serta menitahkan pegawai dalam kerajaan negeri bertugas dengan selesa dan selamat tanpa kekeliruan yang cuba dicetuskan Umno-APCO.

3) Dewan Undangan Negeri juga telah berkuasa semula meminda (dengan syarat majoriti 2/3) undang-undang perlantikan pegawai kerajaan negeri tanpa campur tangan KERAjaan Persekutuan melalui Ketua Setiausaha Negara dan Putrajaya.

4) Tamparan buat Umno-APCO yang tidak sudah-sudah mahu merampas kerajaan negeri melalui politik kebencian serta cuba melaga-lagakan antara kerajaan negeri yang sah dipilih rakyat dengan Sultan sebagai ketua kerajaan.

Tindakan pantas dan bijaksana Menteri Besar, Khalid Ibrahim mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah memaklumkan perkara ini sangat dipuji kerana berjaya meyakinkan baginda bahawa perlantikan Khusrin ini sesuatu yang di luar bidang kuasa baginda.

Dan Umno-APCO terutamanya Najib Altantuya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri tidak dapat merampas hak rakyat dari yang berhak!

Kekeliruan ini jelas terungkai, malah Umno-APCO pula kini berdepan dengan persoalan di kalangan orang Melayu, ke manakah kuasa Sultan dan Raja Melayu kini dicampakkan.

Satu isu yang ternyata memakan diri sendiri, jika dimanipulasi Pakatan Rakyat, sokongan selama ini terhadap Umno-APCO bakal memakan tuan!

Syabas Kerajaan Selangor!

Syabas Rakyat Selangor!

Tahniah buat Sultan Sharafuddin Idris Shah!

Dirgahayu Tuanku!/Jalan Pulang

Khir Toyo Memang Tak Hormat Institusi Melayu!!


Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah melanggar Perlembagaan apabila beliau membiarkan diri beliau dibelakangi dalam urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang terdahulu, kata pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Malah Dr Khir juga telah mengizinkan Ketua Setiausaha Negara melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa berunding dengan Menteri Besar seperti yang disyaratkan Perlembagaan.

Ramli, 56, digantikan oleh bekas pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi yang masuk pejabat pagi tadi.

Kelmarin, Dr Khir mendakwa tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat campur tangan dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri dengan mengadakan jawatankuasa pemilihan sebagai langkah yang tidak sah.

“Beliau (Dr Khir) telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila KSN melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu tanpa berunding terlebih dulu dengan Menteri Besar,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Faekah berkata, kerajaan Selangor enggan meneruskan ketidakpedulian Dr Khir terhadap Perlembagaan kerana ini akan membolehkan Ketua Setiausaha Negara menyalah guna Perlembagaan dan Nota Amalan Perkhidmatan Awam dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan kebijaksaan pengurusan yang mana tanggungjawab perlu disertai dengan kuasa.

“Ini kerana KSN melantik Khusrin dengan tidak mengambil kira kelayakan serta kredibiliti dan tanpa berunding dengan Menteri Besar,” katanya lagi.

Faekah juga berkata, Umno-BN telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda Perlembagaan Persekutuan pada 1993 tetapi sekarang mereka cuba bersembunyi di sebalik istana untuk meneruskan agenda politik jahat.

“Seperti dalam isu-isu lain, Dr Khir tidak memiliki moral dan kelayakan untuk mengkritik Kerajaan Selangor termasuk Jawatankuasa Pemilihan yang bertanggungjawab menemu bual pegawai kerajaan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang menekankan pendirian kerajaan pusat bahawa soal pelantikan ketua pegawai perkhidmatan kerajaan negeri adalah prerogatif Ketua Setiausaha Negara.

“Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah apabila Ketua Setiausaha Negara menyatakan persetujuan,” kata Dr Khir kepada The Malaysian Insider kelmarin.

Dr Khir juga membidas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengadakan proses pemilihan sendiri untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menurutnya ia satu tindakan tidak yang sah.

Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat tidak menerima pelantikan itu dengan menyifatkannya sebagai tidak muktamad.

Istana Selangor pula menegaskan pelantikan itu sebagai muktamad dan Khusrin akan mengangkat sumpah pada 6 Januari ini.

Dr Khir berkata, majlis angkat sumpah hanya prosedur pentadbiran semata-mata.

Faedah menambah kerajaan negeri mahu mengulangi kenyataan bahawa jawatankuasa ini dibentuk kerana Menteri Besar mahu memastikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri diisi oleh pegawai kerajaan yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.

