Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Friday, October 28, 2011

Kalau Dah Asyik "Bercinta"...


Tiga syarikat milik kerajaan negeri Johor dikesan diurus dalam keadaan tidak memuaskan dan dua mengalami kerugian, menurut lapuran ketua audit negara 2010.

Tiga syarikat berkenaan ialah YWJ Citra Holdings Sdn Bhd; Johor Skills Development Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd.

Prestasi kewangan YWY Citra tidak memuaskan kerana mengalami kerugian bagi tahun 2007 hingga 2009.

Kedudukan aset dan liabiliti juga tidak memuaskan kerana modal keraja pada tempoh sama semakin kurang nilainya.

Syarikat juga tidak mempunyai sumber pendapatan dan belum mendapat pulangan dari aktiviti perladangan dan hartanah yang diceburi.

“Bangunan rumah kedai miliknya masih belum ada penyewa, selain kelemahan pengurusan dan pekeliling tidak dipatuhi,” kata lapuran audit berkenaan.

Kurang pelajar

Bagi Syarikat Johor Skill pula, kelemahan-kelemahan yang dikesan termasuk pihak syarikat telah membuat tuntutan ke atas pelajar yang telah berhenti.

Syarikat juga masih mengenakan yuran tambahan sedangkan kerajaan telah membiayai semua yuran.
“Bilangan pelajar yang mengikuti kursus tidak mencapai sasaran, manakala peralatan bantuan mengajar yang dibeli pada bulan September 2010 masih belum dibekalkan,” kata lapuran itu.

Kumpulan Pendidikan YPJ telah mengalami kerugian dari tahun 2007 hingga 2009 dan modal kerja serta ekuiti yang negatif.

Manakala beberapa syarikat subsidiarinya tidak menjana keuntungan dan tidak aktif, selain pengambilan pelajar yang sedikit.

Kementerian Pertahanan Lubuk Duit Umno-APCO


Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?

Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: “Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?”

Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu.

Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk “merekabentuk, membangun dan mengeluarkan” sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama ‘DEFTECH’, sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.
Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 bilion sebuah).

Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan ‘rompakan di siang hari’ melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.

Pua dalam satu kenyataannya bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan diurusniagakan dalam pasaran.

a) Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4 juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353 buah)

b) Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk tiap-tiap sebuah.

Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka dan mencapai keputusan muktamad.

Kita boleh mengurangkan harga tidak melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55 bilion.

Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan bertanggungjawab.

Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang paling korup di dunia sekali pun.

Perbelanjaan yang menggila

Urusniaga ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga yang begitu tinggi.

Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion).

Harga yang dibayar ini adalah lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90 juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.

Begitu juga dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi Kementah ini.

Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada sejuta rakyat yang tidak mampu.

Dasar pembelian pihak pertahanan melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Wikileaks mendedahkan kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.

Di samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.

Melihat dari perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan-laporan tahunan seperti ini, yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan terus menerus mengeringkan sumber dana negara.

Tetapi jika kita menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini.

Dan adakah perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah pimpinan politik sekarang?

Kroni Najib Altantuya Lawan Kroni Mahathir


Berikutan pengumuman satu lagi rangkaian stesen televisyen satelit berbayar akan dilancarkan, nampaknya pertembungan antara kroni Najib Altantuya dengan kroni Mahathir sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Umum mengetahui Ananda Krishnan yang baru-baru ini dikaitkan dengan skandal Sun TV di Mumbai merupakan kroni rapat Mahathir sementara K.K. Eswaran adalah kroni yang bekerja siang malam dengan Najib Altantuya.

Pun begitu, sebenarnya ia adalah langkah Najib Altantuya mencabar hegemoni Mahathir kerana Ananda sudah tidak dapat lagi mendapat kepercayaan Najib Altantuya walaupun Astro menganjurkan konsert Suara Kami khas buatnya mendekati anak muda bulan lalu.

Dengan perkembangan ini, ia sekaligus membuktikan bahawa hubungan antara mereka berdua sebenarnya sudah dianggap 'retak menanti  belah' kerana kini Mahathir dilihat cenderung kepada Muhyiddin Yassin dalam memastikan kekuasaan Umno-APCO kekal memerintah Putrajaya.

JALAN PULANG


Kenneth Eswaran ‘nadi’ stesen TV kabel terbaru, dijangka operasi awal 2012


Ahli perniagaan Datuk K.K. Eswaran (baju batik merah), yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, merupakan individu di sebalik usaha terbaru perkhidmatan televisyen kabel kendalian Nilamas Corporation Sdn Bhd, yang dijangka memulakan operasi pada separuh pertama tahun depan, demikian menurut sumber-sumber industri.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa syarikat itu, yang dijangka membelanjakan RM2 bilion akan mencabar Astro, penyedia perkhidmatan televisyen satelit, untuk mendapatkan bahagiannya dalam pasaran tempatan.

