Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Monday, March 21, 2011

PANAS!! Di Mana Sebenarnya Anwar Ibrahim Pada 21 Februari 2011??

PANAS!! INI ALIBI!!


Lihat kemas kini Facebook Anwar Ibrahim yang tertera di akaunnya pada Isnin, 21 Februari 2011, jam 1040 malam!



Salah satu bukti Anwar bukan pelakon dalam video.

Masa rakaman video itu 21 feb 2011, jam 22.23 - 22.45, sama dengan dakwaan DSAI yang sedang update tweeternya dirumah bersama keluarga...

Esok Persatuan Pendekar dan seluruh AMK Selangor akan menyerahkan beberapa bukti bukti untuk dijadikan evidence dalam dakwaan terbaru UMNO yang keji lagi laknat!


Bukti Anwar Ibrahim sendiri yang menghantar makluman (post) ke Facebook:

1) Anwar menggunakan bahasa yang BIASA digunakannya ketika membalas atau menghantar makluman terkini - Paling ketara ayat INSHAALLAH, bagi yang biasa mengikuti Facebooknya

2) Setiap kali kita baca makluman terkini dari Anwar Ibrahim, sebenarnya ia adalah pautan daripada kiriman asal akaun Twitternya di alamat http://twitter.com/anwaribrahim dan dari akaun Twitternya lah kesemua makluman terkini yang anda baca di Facebook sebenarnya adalah maklum balasnya.

Pautan dari Twitternya ke akaun Facebook adalah menggunakan simbol hashtag ( # ) dan ditambah fb selepasnya dan hasilnya adalah #fb yang bermaksud pautan dari Twitter juga dihantar ke Facebook dengan buktinya adalah perkataan Selective Tweets.

Jika anda mengikuti akaun Twitternya, ianya dibalas sendiri oleh Anwar (bagi sesiapa yang sudah ikut - follow) akaunnya. Kalau masih tak percaya, buka akaun Twitter dan follow Anwar Ibrahim dengan menggunakan pautan di atas

Untuk makluman, setakat ini Anwar belum pernah gagal melakukan perkara di atas!

TERKINI!! Video: Sidang Akhbar Anwar Ibrahim Di Tropicana!! Tayangan Di Carcosa!! (DIKEMASKINI)

 SIDANG MEDIA KHAS - 21 MAC 2011


Hentikan Segera Politik Kotor Dan Lucah

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga.

Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcosa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.

Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu.

Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas.

Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya.

Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak.

Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud.

Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Video ihsan MediaRakyat



Tayangan 'meletup' di Carcosa Sri Negara

Inilah Carcosa Seri Negara, tempat tayangan
"video lucah abad ini" - ihsan Barisan Najis!!
"Ia amat besar dan meletup!" terdengar bunyi suara wanita bercakap melalui telefon.

Dan panggilan itu adalah permulaan kepada satu pengembaraan menakjubkan bagi wartawan parlimen ini.

"Saya berada di Parlimen, boleh saya tanya bos saya terlebih dahulu?" kata saya sambil terfikir sebesar manakah berita itu nanti.

Saya duduk sambil menyandarkan belakang di atas sofa kulit, di tengah rakan wartawan di lobi Dewan Rakyat.

"Ini lebih besar daripada (berita) Parlimen. Jika anda mahu cerita ini, datanglah ke lobi utama (hotel) Carcosa Seri Negara pada jam 11.45 pagi," katanya.

Saya memandu keluar meninggalkan perkarangan Parlimen pada jam 10.10 pagi.

Pengawal di pintu utama merenung ke arah saya, mungkin tertanya-tanya mengapa pemberita ini pulang awal, sedangkan sesi soal jawab di Dewan Rakyt baru hendak mula.

Kemudiannya saya baru perasan yang saya beredar terlalu dari Parlimen untuk ke Carcosa Seri Negara, sedangkan hotel itu terletak dekat situ sahaja.

