Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Monday, January 31, 2011

Video: Krisis Mesir: Rakyat Tendang Rejim Hosni Mubarak. Rejim Najib Altantuya Bila Lagi??



Krisis Mesir!

Hosni Mubarak sudah mau cabut ikut "First Lady" nya ke United Kingdom!!

Revolusi dari Tunisia kini menggigit Mesir!!

Apakah kita mahu ini juga berlaku kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Altantuya dan Bik Mama??

Kah kah kah...

Kah kah kah...








Video ihsan Al Jazeera English, Doha, Qatar











TERKINI!! Krisis Mesir: Wisma Putra Kerja Macam Budak Sekolah??

TERKINI!!


Krisis politik di Mesir semakin meruncing dan makin membimbangkan!

Terbaru, dikhabarkan Wisma Putra baru saja memberi kenyataan bahawa LIMA pegawai jabatan itu bersama Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay akan berlepas dari KLIA menuju Kaherah bagi meninjau keadaan!

Persoalannya, kenapa baru sekarang nak tinjau dan buat keputusan?

Tidakkah mereka sepatutnya lebih arif mengenai soal diplomatik dan keselamatan rakyat Malaysia di sana?

Bukankah ada Kedutaan Malaysia yang berperanan lebih pantas bertindak tanpa perlu menunggu arahan Kuala Lumpur??

Tidak cukup dengan hanya keluar TV menceceh mengatakan rakyat kita selamat di sana, tetapi kebajikan mereka bagaimana??

Menurut Twitter dari ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebentar tadi membidas tindakan lambat Wisma Putra dengan menyebut:

"Di Mesir bank2 tutup dah 3 hari. Masalah ketiadaan wang, makanan. Keadaan semakin mncabar. Wisma Putra baru nak hantar wakil tinjau keadaam?" (keadaan)?

Mana Anifah Aman? Kenapa ikut juga rombongan Najib Altantuya ke emiriah Arab bersatu semalam?

Tidakkah dia rasa sensitf terhadap rakyat kita yang bertarung nyawa di Mesir??

Satu lagi tindakan slogan "rakyat didaHULUkan" selepas kenaikan petrol RON 97 yang diumumkan sebentar tadi!

Sial Umno-APCO!!

Wisma Putra nilai keperluan pindah pelajar di Mesir

Timbalan Menteri Luar A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam ini mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.

Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana “situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia.”

“Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka...kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)...kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit,” katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, hari ini.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.

TERKINI!! PECAH BERITA!! Harga Petrol Naik Lagi!!


TERKINI!!

Menurut Twitter dari ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, harga petrol jenis RON 97 akan meningkat sebanyak 10 sen mulai tengah malam ini!

Rupanya, inilah balasan yang diterima dari pengundian DUN Tenang yang memberi "lesen" sesuka hati terhadap Barisan Najis untuk terus menekan rakyat Malaysia!

Tahniah pengundi DUN Tenang yang mengundi Barisan Najis!

Anda sebenarnya memang "bijak"!!!

PASCA Pilihanraya Dun Tenang: Pengundi Dipermain Barua Barisan Najis!!


Kehilangan pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat akibat terperangkap dalam banjir serta panik atas keselamatan mereka adalah punca kemerosotan undi yang diperolehi.

Berdasarkan statistik awal, calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman kehilangan hampir 3000 undi yang disebabkan oleh tindakan "berat sebelah" pasukan penyelamat serta pasukan keselamatan yang hanya menumpukan bantuan kepada mangsa banjir yang memang dikenal pasti penyokong tegar Barisan Najis.

Walau apapun, Pakatan Rakyat mesti bertindak lebih agresif bagi menyedarkan orang Melayu di perkampungan tradisional dan FELDA kerana selagi minda mereka tidak berubah, impian menuju Putrajaya makin samar.

Tindakan mesti bermula dari SEKARANG!!

DUN Tenang: Pakatan dakwa pengaruhi keputusan, PAS puas hati

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menganggap kekalahan pada pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang semalam adalah disebabkan bencana banjir yang menyebabkan ramai penyokong mereka tidak sampai ke pusat pengundian.

Peratusan keluar mengundi semalam cuma 67 peratus berbanding 73 peratus tiga tahun lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata walaupun calon mereka Normala Sudirman kalah, mereka tetap berpuas hati kerana berjaya menidakkan usaha BN mencapai sasaran majoriti melebihi 5,000 selain berjaya mengekalkan sokongan di beberapa peti undi.

“SPR kena kaji, tak boleh mengenepikan isu banjir.

Jentera kita bersungguh-sungguh.

Kita tak nampak kesan lain.

Calon kitapun diterima baik, tetapi disebabkan pengangkutan, penyokong kita tak dapat mengundi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Azahar dari Barisan Nasional (BN) mengalahkan Normala dengan majoriti 3,707 undi.

Calon BN memperoleh 6,699 undi manakala Normala mendapat 2,992 undi.

