Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Thursday, November 29, 2012

Perhimpunan Agung Umno: Sumpah Bai'ah Cuma Lakonan Semata-Mata!


Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kini bermula dengan ucapan perasmian presiden yang juga perdana menteri, Najib Altantuya yang sudah bermula jam 1015 pagi tadi dari markaz utama parti reput itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Cemas dengan spekulasi bahawa timbalannya, Muhyiddin Yassin akan meminta perwakilan membacakan usul supaya undi tidak percaya dibuat ke atas presiden, tiga hari lalu, Najib Altantuya bertemu dengan kesemua 476 perwakilan yang membahaskan usul dipercayai menyemak kandungan teks ucapan mereka jika terdapat sebarang usaha ke arah itu.

Dengan lebih 5,000 perwakilan mewakili 191 bahagian yang terdapat di seluruh negara kecuali Sarawak, Umno kini berdepan dengan masalah sabotaj di kalangan ahli hingga terpaksa membentuk satu jawatankuasa khas memantau pergerakan ahli dan pemimpin peringkat bahagian yang dikatakan tidak puas hati jika pemimpin mereka tidak dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang.

Lalu persoalannya, ke mana perginya sumpah bai'ah yang dilaungkan kesemua perwakilan Umno tahun lalu yang hampir kesemuanya hadir tahun ini?

Mengapa perlu juga dibentuk jawatankuasa kerana dalam kandungan sumpah bai'ah yang meniru kaedah yang diamalkan PAS itu, masing-masing berjanji pada diri sendiri dan pemimpin bahawa tidak akan berlaku sebarang sabotaj sekiranya mereka tidak dicalonkan oleh presiden parti reput itu bagi membawa cabaran menghalang kemaraan Pakatan Rakyat yang makin berkuku di seluruh negara termasuk di Sarawak?

Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mempunyai cawangan Umno jauh sekali bahagian gara-gara takut akan kekuasaan dan wang yang tidak terhitung banyaknya yang dimiliki ketua menteri, Taib Mahmud sehingga ke hari ini.

Perwakilan Umno yang juga merupakan ahli parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah sendiri menjelaskan sumpah bai'ah yang dilafazkan perwakilan Umno tahun lalu sudah cukup mengingatkan ahli bahawa sabotaj tidak ada dalam kamus Umno sekurang-kurangnya sehingga selesai pilihanraya umum yang dijangka diadakan sekitar Mac tahun depan.

Najib Altantuya sendiri terpaksa mengingatkan berkali-kali bahawa perpaduan adalah kunci kepada kejayaan Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya paling getir dihadapinya sejak pemecatan bekas timbalan perdana menteri yang kini semakin bersemangat menggantikan kekuasaan BN di Putrajaya, Anwar Ibrahim.

Nampak jelas ketakutan Najib Altantuya hingga bukan setakat jawatankuasa anti-sabotaj diwujudkan malah beberapa pemimpin tertentu dari kalangan ahli Majlis Tetinggi (MT) diarahkan supaya turun secara rahsia ke beberapa bahagian yang bermasalah ekoran perebutan siapa yang layak menjadi calon pilihanraya.

Sebagai contoh, beberapa bahagian Umno di Perak iaitu di Pasir Salak dan Parit Buntar sudah menerima kehadiran pasukan pemantau ini sejak beberapa minggu lalu atas masalah siapa yang layak dicalonkan sebagai ahli parlimen dan DUN.

Kebiasaannya, calon dipilih dari ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua pemuda atau ketua wanita Umno sesebuah bahagian.

Jika bahagian tersebut mempunyai tiga atau empat calon, maka mereka yang berjawatan inilah yang saling berebut menjadi calon hingga sampai ke peringkat cantas-mencantas yang terbukti berlaku di Perlis sebelum pilihanraya dan sesudah pilihanraya umum lalu.

Itu belum lagi dikira agihan kerusi sesama parti komponen BN seperti MCA dan MIC kerana banyak kerusi campuran yang lebih 30 peratus pengundinya bukan Melayu terpaksa diserahkan kepada mereka kunun atas semangat BN.

Umno seperti biasa membuli rakan-rakannya jika difikrkan perlu kerana mengambil kesempatan di atas prestasi buruk parti komponen, mereka sudah mula menuntut kerusi yang diserahkan dulu diberikan semula dan digantikan dengan jawatan senator atau diberi kerusi yang diklasifikasikan sebagai 'hitam'.

Semua bukti di atas menggambarkan betapa konsep sumpah bai'ah boleh dipinda malah dilanggar sesuka hati mengikut keperluan dan keadaan semasa Umno tanpa memikirkan kesan buruk akibat mempermainkan sumpah yang diucapkan mereka sendiri.

Apakah Najib Altantuya sekali lagi terpaksa mengulangi sumpah bai'ah yang dianjurkannya sendiri sebagai jalan penyelesaian terhadap sabotaj yang makin merebak hampir ke seluruh negara termasuk di Sabah?

Retorik sumpah ini pasti akan makan diri jika ahli Umno sendiri pun tidak mengetahui maksud sumpah yang dilafazkan, terus mensabotaj parti sendiri sesudah tidak tercalon asalkan calon yang dipilih Najib Altantuya nanti tewas di tangan calon Pakatan Rakyat.

JALAN PULANG

Lagu Rasmi Umno (Diubahsuai)



Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu

Bersama Kita Bersama
Menjunjung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni
Anak Isteri Dan 'Bini'

Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang Keji Dan Haprak

Bersatu, Bersedia ... Khianat
Cogan Katanya
UMNO Terus Lara
Rompak Rakyat Malaysia


United, we stay United
With loyalty alongside shoulder
Cheat we continue to cheat
We cheat the Malays

United we stay united
Respect deeply everyones' desire
Service to the cronies
The son of wife and "wife"
Our symbol that collapse

Seen despicable and USELESS
United, ready..... betray
That is our slogan
UMNO continue to advance
Rob the citizens of Malaysia!

1 comment:

  1. Sumpah Baiah Mulut je. Bkn kna byr. Ni puok plakun Dunia..fulus. Kuasa... Bodek. Dosa blkang Kira

    ReplyDelete