Oleh itu, saya pun memandu sekitar kawasan tersebut beberapa kali sehingga jam 10.50 pagi.

Selepas itu, saya memandu menuju ke hotel mewah tersebut.

Saya melambai tangan ke arah pengawal di pintu masuk ke hotel tersebut.

Dia tersenyum sambil menunjuk arah ke lobi utama.

Selepas meletak kereta di parkir, saya bergerak ke lobi, untuk menyertai wartawan lain dari media arus perdana dan media alternatif, yang kelihatan seperti telah dimaklumkan mengenai apa yang akan berlaku.

TERKINI!! VIDEO "DATUK T": Orang Dalam Video Itu Bukan Saya!!

Anwar: Bukan Saya, Taktik Jahat BN


Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya (gambar) pada sidang media di sini petang ini.

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.

Pada masa itu video dikatakan dirakamka, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."

PANAS!! CERITA SAKSI: "Video Lucah" Bakal Ganti Liwat Fasa 2??


Kah kah kah...

Nampaknya, lubang kunyit Saifool sudah tak laku kah kah kah...

Untuk kesekian kalinya, bertempat di sebuah bilik di Carcosa Seri Negara, beberapa editor, wartawan dan pengamal media (termasuk beberapa orang ... - rahsia) ditunjukkan sebuah video tayangan "paling lucah abad ini"!

Kerana pelakon yang dilihat dalam video selama kira-kira 25 minit itu menunjukkan bahawa lelaki yang berada dalam bilik tersebut seolah-olah mirip Ketua Pembangkang!

Wah! Makin terkejut dan terperanjat, lantas beberapa wartawan bangun dan keluar dari bilik tayangan sambil menggeleng kepala tanda tak percaya.

"Datuk T" yang menjadi "penganjur" nampaknya "berpuas hati" dengan tayangan tersebut, tetapi belum tentu "pendedahannya diterima"!


BN terdesak, video fitnah ditayang sempena bubar DUN Sarawak

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua percaya penayangan video fitnah berunsur lucah kepada media tempatan hari ini, dibuat juak-juak Umno Barisan Nasional (BN) sempena pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menganggap Umno BN terdesak, beliau berkata, parti pemerintah mereka cipta fitnah baru berikutan perbicaraan Fitnah II kian gagal.

“Mereka terdesak. Dalam kes Fitnah II yang direka dengan pelbagai pakar nampak kian gagal. Kini mereka mereka satu lagi kes fitnah,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Mengikut Malaysiakini, satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedah kepada media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video itu ditayangkan untuk tontonan media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Sarawak Ahmad Nazib Johari menyifatkan tindakan proksi Umno BN menayang video fitnah berunsur lucah itu, serentak dengan pembubaran DUN Sarawak membuktikan mereka ketandusan isu.

Beliau berkata, taktik itu bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat melibatkan skandal pimpinan BN di negeri itu.

“Skandal rasuah, kegagalan pentadbiran BN di Sarawak serta kekayaan luar biasa milik Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi bebanan BN untuk menjawabnya.

“Isu video itu sengaja diada-adakan dengan niat mengelakkan rakyat bercerita mengenai skandal pentadbiran BN di negeri ini,” katanya kepada KeadilanDaily.

Nazib yang juga seorang peguam bagaimanapun yakin rakyat Sarawak kian matang berdepan kes fitnah dan dakwaan seperti itu.

“Nasihat kepada rakyat Sarawak, nilailah dengan baik kes fitnah ini kerana ia sengaja direka menjelang pilihan raya,” katanya.

Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang?

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau menemui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.

PANAS!! Liwat Fasa 2: Mulut Celupar Najib Altantuya Bakal Diheret Ke Mahkamah!!


Selamat jalan "Bik" ku... Gua nak "lepak" kat "Hotel Sungai Buloh" dah... Kah kah kah...

Kah kah kah...

Apakah kali ini nasib Najib Altantuya seperti Perdana menteri Itali Silvio Berlusconi??

Mungkinkah karier Najib Altantuya bakal berakhir sama dengan bekas Perdana Menteri Israel Shimon Peres??

Atau beranikah Peguam Negara Gani Patail mengheret bosnya sendiri ke dalam kandang tertuduh??

Kah kah kah...

Kata orang, tiada apa yang mustahil, jika kehendak dan kuasa Yang Maha Esa, Mubarak yang kebal 30 tahun tumbang di tangan rakyatnya sendiri!!

Kah kah kah...

Anwar timbang ambil tindakan hina mahkamah ke atas Najib

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas Datuk Seri Najib Razak ekoran kenyataan perdana menteri meminta agar beliau menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat dihadapinya sekarang.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata Najib telah bertindak bertentangan dengan amaran Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang meminta semua pihak supaya tidak mengulas mengenai perbicaraan semasa dan tindakan seumpama itu bersamaan dengan perbuatan menghina mahkamah.


Karpal timbang heret Najib kerana hina mahkamah

Peguambela utama kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Ini berikutan kenyataan Najib yang mendesak Anwar memberikan sampel DNA bagi ujian dijalankan.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.

Karpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

“Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya,” katanya.

“Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas nama-nama besar, khususnya (Najib),” katanya, walaupun beberapa wartawan juga menimbulkan bahawa timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain juga menimbulkan isu tersebut.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan.

Video ihsan Malaysiakini TV

PANAS!! Mari Kita Main Teka-Teki!! Kah Kah Kah...

MARI KITA MAIN TEKA-TEKI TEKA-TEKUK


Apakah perasaan penerima surat di bawah ini apabila selesai membacanya??

1) Menangis tak henti-henti "projek masuk poket" tiba-tiba "berlubang"?

2) "Menerimanya" dengan rasa penuh "bangga" sebab tak sampai 10 saat surat dah jadi "makanan tong sampah"?

3) Ketawa berguling-guling macam babi utan jatuh bukit sebab Kerajaan Pulau Pinang "bukannya boleh buat apa pun"!!

Pilihan di tangan anda!

Undilah sekarang!!

Kah kah kah...




Y.B. DATO' SRI PETER CHIN FAH KUI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
Aras 6, Blok E4/5, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 PUTRAJAYA.

Yang Berhomat Dato' Sri,

MERAYU RANCANGAN PEMBINAAN LOJI NUKLEAR UNTUK PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DIBATALKAN

Dengan segala hormatnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin merakamkan pendirian tidak bersetuju kami terhadap rancangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji nuklear di negara kita.

2. Adalah juga dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudahpun memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pembinaan loji nuklear di mana-mana kawasan dalam negeri Pulau Pinang.

3. Memandangkan negara Jepun yang memiliki kepakaran dan tahap teknologi yang sangat maju dan progresif kini dihadapi dengan krisis nuklear yang paling serius dalam sejarah dunia sejak bencana Chernobyl 25 tahun lalu, adalah perlu rancangan ini dibatalkan.

Perlu diambil perhatian, tahap kawalan teknologi fusion nuklear di negara kita adalah terhad berbanding dengan kepakaran Negara Jepun.

Lagipun negara-negara maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan ekonomi kedua besar dunia negara China telahpun membatalkan rancangan membina loji nuklear dalam negara mereka masing-masing. Keselamatan rakyat Malaysia harus diutamakan dan risiko tinggi ini tidak harus diperjudikan.

4. Sehubungan dengan itu, kami juga tidak yakin dengan rekod prestasi yang kurang memuaskan oleh sesetengah projek Kerajaan Persekutuan yang dijalankan seperti ada bumbung yang bukan sahaja bocor tetapi juga runtuh.

Sekiranya bumbung stadium, sekolah dan terminal bas pun boleh runtuh bagaimana kita boleh yakin tentang keselamatan dan kekukuhan sesuatu loji nuklear yang berisiko tinggi dan bahaya?