Dalam pada itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata secara keseluruhan, BN menang disebabkan jumlah pengundi kaum Melayu yang keluar mengundi lebih ramai berbanding hanya kira-kira 55 peratus pengundi Cina, yang merosot daripada 72 peratus pada pilihan raya umum 2008.

“Contohnya di Felda Chemplak, jumlah yang keluar mengundi ialah 88 peratus walaupun dilanda banjir.

Saya rasa jika banjir tidak berlaku, jumlahnya lebih tinggi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS dan PR (Pakatan Rakyat) telah kehilangan undi orang Melayu, terutama di kawasan Felda,” katanya.

Beliau berkata jumlah undi orang Melayu merosot daripada 18 peratus pada pilihan raya umum lepas kepada hanya 12 peratus pada pilihan raya kecil ini dan Umno sememangnya pemenang yang jelas.

“Bagi saya, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah.

Selain itu, terdapat isu mengapa ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi,” katanya.

Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata terdapat ramai pengundi yang tidak dapat ke pusat pengundi terutama di Bandar Timur Labis, Bandar Tengah dan Labis.

“Bagaimanapun, apa yang agak signifikan ialah walaupun hanya 55 peratus yang keluar mengundi, 70 peratus pengundi Cina di kawasan yang di daerah yang didominasi 96 peratus kaum itu, masih mengundi calon PAS.

“Malah, jumlah undi mereka meningkat. Ini menunjukkan taktik BN berhubung negara Islam tidak berhasil,” katanya.

Bagaimanapun, Tian Chua berkata parti itu akan menjalankan kajian mendalam terhadap keputusan pilihan raya tersebut.

“Nampaknya MCA gagal menakutkan pengundi Cina dengan isu negara Islam. Daripada pilihan raya ini, saya boleh katakan bahawa Pakatan PKR-DAP-PAS menikmati sokongan tinggi kaum Cina secara sama rata,” katanya.

Pasca Pilihanraya DUN Tenang: Satu Undi Majoriti Bernilai RM40,500!!


Apa yang sudah berlaku, ia tetap sudah berlaku.

Biarpun Barisan Najis mendakwa pengundi Tenang sudah kembali kepada mereka, hakikatnya mereka terpaksa membayar dengan harga yang sangat mahal!

Satu undi majoriti berharga RM40,500!

Ini berdasarkan curahan "rasuah" yang dianggar mencecah sehingga RM157 juta hanya untuk DUN Tenang saja!

Pendedahan oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam Twitternya sudah cukup membayangkan betapa Umno-APCO dan Barisan Najis benar-benar parti RASUAH!

Sampai bilakah keadaan ini berterusan??

Bantu Melayu, biarkan Cina dan India?

Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi  naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.

ANALISIS: Pasca Pilihanraya DUN Tenang: "Umno-APCO Tewaskan PAS, PAS Tewaskan MCA"!!

ANALISIS


Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar.

Belum lagi pertikaian yang semakin kuat didengar, sama ada pengundian perlu dihentikan atau ditangguhkan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada kerja penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.

Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian.

Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.

Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam

Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.

Apa yang menarik, PRK Tenang adalah PRK pertama di Johor, kubu BN di Semenanjung Malaysia. Lebih-lebih lagi, DUN Tenang berada di bawah kawasan parlimen Labis, kawasan asal Presiden MCA Chua Soi Lek.

MCA telah dilanda krisis pergelutan kuasa untuk hampir setahun, dan hanya reda (pada permukaannya) selepas pemilihan semula pada 28 Mac 2010. Satu soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center pada Mac 2010 mendapati "hanya 22% Cina anggap MCA relevan".

PRK Tenang menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi Chua Soi Lek. Namun, untuk Chua Soi Lek, kemenangan BN di Tenang tidak membawa apa-apa makna yang positif untuk dirinya - seandainya undi Cina tidak melonjak.

Malah, kesudahan yang mungkin paling sempurna dari perkiraan politik Chua Soi Lek adalah BN kalah, tetapi undi Cina meningkat. Ini kerana kesudahan sedemikian akan menonjolkan betapa pentingnya kedudukan MCA dalam UMNO, sementara membuktikan bahawa Presidennya berjaya mengembalikan sokongan Cina.

Ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek mengatur strategi untuk menyerang dengan isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalaman dengan lelaki atau tidak. Strategi ini langsung tidak mengambil sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, yang sudah tentunya bakal memberi impak kepada UMNO.

Begitu juga sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak mengambil kira perasaan MCA, terus menyelar Chua Soi Lek secara terbuka, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Malaysia adalah Negara Islam yang menjadi teladan", pada ketika MCA menakut-nakutkan komuniti Cina dengan isu Negara Islam.

Sebagai politikus veteran, Chua Soi Lek semestinya menyedari bahawa selain musuh dari Pakatan Rakyat, antara parti komponen BN, beliau juga berdepan dengan musuh dalam MCA sendiri.

