Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Friday, February 17, 2012

"PAS Permatang Pauh" Sound Anwar Ibrahim: TV3 Sah Menipu Lagi!




Jika anda perhatikan betul-betul gambar yang pertama, manusia yang berbaju kuning cair mengangkat tangan menadah doa dan memakai cermin mata hitam itu nampaknya sama dengan manusia yang menghantar "kek berbentuk tahi" kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lama dulu.

TV3 suku dalam siaran malam ini kununnya memberitahu bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh mendesak supaya parti mereka keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kununnya menyokong rejim Israel.

Berita penuh disertakan di bawah.

Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat.

Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng (lihat gambar di bawah yang bercermin mata tersisip di atas songkoknya).


Bukti lanjut berkenaan Mohamed Ghani ada di bawah sebagai perbandingan.

Ternyata Umno-APCO dan TV3 suku sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia kerana terdesaknya mereka mempertahankan kuasa sanggup melaga-lagakan PAS dan PKR dalam soal Israel-Palestin walaupun Anwar sudah membuat kenyataan rasminya semalam.

JALAN PULANG

Mohamed Ghani Abd Jiman (kanan sekali) membawa
empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri

Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu

SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.

Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.


Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".

“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri

Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula.


Berita dari KLPos.com

Ikhtiraf Israel - Sekumpulan Ahli PAS Pulau Pinang Berdemo Bantah Anwar.

Satu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam,Keramat. Perhimpunan anjuran Sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) itu telah dihadiri kira kira 25 orang.

Mereka berhimpun untuk menyuarakan dan membangkang secara berhemah tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang mengiktiraf dan menyokong Israel.Sebagai umat islam,ini sama sekali tidak boleh diterima.

Menurut mereka yang berhimpun,Anwar Ibrahim seolah olah telah membuka pekung di dadanya sendiri dengan mencemarkan nama baik agama islam di mata dunia.Sewaktu perhimpunan ini berlangsung,mereka juga turut mengulas sekiranya BN kalah pada PRU-13 ini,Pihak Israel akan turut menjajah Malaysia.

Nota:

Lihat, berita dimuatkan tanpa siapa yang menjadi ketua atau yang membuat kenyataan, bukti TV3 dan media pengecut tak mahu mendedahkan siapa dalang di sebalik himpunan ini!!

PhD Rosmah: Pelajar Bakar Ijazah Curtin University Tanda Protes!


Selepas ada graduan Curtin University mengoyakkan ijazah mereka yang diterima dari universiti itu ekoran rasa tidak puas hati alma mater mereka menganugerahkan PhD kepada Rosmah Mansor, kini satu klip video yang dimuat naik ke Youtube pula menjadi tumpuan!

Video selama 51 saat itu menunjukkan bagaimana ijazah tersebut yang sebelum dibakar dipangkah dahulu dan kemudian barulah dibakar di atas sebuah penunu mudah alih sebagai simbolik hilangnya integriti universiti mereka memberikan ijazah kepada Rosmah.

Apa yang menarik, hampir kesemua bekas pelajar Curtin menyokong tindakan salah seorang daripada mereka membakar ijazah yang sudah dianggap tidak bernilai.

Rosmah menerima ijazah tersebut dalam satu majlis khas di Perth, Australia, minggu lalu.

Universiti tersebut kini menggantung komen pengguna di Facebook miliknya susulan gambar pelajar mengoyakkan ijazah mereka beberapa jam lalu.

JALAN PULANG



TERKINI!! Laman Facebook Curtin University Gantung Komen Isu PhD Rosmah!

TERKINI!!



Selepas beberapa hari serangan berterusan rakyat Malaysia ke atas Curtin University melalui laman Facebooknya, universiti tersebut kini menggantung kesemua komen yang diberikan pembacanya!

Tekanan berterusan ini dipercayai disebabkan oleh penganugerahan ijazah Doktor Falsafah (Persuratan) kepada Rosmah Mansor yang diadakan di kampus universiti tersebut di Perth, Australia.