“Jawatankuasa ini juga mahu memastikan pelantikan dilakukan secara profesional dan adil.

“Ini juga bagi membolehkan pegawai kerajaan bertindak secara profesional tanpa rasa takut atau menyokong mana-mana parti kerana kenaikan pangkat dibuat berdasarkan prestasi mereka,” katanya lagi.

Syabas Sultan Selangor! Bertindak Atas Kehendak Rakyat Dan Undang-Undang!

Tuanku Titah Perbincangan Selangor-SPA Untuk Penyelesaian Terbaik


Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Ketuanan Penipu Menipu Lagi...??

Petrol dah mahal de... Kah kah kah...

Kah kah kah...

Negara pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar di dunia selepas sang Garuda habis stok?

Kah kah kah...

Mail Sabri Yaakob mana? Tan Lian Hoe tolong Puteri Umno-APCO potong rambut? Kah kah kah...

Atau tengah kautim komisen dengan cukong ke skang ni? Kah kah kah...

Ketuanan Umno-APCO tak sunyi dari menipu orang Melayu kah kah kah.../Jalan Pulang


Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.

Tahun Baru: Hancur Sudah Akhlak Umat Islam Akhir Zaman!!

Malu pada siapa? Penguatkuasa JAIS, wartawan atau Allah SWT???

JAIS tahan 140 pasangan

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 140 pasangan dalam operasi mencegah kemungkaran secara besar-besaran di seluruh Selangor sempena malam 'Ambang Tahun Baru 2011' malam kelmarin.

Daripada jumlah itu, 263 orang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Negeri Selangor kerana kesalahan berkhalwat, manakala pasangan mereka yang bukan beragama Islam dilepaskan.

Selain itu, 43 kes membabitkan tindakan kaunseling dan 98 kes lain hanya menerima arahan beredar.

Pegawai Perhubungan Awam (JAIS), Nurhamizah Othman, berkata operasi itu dilakukan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung dengan fokus utama membabitkan kelakuan kurang sopan di tempat awam, minum arak dan berkhalwat.

Katanya, operasi membabitkan dua fasa itu dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan pegawai masjid di semua daerah terbabit.

"Fasa pertama dimulakan dengan memberi perhatian di kawasan panas iaitu tempat tumpuan pengunjung setiap kali sambutan tahun baru, seperti taman rekreasi, dataran dan sekitar pusat beli-belah terkemuka.

"Kawasan seperti ini sangat popular di kalangan pengunjung terutama remaja setiap kali menjelang awal tahun baru berikutan kawasan terbabit turut menganjurkan majlis sambutan dengan menyediakan pertunjukan bunga api dan konsert yang disertai artis," katanya yang ditemui di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, sejurus operasi berakhir, kelmarin.

Nurhamizah berkata, pada fasa kedua, operasi ditumpukan di hotel bajet yang di sekitar negeri ini yang sering digunakan kebanyakan remaja dan dewasa untuk melakukan kegiatan maksiat selepas berakhirnya sambutan tahun baru.

Katanya, mereka yang ditahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam ialah remaja berusia 13 hingga 21 tahun, manakala mereka yang terbabit khalwat pula terdiri daripada mereka yang berusia 19 tahun hingga 30-an.

"Bahagian Penguatkuasaan JAIS turut menahan beberapa pasang pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) yang didapati bersekedudukan di hotel bajet sekitar Selangor.

"Tembelang" "Ustaz" Khusrin Munawi Terlondeh Hari Ini!


Terlondeh sudah...

Siapa sebenarnya si Khusrin Munawi, mantan Pengarah JAIS yang sangat "disayangi" Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Hasan Ali.

Kalau dulu bersongkok dalam setiap majlis setiap ketika, kini tidak lagi hari ini.

Khir Toyo yang rapat dengan juak-juak Hasan Ali hingga tercetusnya idea "KERAjaang Perpaduang" di negeri itu dikenal pasti dalang di sebalik kemelut antara kerajaan negeri dan Istana Alam Shah.

Apakah manusia seperti Hasan Ali dan Khusrin Munawi mampu mendokong agenda kerajaan negeri selepas ini?

Anda sendiri sudah tahu jawapannya!/Jalan Pulang


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadualkan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi ini di Istana Mestika, Shah Alam.

Ia dipercayai sebagai mencari jalan penyelesaian perlantikkan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Khalid yang ditemui wartawan ketika tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada jam 10 pagi tadi, enggan mengulas perkembangan terbaru berkenaan.

"Kita akan buat pengumuman bila tiba masanya,” kata beliau ketika menunggu menaiki lif ke pejabatnya.