Seandainya beliau gagal mempertahankan undi Cina di kawasan dirinya (sungguhpun kini disandang anaknya, Chua Tee Yong), maka keupayaan beliau akan dipertikaikan oleh pemimpin yang menggosok tangan dalam MCA. Dan ia mungkin pencetus konflik dalaman seterusnya dalam MCA.

Keputusan hari ini jelas menunjukkan bahawa strategi Chua Soi Lek untuk menakutkan pengundi Cina dengan isu "Negara Islam" hilang mujarabnya.

Sama ada MCA bakal tunduk kepada realiti ini, ataupun kekal menggunakan senjata terakhir ini, akan diketahui dalam PRK Merlimau yang bakal diadakan pada hujung Februari depan.

Kedudukan PAS di kawasan campuran

Untuk PAS pula, PRK Tenang sebenarnya lebih merupakan pertarungan untuk menguji kedudukannya di kawasan campuran. Rakan partinya dalam Pakatan Rakyat, DAP dilihat bersungguh-sungguh untuk menangkis serangan dari MCA terhadap PAS.

Jikalau "Negara Islam" menjadi isu yang menghantui hubungan antara PAS dengan DAP pada masa dahulu, kini kedua-dua parti ini kelihatan lebih matang untuk berdepan dengan isu yang kontroversi ini.

Keputusan PRK Tenang menyaksikan PAS meraih sokongan yang melonjak di komuniti Cina, dan mungkin lebih tinggi seandainya pengundi tidak disekat banjir. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyimpulkan keputusan ini dengan "UMNO menewaskan PAS, dan PAS pula menewaskan MCA".

Wong Chin Huat mengingatkan bahawa, PAS masih mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya dalam keadaan kadar pengundian menurun, malah di kawasan kubu Presiden MCA sendiri!

Ini bermakna, MCA akan tewas dengan lebih teruk jikalau calon DAP atau PKR menyarung jersi dalam PRK ini. Malah, jikalau keadaan yang sama berlaku di kawasan yang bukannya kubu MCA, kekalahannya akan lebih ketara, menurut Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, keputusan sedemikian mengesahkan sekali lagi realiti bahawa PR menghadapi kesukaran di kawasan desa, khususnya kawasan FELDA dan ladang estet.

Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama.

Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS.

Cuma, PAS perlu memikirkan sesuatu untuk menembusi kubu UMNO di kawasan pedalaman, yang mana pendekatan ini tidak semestinya perlu mengorbankan undi bukan Melayu-Muslim.

Baca: BN raih majoriti 3707, gagal menjangkau matlamat 5000 undi

*Analisa ini disunting daripada beberapa laporan dan tulisan yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

PASCA Pilihanraya Dun Tenang: Terima Kasih Cikgu Mala Dan Jentera Pakatan Rakyat!!

Terima kasih Cikgu Mala


"Apa lagi yang mampu saya ucapkan selain daripada ucapan terima kasih cikgu.

Allah jualah yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan cikgu sekeluarga dalam mempastikan syiar Islam dinobatkan di negara ini melalui pilihanraya di DUN Tenang.

Kekalahan kali ini sebagai mana di Galas, memang perit buat kami, tetapi itulah yang dilihat pada masa ini.

Namun, kami tetap bersyukur dengan ketentuan Illahi. Pada kami, Allah jugalah yang mengetahui sebab sesuatu ketentuan itu.

Keputusan PRK kali ini, sebagaimana PRK yang lepas-lepas juga menyatakan bahawa masih ada lagi sekelumit jiwa orang-orang yang beriman dan orang-orang yang yakin kepada Islam.

Inilah yang penting kerana itu adalah rahmat Allah.

Pada kami, apalah yang dapat kami buat jika tidak ada orang seperti cikgu? Apakah yang dapat kami tunjukkan kepada Allah tentang usaha dalam melaksanakan fardu kifayah kami?

Dengan adanya orang-orang seperti cikgu, telah mampu menyelamatkan kami dan umat Islam di negara ini dan negara ini amnya.

Kewujudan cikgu, telah memenuhi perintah Allah yang mana antara maksudNya; " Hendaklah ada di kalangan kamu, golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran."

Saya lupa daripada surah mana ayat itu tetapi itulah yang selalu didendangkan oleh kumpulan tabligh ketika memberi taklim di tempat saya.

Cikgu, cikgu tidak bersendirian.

Cikgu pun maklum.

Seri Kandi seperti cikgu akan wujud malah sentiasa ada dalam mana-mana kelompok masyarakat.

Dalam masa yang sama, kumpulan syaitan tetap ada dan sentiasa berusaha untuk melemahkan malah menghapuskan iman kita.

Mereka memang ramai, dan memang pun kerana penghuni neraka itu memang ramai.

JUGA UCAPAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA PETUGAS JENTERA PAKATAN RAKYAT PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG!