Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Tuesday, November 27, 2012

SIARAN LANGSUNG! Skandal Scorpene Dari SINGAPURA!

 SIARAN LANGSUNG DARI SINGAPURA!


Sesi taklimat perkembangan siasatan hakim Perancis ke atas skandal komisen pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene kini sedang berlangsung di Changi Village Hotel, Singapura.

Taklimat disampaikan oleh peguam bersekutu yang mewakili dua peguam utama, William Bourdon dan Joseph Breham, iaitu Apolline Cagnat (gambar, tengah).

Pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri sudah pun berada di republik itu bersama-sama dengan Cagnat.

Turut hadir, ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Buat masa ini, siaran langsung tidak dapat diadakan ekoran laman web yang menyiarkannya telah digodam sebentar tadi, dipercayai bagi menghalang siaran terkini disampaikan oleh Cagnat.

Usaha baik pulih sedang dilakukan bagi mengatasi masalah ini yang dipercayai dilakukan syaitan yang dikenali yang kini sedang berlonggok macam lembu milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil di PWTC.

Cagnat dalam penerangannya memberitahu dua saksi utama iaitu perdana menteri Najib Altantuya dan rakan baiknya, Abdul Razak Abdullah Baginda (Razak Baginda)  hampir pasti akan disapina ke mahkamah.

JALAN PULANG

Nota: Maaf, pautan masih belum dipulihkan setakat 1.10 tengah hari ini. Harap maaf di aatas segala kesulitan.