Komen pembaca yang hampir kesemuanya mengutuk tindakan universiti terbabit menganugerahkan ijazah tersebut mendapat kecaman meluas bukan saja pembaca laman tersebut tetapi juga melibatkan bekas pelajar universiti yang ada mengoyakkan ijazah mereka dan menghantar gambar mereka ke laman Facebook universiti itu.

Mereka memberikan justifikasi bahawa komen negatif yang disiarkan melanggar Akta Hasutan 2006 dan Kod Jenayah Komanwel sebagai alasan seperti berikut:.

Due to continuing infractions of our own terms of use and Facebook's terms and conditions, and the risk of breaching both the Defamation Act 2006 and the Commonwealth Criminal Code, we have unfortunately no choice but to temporarily suspend comments on this wall. If you have any grounds for complaints please direct them to http://complaints.curtin.edu.au/management/index.cfm

JALAN PULANG


Curtin gantung komen tentang Rosmah di FB



Selepas Facebook Universiti Curtin menjadi sasaran hebat rakyat Malaysia, institusi pengajian tinggi tersebut telah menggantung komen di dinding Facebooknya.

"Disebabkan pelanggaran berterusan terhadap terma penggunaan dan syarat serta terma Facebook, dan risiko pencabulan Akta Fitnah 2006 serta Kanun Jenayah Komanwel, maka kami tiada pilihan kecuali menggantung sementara komen di dinding ini," katanya dalam satu pos di Facebook.

Penggantungan itu dibuat ekoran amaran berkali-kali terhadap warga siber ketika membuat komen tentang anugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratanan universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurutnya lagi, terdapat begitu banyak serangan peribadi, tuduhan mengenai aktiviti ciminal, dan kebencian yang disebar, dan pihaknya perlu mematuhi Akta Fitnah 2006 untuk membuang kandungan seperti ini.

Walaupun pengguna tidak lagi boleh memberi komen terus di dinding Facebook Universiti Curtin, tetapi komen boleh dibuat di posting universiti berkenaan.

TERKINI!! Lim Guan Eng Cabar Dua Pemimpin Umno-APCO Berundur!

TERKINI!!



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pengerusi Perhubungan Umno-APCO negeri, Zainal Abidin Osman dan ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahalan supaya berundur dari arena politik sekiranya mereka berdua gagal membuktikan penjualan tanah Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka.

Guan Eng menyatakannya dalam laman web rasminya limguaneng.com sebentar tadi.

Kenyataan medianya turut disiarkan dalam laman Facebooknya.

Guan Eng dalam sidang akhbar di Georgetown menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin Umno-APCO telah menjalankan kempen fitnah secara sistematik terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung penjualan tanah Bayan Mutiara pada tahun 2010 yang dijalankan secara tender terbuka dengan harga RM240 kaki persegi atau harga penjualan keseluruhan berjumlah RM1.07 bilion.

Di antara penipuan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Umno-APCO Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Datuk Dahlan ialah dengan mengatakan bahawa tiada tender terbuka; harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi; dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.


Berikut adalah kenyataan akhbar penuh Guan Eng:

Kenyataan Sidang Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 17.2.2012 di Komtar, George Town

Fakta adalah fakta, tidak boleh diubah dengan pembohongan- Adakah pemimpin UMNO, Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan menerima cabaran saya bahawa mereka akan berundur dari arena politik sekiranya mereka gagal membuktikan penjualan tanah Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka?

Pemimpin UMNO telah menjalankan kempen fitnah secara sistematik terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung penjualan tanah Bayan Mutiara pada tahun 2010 yang dijalankan secara tender terbuka dengan harga RM240 kaki persegi atau harga penjualan keseluruhan berjumlah RM1.07 bilion.

Di antara penipuan yang dikeluarkan oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan ialah dengan mengatakan bahawa tiada tender terbuka; harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi; dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.

Apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebusguna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010, satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan.

Harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada 7 April 2010 sungguhpun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyak RM65 kaki persegi.

Apabila tender terbuka yang dijalankan ditutup pada 31.12.2010, keputusan berani Kerajaan Negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion.

Saya kecewa apabila harga anggaran penilaian sebanyak RM65 kaki persegi yang disediakan oleh Jabatan Penilaian Harga yang dikeluarkan Kementerian Kewangan tidak dilaporkan oleh media English dan Melayu.

Sehingga sekarang, UMNO dan Abdul Rahman masih tidak menyahut cabaran saya untuk membeli 102.3 ekar tanah dengan harga RM420 jika itu adalah harga pasaran yang dituntut oleh UMNO.

UMNO perlu masukkan duit ke dalam mulut mereka dengan membayar RM420 kaki persegi.

Sekiranya UMNO atau kroni- kroni mereka membeli pada harga RM420 kaki persegi, Kerajaan Negeri boleh mendapat tambahan RM800 juta atau RM1.87 bilion berbanding RM1.07 bilion untuk RM240 kaki persegi.

Tuduhan UMNO bahawa penjualan tidak dilakukan secara tender terbuka, saya bersedia untuk berundur daripada area politik sekiranya UMNO dapat membuktikan sedemikian. Fakta adalah fakta di mana ia tidak boleh diubah dengan pembohongan. Tender terbuka tanah Bayan Mutiara telah diiklankan di dalam akhbar pada tahun 2010.

Jika Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Abdul Rahman gagal membuktikan bahawa tiada tender terbuka dijalankan, adakah mereka berani menerima cabaran saya untuk berundur dari arena politik?

2 pemimpin UMNO harus menerima cabaran ini untuk membuktikan bahawa tiada kempen fitnah secara sistematik untuk melemahkan dan sabotaj dasar tender terbuka Kerajaan Negeri dan program perumahan mampu milik.

Kualiti dan Penyampaian adalah penting untuk perumahan mampu milik: Surat sokongan dari arkitek terkemuka Raja Datuk Kamarul Baharin Ahmad Shah.

RM500 juta yang diperolehi daripada keuntungan penjualan tanah Bayan Mutiara digunakan untuk perumahan mampu milik di tanah besar dan pulau.

Projek pertama di Batu Kawan yang terdiri daripada 12, 000 unit di atas tanah 200 ekar yang akan dibina dalam tempoh 10 tahun.

Untuk memastikan bahawa perumahan mampu milik yang berkualiti dapat dibekalkan kepada golongan miskin, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melantik yang paling baik dan bukannya meniru yang paling baik.

Atas sebab itulah, HDB Singapura yang diakui umum dapat membekalkan rumah mampu milik di Asia, kalau bukan di seluruh dunia telah dipilih.

HDB Singapura telah dipilih berikutan kepakaran dalam reka bentuk, perancangan, pelaksanaan dan pengurusan. HDB Singapura tidak terlibat dalam bangunan atau pembinaan. Tender untuk bangunan dan pembinaan akan dijalankan pada akhir tahun ini.

Atas sebab itu, Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan UMNO yang cuba memainkan isu perkauman dalam perkara ini dengan menyoal mengapa rakyat tempatan tidak boleh melakukan kerja tersebut sebaliknya kita memilih Singapura.

Memainkan sentimen anti- Singapura adalah bukan sahaja provokasi perkauman tetapi juga double- standards kerana apabila Singapura datang ke Iskandar, Johor tiada masalah tetapi tidak di Pulau Pinang.

Taktik ekstremis sedemikian oleh UMNO tidak berkesan di Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang menyokong usaha ikhlas Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk golongan miskin di Malaysia.

Sudah sampai masanya golongan miskin tidak hidup di dalam kotak tetapi dengan bermaruah. Setiap rakyat Pulau Pinang seharusnya tinggal di dalam rumah dan bukannya di dalam kotak. Setiap rakyat Pulau Pinang termasuk golongan miskin berhak untuk mendapatkan rumah impian mereka. Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk berkongsi impian rumah kediaman dengan mereka.

Kami gembira mendapat sokongan daripada salah seorang arkitek terkemuka di Malaysia, Raja Dato Kamarul Bahrin Ahmad Shah.

Raja Dato Kamarul dalam surat sokongan kepada saya yang telah diterima semalam menyokong dan bersetuju dengan keputusan Pulau Pinang melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding kerana mereka mempunyai trek rekod yang tebaik dalam pembinaan rumah mampu milik (lihat lampiran surat) Kualiti dan Penyampaian adalah penting untuk perumahan mampu milik.

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

TERKINI! Laman Portal The Malaysian Insider Diserang!

TERKINI!!

Laman portal berita popular, The Malaysian Insider tidak boleh diakses sejak jam 1245 tengah hari tadi sehingga kini.

Editornya, Jahabar Sadiq ketika mengesahkannya melalui mesej di Twitter sebentar tadi, turut mengesahkan bahawa serangan berkemungkinan melalui DDOS (Distributed Denial of Service) yang melumpuhkan sistem pelayan hingga pengguna tidak dapat mengakses laman tersbut.

Bagaimanapun, pihaknya sedang berusaha untuk memulihkan kembali laman mereka secepat mungkin.

Jahabar dalam mesej balasnya kepada Jalan Pulang berkata:

@jahabarsadiq @chean_nasution we're checking. Looks that way

Sehingga jam 4.18 petang tadi, laman tersbut masih belum dapat dipulihkan.

Punca sebenar dan keadaan terkini laman tersebut masih dalam proses pembaikan.

Jalan Pulang akan membawakan perkembangan terkini dalam masa terdekat.

JALAN PULANG


What is DDOS?

A denial-of-service attack (DoS attack) or distributed denial-of-service attack (DDoS attack) is an attempt to make a computer or network resource unavailable to its intended users. Although the means to carry out, motives for, and targets of a DoS attack may vary, it generally consists of the concerted efforts of a person, or multiple people to prevent an Internet site or service from functioning efficiently or at all, temporarily or indefinitely.

Perpetrators of DoS attacks typically target sites or services hosted on high-profile web servers such as banks, credit card payment gateways, and even root nameservers. The term is generally used relating to computer networks, but is not limited to this field; for example, it is also used in reference to CPU resource management.

One common method of attack involves saturating the target machine with external communications requests, such that it cannot respond to legitimate traffic, or responds so slowly as to be rendered effectively unavailable. Such attacks usually lead to a server overload. In general terms, DoS attacks are implemented by either forcing the targeted computer(s) to reset, or consuming its resources so that it can no longer provide its intended service or obstructing the communication media between the intended users and the victim so that they can no longer communicate adequately.

Denial-of-service attacks are considered violations of the IAB's Internet proper use policy, and also violate the acceptable use policies of virtually all Internet service providers. They also commonly constitute violations of the laws of individual nations.

When the DoS Attacker sends many packets of information and requests to a single network adapter, each computer in the network would experience effects from the DoS attack.

Najib Altantuya Takut Shahrizat Londeh Rahsia Rosmah Mansor?


Isteri taukeh lembu gemuk (National Fat Cow - NFC), Shahrizat Jalil tidak mudah mengaku kalah.

Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian.

Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.

Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Shahrizat mengangkat kain tuala putih, mengaku kalah melepas jawatan.

Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti.

Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung.

Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya.

"Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.

"Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya.

Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story bahawa kisah laki Shahrizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung.

Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya.

Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk.

Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang di mana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya.

Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Shahrizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Shahrizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan.

Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Shahrizat.

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Shahrizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai.

Kenapa?

Shahrizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.

Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Shahrizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga.

Balasan membela diri oleh Shahrizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Shahrizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Shahrizat.

Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Shahrizat diletakkan semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Shahrizat.

Apa yang membimbangkan ialah takut Shahrizat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor.

