Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Friday, June 22, 2012

Apa Punca Sebenar Najib Altantuya Tangguh Lagi Pilihanraya Umum?


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri, Najib Altantuya masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

"Pakatan Rakyat sudah lama bersedia menghadapi PRU, sejak 2011. Dah setahun pun, tapi Najib Altantuya asyik menunda dan mengelak," katanya dalam ucapan di ceramah Merdeka Rakyat dekat Setiawangsa, malam tadi.

Kata Rafizi, Najib Altantuya beberapa kali menangguhkan tarikh pilihan raya kerana berdepan banyak isu seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan himpunan Bersih pada 28 April lalu.

"Najib Altantuya nak buat pilihanraya November tahun lepas tapi bila kita jumpa lembu dalam kondo, terus tak jadi.

"Kemudian jangka umum bulan 3 tahun ni tapi dia tengok kita berkumpul lebih 300,000 orang semasa Bersih 3.0 dekat Dataran Merdeka, sekali lagi tak jadi," sindir Rafizi mengundang tawa hadirin.

Terbaru, katanya, perkembangan yang berlaku di Perancis membabitkan kes rasuah kapal Selam Scorpene, menyaksikan Najib Altantuya sekali lagi menangguhkan hasratnya membubar parlimen.

"Terbaru, ada perkembangan panas yang sedang berlaku di Perancis. Kalau Najib Altantuya tak boleh tangani akan menyebabkan beliau jatuh terduduk. Itu lagi satu sebab Najib Altantuya takut buat pilihan raya," katanya menjelaskan isu Scorpene yang melibatkan perdana menteri dengan tuduhan rasuah serta penjualan dokumen rahsia negara.

Rafizi meramalkan jika Najib Altantuya masih tidak membuat apa-apa pengumuman berhubung pembubaran Parlimen sehingga hujung Jun ini, pilihan raya bakal berlangsung selepas hari raya iaitu September.

"Najib Altantuya boleh tunda pilihan raya sampai bila-bila pun dia mahu tapi saya nak nyatakan di sini, tak kira lah apa tarikh pun, kamu dan Umno tetap akan kalah," tegasnya disambut sorakan hadirin.

Hari ini, Perdana Menteri Najib Altantuya berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.

"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Hussein Onn.

"Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Mekah.

"Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.