Awal pagi ini, Khusrin tiba untuk bertugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 6.45 pagi ini, di sebalik kontroversi perlantikannya itu.

Beliau juga mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi.

"Tiada masalah,” katanya sebelum terus menyelinap ke dalam bangunan di Shah Alam itu.

Khusrin yang memakai sut kelabu berbelang, kemeja putih dan tali leher masuk ke pejabatnya kira-kira pukul 7 pagi selepas kenderaannya dilihat melalui pintu masuk bangunan SAAS pukul 6.45 pagi.

Beliau diiringi dua pengawal keselamatan kerajaan negeri ketika masuk ke pejabatnya.

Bagaimanapun, adalah dipercayai beliau masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber dari pejabat menteri besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Khusrin daripada pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu.

"Tidak akan berlaku konfrontasi... Sudah tentu, beliau boleh masuk tetapi sama ada beliau akan bekerja untuk kita (kerajaan negeri Selangor) adalah cerita lain,” kata sumber itu.

Anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dilihat berjaga-jaga di lobi bangunan itu.

Khusrin dijadual mengangkat sumpah jawatannya pada 6 Januari ini tetapi kerajaan negeri membantah perlantikkan itu kerana mendakwamenteri besar tidak dirujuk.

Kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak senang dengan perlantikkan Khusrin oleh kerajaan persekutuan sebagai ketua kakitangan awam di negeri itu kerana beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ketika Umno menerajui Selangor.

Khusrin, 54, dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember lalu.

Sebelum dinaikkan pangkat, Khusrin berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

KERAjaang Perpaduang II: Perlukah Sampai WikiLeaks Dedahkan???


Pemimpin-pemimpin PAS didakwa berhadapan dengan satu lagi ‘perbalahan’ ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini.

Khabar angin ini muncul ini hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunan Jun ini.

Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan sebelum ini.

Pertemuan majlis makan malam itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS tahun lalu.

Masih belum pasti sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang sebelum ini didakwa memihak atau cenderung kepada kerjasama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan, hadir bersama.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof ketika dihubungi mengesahkan Nik Aziz hadir tetapi menegaskan, kehadiran beliau hanya atas jemputan menghadiri majlis santapan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

“Tok Guru hadir kerana diundang ke majlis santapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dan, turut hadir ialah Datuk Seri Najib, tiada kaitan dengan soal politik, majlis santapan sahaja,” kata beliau.

“Bagi Tok Guru, majlis itu adalah nilai sentimental,” kata beliau secara berseloroh.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin lain termasuk dari PAS turut hadir.

Pertemuan itu berlangsung pada 24 Disember lalu.

Dalam akhbar Siasah keluaran terbaru, Ketua Pengarangnya Sayuti Omar berkata, “apa yang saya dengar ini ialah perjumpaan ‘besar’ di antara tiga tokoh negara ini dari dua parti berlainan.”

“Pertemuan itu ialah antara Mursyidul Am PAs dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Pertemuan ini berlaku di istana negara pada malam Jumaat lalu (24 Disember). Turut sama hadir katanya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin,” katanya dalam laporan muka depan membawa gambar Nik Aziz dan Najib.

The Malaysian Insider difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS pusat atau negeri Kelantan dalam sehari dua ini.

Akhbar itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diundang sama tetapi beliau dikatakan berada di London ketika itu.

“Apakah beliau (Hadi) mewakilkan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa atau tidak, tidak dapat dipastikan,” katanya.

Akhbar itu menambah, “rasanya pertemuan itu memberi banyak input kepada semua pihak terutamanya kepada Yang di-Pertuan Agong sebaagai orang berkuasa di negara ini.

Begitu juga pertemuan itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz serta Muhyiddin bukan saja bertanya keadaan diri masing-masing, tetapi hal-hal lain juga,” katanya.

Malah akhbar itu mempersoalkan sama ada pertemuan itu boleh dianggap sebagai rasmi memandangkan ada yang menganggap Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai bukan pemegang jawatan eksekutif dalam parti itu.

“Pertemuan itu disalah tafsir tetapi saya tidak tahu apa agendanya, kemungkinan Tuan Guru akan menjelaskan butiran pertemuan itu,” kata Wan Nik.

“Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin lain hadir sama,” kata Wan Nik lagi.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Nik Aziz mendakwa Menteri Besar Kelantan diperangkap supaya menghadiri pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Umno dan mereka juga mendakwa satu lagi pertemuan telah diadakan sehari sebelum majlis makan malam itu.