Khabarnya Shahrizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Shahrizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Shahrizat?

Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shahriat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik.

Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shahriat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan?

Apakah Shahrizat seorang pendendam?

Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan.

Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Shahrizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Shahrizat akan diselesaikan secara politik.

Shahrizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Shahrizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib.

Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk.

Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga?

- MSO

TERKINI!! Rafizi Dan Zuraida Diperintah Jawab Saman Shahrizat Jalil


Pengarah strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjawab menjelang 9 Mac ini, saman fitnah yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat memfailkan saman tersebut terhadap mereka pada 19 Januari berikutan kenyataan yang dikatakan fitnah terhadap beliau berhubung kontroversi National Feedlot Corporation (NFC), lapor The Star Online.

Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu apabila saman itu didengar di mahkamah terbuka hari ini.


Rafizi, Zuraida ordered to enter defence over Shahrizat suit

The High Court here today ordered PKR strategic director Mohd Rafizi Ramli and Wanita chief Zuraida Kamaruddin to respond to a RM100 million defamation suit filed by Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil over the National Feedlot Corporation (NFCorp) controversy.

The women, family and community development minister had filed the suit against the two on January 19 for alleging she misused a federal loan meant for the National Feedlot Centre (NFC).

According to The Star, High Court judge Vazeer Alam Mydin Meera said both Rafizi and Zuraida had till March 9 to answer to the defamation suit.

Shahrizat’s suit comes after months of allegations by PKR that she had abused millions in federal funds earmarked for the NFC to pay for personal expenses incurred by her and her family.

The cattle-raising scheme is headed by Shahrizat’s husband, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, and their children.

The publicly-funded project, which hit national headlines following the Auditor-General’s Report last year, has continued to hog the limelight after it was linked to Shahrizat’s family.

The former Lembah Pantai MP has so far refused to heed calls from both the opposition and several Umno leaders for her to resign over the allegations of abuse in the national cattle farming project.

Rumours have been circulating that the senator would tender her resignation to Cabinet this week but a minister confirmed with The Malaysian Insider that she has not done so.

Earlier, de facto law minister Datuk Seri Nazri Aziz said the National Feedlot Corporation (NFCorp) operated by Shahrizat’s husband and three children had committed breach of trust by using the government loan meant for cattle farming to fund other purchases.

PKR has made several claims of abuse over NFCorp’s federal loan, involving over RM62 million spent on land, property and expenses unrelated to cattle farming.

Shahrizat’s son, Wan Shahinur Izmir Salleh, has insisted that the company decided it would make better use of the money by investing in property during a break in business operations due to the government’s decision to suspend construction of an abattoir that would have been rented to NFCorp.

Najib Altantuya Beri Bayangan Pilihanraya Umum Mei 2012


Meskipun tidak secara langsung menyatakan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu malam semalam terus memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Menurut Bernama, ahli parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri yang ditemui selepas perjumpaan itu dipetik berkata pada pertemuan itu Najib mengingatkan para pemimpin dan semua anggota parti supaya bersiap sedia.

"Najib berkata ia boleh menjadi satu lagi lawatan atau tiada lagi lawatan... jadi ia boleh jadi sangat dekat.

“Tetapi, adalah penting bagi semua anggota parti untuk bersiap sedia," kata Abdul Rahim yang juga adalah Timbalan Menteri Pengangkutan dipetik agensi berita nasional itu.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

Menurut beliau, presiden Umno itu juga mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin parti bahawa tiada ruang untuk mereka yang tidak menunjukkan taat setia.

"Ia bukan mengenai Najib atau para pemimpin parti tetapi ia mengenai parti dan juga masa depan BN. Saya percaya ia satu mesej kuat bahawa kita akan pergi "berperang" (pilihan raya umum)," katanya lagi.

Perjumpaan kira-kira dua jam itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, Najib diiringi Musa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira 45 minit di Istana Negeri.

Hari ini,  Najib yang juga Pengerusi BN dijadual melawat Lahad Datu.