Syarikat itu akan dikenali sebagai Asian Broadcasting Network Sdn Bhd dan jenama baru ini bakal dilancarkan bulan depan.

“Datuk Kenneth Eswaran merupakan orang di belakang usaha ini dan hubungan beliau dengan keluarga pertama telah membolehkannya memperoleh kelulusan awal lesen yang diperlukan,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

Mereka yang rapat dengan usaha ini mengesahkan kepentingan Eswaran dengan menekankan Nilamas berkongsi dua pengarah yang rapat syarikat utama dengan ahli perniagaan ini, Pinehill Pacific Berhad.

Dua individu itu ialah bekas pegawai kanan perkhidmatan awam Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin Nik Abu Bakar.

“Eswaran ada hubungan politik. (Jadi) tidak menghairankan beliau mendapat kelulusan (lesen) dengan segera, dan kini beliau kena melancarkannya,” kata satu lagi sumber industri yang turut berkongsi bahawa pelancaran nama jenama baru akan disempurnakan bulan depan.

Eswaran merupakan timbalan pengerusi eksekutif Pinehill Pacific dan memiliki pegangan saham dalam jumlah terbanyak.

Syarikat itu telah melalui beberapa perubahan nama sejak nama asal Benta Plantations, yang ditukar kepada Best World Land Bhd pada 1995, setahun selepas Eswaran menyertainya dan kemudian sebagai Multi Vest Resources Bhd pada 2000.

Ia menggunakan nama semasa sejak Januari lalu.

Beliau dipilih sebagai Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia pada Jun 2008 dan dikaitkan dengan keluarga Najib oleh pemblog popular Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan portal Malaysia-Today.

Minggu lalu, The Star melaporkan bahawa Nilamas telah memperoleh lesen untuk menawarkan televisyen kabel digital di negara ini dan akan bersaing dengan Astro dan beberapa penyedia IPTV termasuk Telekom Malaysia Bhd.

Kos penydiaan rangkaian kabel dijangka melebihi RM2 bilion merangkumi satu tempoh selama lima tahun dan Nilamas, menurut sumber menyasarkan kombinasi ekuiti-pinjaman pada nisbah 40:60 untuk membiayai usaha terbarunya.

Bekas ketua tentera laut dan bekas panglima angkatan tentera Malaysia Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor merupakan salah seorang pengarahnya, yang telah melabur dalam penyediaan sebuah bangunan di Puchong sebagai pusat penyiaran.

Akhbar itu berkata stesen baru ini mahu menawarkan program hiburan dan pendidikan bercirikan interaktif.

Nilamas memperoleh lesen, yang membolehkannya mengenakan yuran langganan, daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 11 Ogos lalu.

Lesen itu sah selama lima tahun.

Syarikat itu sudah mula mengambil kakitangan dan kini mempunyai seorang ketua pegawai eksekutif - veteran industri televisyen Sreedhar Subramaniam yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai kewangan NTV7 dan ketua eksekutif The Malaysian Insider.

Shabery Cheek Lagi Jantan Dari Najib Altantuya


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Cakap berdegar-degar tapi bila ajak debat macam-macam dalih Najib Altantuya kah kah kah...

Shabrey Cheek walaupun berbuih-buih mulutnya sampai kena lap 12 kali rupanya lagi jantan dari Najib Altantuya kah kah kah...

Tapi Najib Altantuya cuma berani berbuih-buih mulutnya masa bentang Bajet kat parlimen takde sapa boleh debat kah kah kah...

Kalau macam ni baik Shabrey jadi PM kah kah kah...

Kah kah kah...


Enggan Sahut debat Anwar, mengapa Najib takut?

Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.

“Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.

“Begitu juga jika Najib berdebat dengan Anwar, beliau mungkin ‘demam’ selepas itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Shamsul memberi contoh bagaimana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 misalnya  membuktikan betapa teruknya pentadbiran Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata pelbagai Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sepakat dan bersetuju agar perdebatan antara Najib dan Anwar harus diadakan segera supaya rakyat boleh membuat pertimbangan.

Katanya, beberapa NGO yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti mahasiswa, pertubuhan Islam dan gerakan anak muda akan terus membuat desakan tersebut.

“Mesyuarat antara NGO itu juga bersetuju untuk menghantar memorandum khas secara terus kepada pejabat Datuk Najib dalam masa terdekat.

“Memorandum itu juga adalah susulan surat jemputan yang sudah pun diserahkan Akademi Pak Sako sebelum ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.

Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.