Beberapa pemimpin PAS terlibat dalam ‘debat’ mengenai isu itu menerusi laman sosial Facebook dengan mendakwa Hadi dan Nasharudin cuba memulihkan usaha untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Malah ada yang memertahankan kedua-dua Hadi dan Nasharudin masing-masing ahli Parlimen Marang dan Bachok.

Menerusi Facebook, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron membayangkan beberapa pemimpin kanan PAS masih cenderung untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno.

“OK, tak habis lagi bagi pendapat masing-masing. Habiskan dulu pandangan masing-masing baru boleh ambo (saya) buat kesimpulan. Ambo boleh bagi tahu habis sampai warna baju yang dipakai oleh orang tu... dalam perjumpaan itu. Ada yang hendak nafi lagi?” katanya.

“Aku kata dah berlawan dalam Facebook ni makin nampak Umno dan puak prokerajaan perpaduan makin nampak hujah puak penakut nak berjuang dan mahu jalan pintas hendak jadi kerajaan,” kata beliau.

Mesejnya juga berkata, “guano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni.”

“Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut.

“Betullah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama,” katanya lagi.

Tulisan Fatah itu menarik respons Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad yang turut meminta pemimpin dari Kelantan itu agar membuat aduan rasmi kepada ibu pejabat.

Kata Idris, beliau berharap untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pertemuan sulit yang disebutkan oleh Fatah agar setiap ahli dimaklumkan mengenai perkembangan isu tersebut.

“Parti (juga) boleh mengambil tindakan,” kata Idris dalam mesej Facebooknya.

“Secara rasmi, kami tiada sebarang maklumat. Kami berharap YB Fatah boleh membuat aduan rasmi kepada parti. Saya baru sahaja menghubungi Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali), beliau tidak tahu dan meminta YB Fatah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat,” kata beliau.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Fatah enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau.

Bagaimanapun beliau berkata akan menyediakan lebih banyak maklumat “apabila tiba masa yang sesuai” kelak.

Beliau juga enggan menamakan pihak dari PAS yang mengusahakan pertemuan sedemikian.

Isu mengadakan kerjasama politik dengan Umno juga muncul pada 2008 dan kemudian tahun berikutnya ketika PAS mengadakan pemilihan.

Ketika itu didedahkan bahawa Nasharudin dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa tersebut merupakan perdana menteri dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo susulan keputusan pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Pemimpin-pemimpin yang memihak kepimpinan Nik Aziz kemudian menuduh Nasharudin berkonspirasi untuk membawa PAS keluar dari  Pakatan Rakyat (PR) tetapi beliau berjaya mempertahankan kerusi timbalan presiden dalam saingan tiga penjuru membabitkan Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Nik Aziz sejak 2008 berkeras menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dengan merujuk kepada insidern tahun 1970-an.

Hantu "Pilihanraya Umum Ke-13" Bagi Pakatan Rakyat Dan Barisan Najis!


BANYAK petanda semasa menjurus kepada pilihan raya umum diadakan lebih awal daripada tempoh sah Parlimen.

Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak telah mula menghidangkan sajian-sajian PRU seperti cuti umum merayakan kemenangan pasukan bola kebangsaan dalam pertandingan Piala AFF Suzuki dan bayaran khas kepada peneroka Felda serta pelantikan baru dalam Umno.

Sebelum itu kerajaan mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang begitu hebat dipromosikan beberapa bulan lalu.

Dikhabarkan juga yang dalam masa beberapa hari lagi beliau akan bersidang dengan semua Wakil Rakyat Barisan Nasional bagi mendapatkan maklum balas mengenai sentimen rakyat jelata terhadap pemerintahannya.

Dari aspek undang-undang, PRU tidak perlu diadakan hingga Mac 2013 atau lewat daripada itu setelah mengambil kira tarikh PRU ke-12, tarikh persidangan pertama Parlimen dan hakikat bahawa PRU boleh diadakan dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh Parlimen.

Namun daripada gaya percakapan pemimpin politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, PRU ke-13 akan diadakan jauh lebih awal daripada itu.

Ada ramalan mengatakan seawal Mac tahun ini kerana Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor “bertuah” beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11.

Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi.

Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini.

Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Walaupun Mohd Najib cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan Umno bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin.

Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember lalu, Mohd Najib berkata PRU akan datang akan menjadi “hari penentuan” bagi BN.

Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN.

Petanda PRU Mengejut

Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:-

1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;

2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada “kebaharuan” kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri;

3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing;

4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu;

5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata;

6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan

7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.

BACA SETERUSNYA DI SINI