Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Wednesday, March 02, 2011

PUNDEK!! Bapok Gay Kencing!!

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula semalam sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Sejak Ogos tahun lalu kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Hishammuddin berkata keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam.

Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

Barisan Najis Peduli Apa Kakitangan Awam Berhutang!! Undilah Lagi!! Kah Kah Kah...

1,086 Penjawat Awam Muflis Dan Dibelenggu Hutang


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam, dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Justeru Liew berkata taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahankepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu-isu berkaitan dengan hutang dan kebankrapan.

TERKINI!! PECAH BERITA!! SEDIH DARI PAKISTAN!!


TERKINI!!

Keganasan telah berlaku di sebuah negara Asia Selatan!

Menteri Untuk Kaum Minoriti, Shahbaz Bhatti (gambar) dilaporkan telah ditembak mati dalam satu serangan hendap di Islamabad dan disahkan meninggal dunia di hospital sebentar tadi!

Menurut beberapa laman Twitter, Shahbaz ditembak dari jarak dekat.

Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani dilaporkan terkejut dengan berita yang baru diterima.

Ini menambahkan lagi tekanan  kepada kerajaan campurannya yang sedang bergelut dalam krisis ekonomi paling buruk dalam tempoh 30 tahun.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggunjawab di atas serangan tersebut.

PANAS!! Pilihanraya DUN Merlimau: Petanda Barisan Najis Tersungkur??

Merlimau terus dicemari angkara khianat


Kempen pilihan raya kecil dewan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir.

Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan saya pasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.

Pra-Pilihanraya 13: Pakatan Rakyat Kekal Perintah Selangor

Pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat lebih bertumpu kepada kebajikan rakyat - Khalid


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin Pakatan Rakyat dapat mempertahan Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang berdasarkan pencapaian dan prestasi tiga tahun mentadbir negeri itu.

“Saya yakin dapat mengekalkan Selangor kerana pentadbiran kita lebih tertumpu kepada kebajikan untuk rakyat berbanding pentadbiran sebelum ini,” katanya pada sesi minum petang bersama para editor media cetak dan elektronik di sini semalam.

Beliau berkata, berbeza dengan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), pentadbiran Pakatan telah melakukan banyak perubahan walaupun dalam tempoh yang singkat, seperti program “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Khalid melahirkan keyakinan ini kerana hasil satu tinjauan, di antara 50 hingga 55 peratus rakyat Selangor akan mengundi Pakatan Rakyat dan lebih 60 peratus penduduk bandar-bandar di Selangor akan menyokong Pakatan PRU ke 13.

Apabila ditanya tidakkah beliau bimbang apa yang berlaku di Terengganu apabila pentadbiran yang diterajui oleh PAS hanya dapat bertahan satu penggal sahaja, beliau menjelaskan,

“Keadaan di Terengganu adalah berbeza berbanding dengan Selangor kerana perdana menteri pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menyekat bayaran hasil royalti minyak berjumlah RM800 juta untuk melumpuhkan negeri itu.

Selangor banyak hasil

Di Selangor katanya, kita tidak bergantung kepada hasil minyak, kita mempunyai banyak peluang perniagaan dan pelaburan yang boleh menjana pendapatan dan malahan memberi sumbangan yang besar kepada persekutuan dari segi ekonomi dan dalam bentuk cukai.

Kepada persoalan bahawa Pakatan didakwa menghadapi masalah kepimpinan kerana terdapat pergeseran di antara ahli-ahli exco, Khalid menjelaskan bahawa Pakatan (yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP) kini lebih mantap berbanding dahulu.

“Sudah pasti terdapat perbezaan pendapat dan pandangan di antara komponen-komponen parti.  Barisan Nasional (BN) juga mempunyai masalah dalamnya sendiri.

“Tetapi yang berbeza di antara Pakatan dengan BN ialah dari segi kepimpinan…….Umno lebih dominan dalam pakatan itu,” jelas beliau.

PANAS!! DUN Sarawak Bubar 19 Mac??

Media ramal DUN Sarawak dibubar 19 Mac, undi 9 April

Spekulasi semakin kencang dengan desas-desus terbaru mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka ruang kepada pilihan raya negeri yang ke-10.

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen negeri Sabtu ini dan ia dilihat sebagai petanda jelas pembubaran akan menjadi kenyataan bulan ini selepas spekulasi mengenainya bermula kira-kira setahun lalu.

Kini BN memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak di Semenanjung dengan hari pengundian berlangsung Ahad ini.

Laporan The Star hari ini menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.

Mandat semasa hanya akan berakhir 23 Julai ini sementara Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud terus dengan gaya beliau membiarkan orang ramai membuat spekulasi demi spekulasi mengenai kemungkinan tarikh pembubaran.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber berkata kepimpinan BN pusat yang mengadakan mesyuarat bulan lalu menjangkakan pilihan raya negeri, yang menawarkan 71 kerusi, akan diadakan awal April.

Menurut laporan akhbar itu hari ini menyebut DUN akan dibubarkan pada 19 Mac manakala penamaan calon diadakan pada 2 April dan disusuli dengan tarikh pengundian 9 April.

Akhbar itu memetik Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, “sebarang tarikh sebelum Julai mungkin.”

“Ketua Menteri telah meminta kami agar bersedia. Dan kami sudah pun bersedia,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi berkata, jika pilihan raya hendak diadakan pada 9 April, BN “sudah bersedia untuk bertarung.”

“Sebenarnya saya tidak tahu-menahu tarikh pembubaran. Ia bergantung pada Ketua Menteri bila hendak memanggil pilihan raya tetapi kami sudah bersedia,” katanya.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mahu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya.

Liawt Fasa 2: Pendedahan Yang Makin Memalukan??

Kes Liwat 2 : Apakah sebenarnya yang akan terdedah?


"Kes perbicaraan Liwat 2 yang dihadapi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim kini menuju ke awal peringkat pertengahan.

Ia masih berada pada sesi pihak pendakwa mengemukakan saksi mereka dalam usaha pendakwaan terhadap DSAI akan kes tersebut.

Secara umumnya tahu perbicaraan kali ini walaupun agak mencabar dan disulami dengan pelbagai kejutan namun kita dapati ia lebih kepada perbicaraan yang melucukan serta tidak masuk akal.

Namun pendedahan demi pendedahan terus berlaku.

Penceritaan dari si penuduh Saiful Bukhari Azlan yang tidak konsisten dan berubah-ubah serta terkadang melucukan membuatkan perbicaraan ini dilihat membuang masa dan membosankan.

Walaubagaimanapun DSAI perlu berhadapan dengan pendakwaan yang unik ini walaupun peluang baginya agak tipis.

Kehebatan ketua pembelaan Karpal Singh dalam membongkar dan memerangkap Saiful Bukhari dengan soalan yang di luar jangkaan membuatkan kes ini semakin bercelaru.

Walau bagaimanapun perbicaraan Liwat 2 ini mula diikuti dan menarik semula perhatian umum apabila ia berada pada peringkat pendedahan pita rakaman CCTV yang mula dipertontonkan oleh kedua-dua iaitu pihak pendakwaan dan pembelaan.

Visual pita rakaman CCTV ini diambil dari kondominium di mana tempat kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Dalam rakaman tersebut petikan dari artikal portal Malaysiakini menyatakan :

Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat. Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas, ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti siapakah pemilik kenderaan berkenaan ataupun individu-individu di dalam rakaman berkenaan.

Namun jika kita perhalusi hala tuju kes ini adalah mungkin sesuatu pendedahan atau kejutan yang lain bakal berlaku yang akan menenggelamkan cerita liwat ini di mana apakah yang berlaku atau tujuan mereka yang berada di kondominium tersebut pada hari yang didakwa oleh Saiful bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI.

Mungkin ada perbincangan besar atau sulit telah berlaku di tempat kejadian.

Namun apapun yang lebih tahu apakah yang sebenarnya berlaku di kondominium tersebut pada tarikh didakwa kejadian liwat itu berlaku hanya DSAI, Saiful dan beberapa individu yang dikaitkan.

Selebihnya Allah SWT lebih maha mengetahui.

Adakah kes ini akan berpanjangan? Wallahualam.."