5. Kami merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar menolak cadangan membina loji nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia.

Terdapat pelbagai sumber tenaga alternatif yang lain yang boleh diterokai.


Sekian,

"CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang ikhlas,

(Lim Guan Eng)

Ketua Menteri Pulau Pinang

TERKINI!! Liwat Fasa 2: Zabidin Pening Kepala!!

Hujah Karpal membuatkan Zabidin terpaksa menangguhkan perbicaraan lagi!
Terbukti sudah siapa yang sengaja "mintak tempoh" kah kah kah...
Kah kah kah...

Akibat dihentam dengan teruk beserta dengan hujah-hujah mantap Peguambela Utama Karpal Singh, akhirnya hakim Zabidin terpaksa menangguhkan perbicaraan hari ini yang hanya berusia sekitar 35 minit!

Terdahulu dalam hujah balas selepas "Bicara dalam Bicara" minggu lalu berhubung isu pasukan pendakwaraya menuntut mahkamah memaksa Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA nya, Karpal menegaskan belum pernah dalam sejarah mana-mana negara Komanwel atau dunia sekalipun pihak pendakwaraya berhak untuk "menekan" mahkamah supaya tertuduh diminta menyerahkan sampel DNA nya!

Tambahnya lagi, sampel Lelaki Y yang dimaksudkan masih kabur dan persoalan untuk mendapatkan DNA Anwar tidak timbul oleh kerana kesemua permohonan yang diminta pendakwaraya haruslah dikemukakan semasa "Bicara dalam Bicara", dan bukannya selepas itu!

Bermakna, permohonan pendakwaraya juga tidak sah kerana tempohnya sudah berlalu (isu teknikal).

Dan ketika itu Zabidin tidak mampu lagi berbuat apa-apa melainkan terpaksa meminta mahkamah ditangguhkan.

Perbicaraan ditangguhkan jam 1038 pagi.

Mahkamah akan membuat keputusannya pada hari Rabu, 23 Mac.

Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela utamanya, Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

Mereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing.

Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.

Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.

Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.

“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

“Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya kepada TV Selangor, semalam.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.

“Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Video ihsan TV Selangor

KANTOI!! Liwat Fasa 2: Najib Altantuya Akhirnya "Mengaku" Dalang Konspirasi!!

‘Keberanian’ Najib bukti terlibat atur kes Fitnah II


Tindakan Datuk Seri Najib Razak memperalat media tempatan untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA dengan menawarkan DNA beliau sendiri, membuktikan penglibatannya Perdana Menteri itu dalam kes Fitnah II.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, desakan berkenaan sekadar mengesahkan Presiden Umno itu terlibat dalam mengatur konspirasi menjatuhkan Anwar.

“Bila Najib kata ‘Anwar patut serah DNA,’ dan ‘kami mahu tahu siapa Jantan Y,’ dia (Najib) secara langsung mengakui peranan dia dalam konspirasi (Fitnah II).

Malah, Sivarasa yang juga seorang peguam, percaya kenyataan Najib itu umpama arahan berselindung atau isyarat kepada mahkamah untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA.

“Tak wajar Najib mengeluarkan kenyataan begitu kerana ia seolah-olah cuba mempengaruhi mahkamah. Ia boleh dilihat sebagai arahan kepada mahkamah untuk menekan Anwar.

“Malah, ia juga satu penghinaan pula terhadap sistem perundangan,” katanya.

Merujuk kenyataan Najib yang ‘tidak takut menyerahkan DNA’ dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sivarasa berkata, ‘keberanian’ Najib hanya wayang yang tidak memberi sebarang makna.

Merujuk kenyataan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada 2008 dalam akuan bersumpah pertama yang mendedahkan Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya, beliau berkata:

“Tak guna dia (Najib) serah DNA.

Tubuh Altantuya sudah tiada,” katanya dan menyatakan DNA Najib hanya perlu jika tubuh Altantuya tidak diletupkan.