Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Tuesday, March 06, 2012

Mahathir Sebenarnya Ejen Amerika, Bukannya Anwar Ibrahim!



Kenyataan terbaru bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengenai sikap terbuka Amerika Syarikat terhadap perubahan politik terutama mengenai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang Mahathir yang lebih.

Masih belum lupa di benak kita bagaimana Mahathir sendiri menggunakan bekas Naib Presiden negara itu, Al Gore untuk memburukkan Anwar dengan slogan Doi Moi (reformasi) pada 1998 beberapa bulan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat pada 2 September tahun yang sama.

Kununnya dengan cara tersebut, Anwar dianggap sebagai ejen Amerika untuk menjatuhkan kerajaan Umno-APCO susulan gerakan reformasi yang hampir menumbangkan Mahathir dalam pilihanraya umum setahun selepas itu.

Tidak kita lupa juga bagaimana Mahathir membayar pelobi Amerika Syarikat berketurunan Yahudi, Jack Abramoff sebanyak USD1.4 juta hanya semata-mata untuk bertemu dengan Presiden negara itu, George W Bush pada 2004.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir sendiri dalam satu majlis di Kuala Lumpur pernah menuduh Anwar sebagai  ejen Israel padahal yang mengutus surat kepada Perdana Menteri rejim tersebut adalah dirinya sendiri.

Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Mahathir dengan sewenang-wenangnya berpeluk dan bekerjasama dengan gerakan Freemason yang tujuannya hanyalah satu, menghancurkan gerakan Islam di Asia Tenggara dan membenarkan Zionisme bertapak secara halus dalam sistem pentadbirannya sehingga ke hari ini.

Tanyalah mana-mana kenalan yang rapat dengan Mahathir, apa sahaja tindakannya mesti mengikut telunjuk dan arahan Amerika sebagai balasan kepada hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Fitnah melampau Mahathir kununnya Anwar menghalalkan seks bebas setelah berkuasa kelak seharusnya ditujukan kepada dirinya sendiri kerana dialah punca segala kegiatan hedonisme keterlaluan seperti membenarkan konsert artis antarabangsa hingga keruntuhan moral remaja kini sudah mencapai tahap kritikal.

Jelas sekali Mahathir kini dalam keadaan sangat terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap Barisan Najis sehingga sanggup memfitnah Anwar dengan dakwaan dan kenyataan yang langsung tidak berasas.

Serangan Mahathir umpama nyawa buat Umno-APCO kerana sekiranya mereka kalah dalam ibu segala pilihanraya kali ini, yang ke Sungai Buloh bukannya Anwar tetapi Mahathir dan kuncu-kuncunya sendiri.

JALAN PULANG


Dr M dakwa Amerika sokong Anwar jadi PM

Berdasarkan laporan akhbar dan majalah yang disiarkan di Amerika Syarikat, adalah jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada negara itu untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam entri terbarunya di blognya yang bertajuk 'Peperangan Mesir Melawan NGO', bekas perdana menteri itu berkata, apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap negara Arab akan dilakukan juga di Malaysia.

"Campur tangan Amerika dalam gerakan bagi menjatuhkan kerajaan negara yang tidak sependapat dengannya amat jelas,” katanya.

Menurut Dr Mahathir dalam usaha mengangkat Anwar menjadi perdana menteri, bantuan dari segi kewangan dan media turut diberi oleh negara itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat cenderung menghasut dan memburukkan kerajaan pusat.

“Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan 'Regime Change' (pertukaran pemerintah).

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan mengenai hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapus institusi perkahwinan dan kekeluargaan, dan liwat).

“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika agar Malaysia dapat menjadi alat mereka," kata Dr Mahathir.

Selain itu, katanya, setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan 'NGO' berkenaan akan dihalalkan.

Menurut beliau lagi, sebagai penyokong kuat Israel, Amerika akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?” soalnya.

Dr Mahathir berkata terpulang kepada rakyat negara ini menentukan sama ada mereka mahu  Malaysia menjadi alat Amerika yang merupakan penyokong kuat Israel dengan menyokong puak yang menerima bantuan dan sokongan berkenaan.

"Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh mereka untuk menukar kerajaan," katanya lagi.

Krisis PAS Kedah: Ada Syer Azizan Dalam Kontrak RM600 Juta?


Bukannya RM1 bilion, tapi RM600 juta.

Bagaimanapun, walau seringgit sekalipun ia tetap wang rakyat.

Sudah jelas kini mengapa Exco PAS Kedah, Phahrolrazi Zawawi enggan menerima kembali jawatannya sebelum dipaksa oleh PAS pusat kelmarin.

Persoalannya, adakah bahagian Azizan Abdul Razak dalam syer sebanyak itu sehingga membuatkan kerajaan negeri dalam bahaya?

Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh Azizan selaku Menteri Besar kerana walaupun syarikat yang ada kaitan dengan Umno-APCO sekalipun yang layak, mengapa ia tidak dikeluarkan menerusi tender terbuka seperti yang diamalkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor?

Apakah Azizan sengaja mencari nahas setelah isu AUKU yang melibatkan KUIN pun masih belum selesai?

Sekiranya benar, nampaknya PAS tidak banyak bezanya dengan Umno-APCO, cuma ia lebih memalukan kerana ia dilakukan bijak pandai dalam soal hukum agama dan tahu yang mana pahala yang mana dosa!

Pakatan Rakyat jangan sesekali menyimpan pemimpin yang tidak amanah dalam pentadbiran walaupun cuma mengambil wang rakyat barang sesen pun.

Tahniah Phahrolrazi kerana berani berkata benar walaupun terpaksa bertarung dengan jawatannya sendiri demi menegakkan kebenaran yang sudah pasti pahit untuk ditelan Azizan!

JALAN PULANG

Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Siasat Penyelewengan Umno-APCO Bila Hilang Kuasa!


Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.

"Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

"Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya," katanya.

Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.

Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.

"Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.

"Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.

"Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun," ujarnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.

Saifuddin Abdullah Bedal Najib Altantuya



Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlekehkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah.

Saifudin memberikan 10 sebab dan alasan kenapa cabaran debat ini perlu diterima oleh Najib demi untuk kebaikan negara ini.

Saifudin berkata demikian dalam tulisannya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.

Bekas Pendebat Terbaik Piala Perdana Menteri dalam tahun 1980an ini berkata, debat baik untuk demokrasi.

"Ia peluang untuk mencetuskan idea yang bernas dan mempertahankannya dengan cerdas. Rakyat akan menilai.

"Namun, terdapat mereka yang menolak debat. Tidak mengapa jika tidak ingin berdebat kerana itu pilihan masing-masing, tetapi usahlah menolaknya bulat-bulat," kata beliau dalam tulisan itu.

Malam tadi Buletin Utama TV3 di awal beritanya melaporkan Najib sedia berdebat untuk perkara-perkara kepentingan negara.

Namun di pertengahan siaran berita itu, TV3 memohon maaf kerana yang dimaksudkan Perdana Menteri adalah beliau sedia berbincang bukannya berdebat.

Semalam, firma kajian pendapat Merdeka Centre melaporkan, majoriti anak muda negara ini mahukan debat antara Najib dan Anwar.

Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.

Berikut adalah hujjah Saifudin iaitu 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar itu.


Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.

Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.

Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.

Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.

Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.

Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

Alasan 6: Rakyat belum bersedia.

Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.

Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.

Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.

Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

Alasan 10: Debat bukan budaya kita.

Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

Untung Petronas Susut 34 Peratus!


Gergasi petroleum negara, Petronas berkata, keuntungan bersih jatuh 34 peratus pada suku ketiga dan memberi amaran menghadapi cabaran masa hadapan disebabkan ketidaktentuan ekonomi global.

Keuntungan syarikat terbesar di Malaysia itu menurun kepada RM15.6 bilion (USD 5.2 bilion) dalam tempoh tiga bulan hingga 31 Disember 2011, berbanding dengan RM23.7 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Petronas mengaitkan kejatuhan asas perbandingan yang lebih tinggi pada suku ketiga 2010 disebabkan oleh one-off keuntungan daripada penyenaraian dua anak-anak syarikat yang berjumlah RM9.2 bilion.

Petronas berkata keuntungan kumulatif bagi tempoh sembilan bulan hingga 31 Disember adalah 10.6 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, mencapai RM55.6 bilion disebabkan terutamanya oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi dan jualan.

Hasil untuk tempoh tersebut meningkat 26.9 peratus kepada RM222.8 bilion.

Tetapi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas memberi amaran bahawa tahun ini dan seterusnya akan menjadi sukar disebabkan oleh ketidaktentuan dalam harga minyak mentah di sebalik masalah ekonomi Eropah dan pengeluaran mentah jangkaan yang lebih rendah.

"Eropah akan mengalami kemelesetan permintaan dari ekonomi BRIC - Brazil, Rusia, India dan China - akan menjadi lemah," katanya kepada pemberita, sambil menambah bahawa "ketegangan geopolitik di Timur Tengah" juga menyukarkan pandangan.

Dua tahun yang akan datang akan "tidak kukuh seperti yang kita lihat pada tahun lepas semasa harga minyak mentah tidak akan bertahan lama," katanya.

Shamsul berkata harga minyak mentah dijangka berlegar di antara USD85 hingga USD90 setong tahun ini berbanding dengan sekitar USD110 pada masa ini - sebelum kembali melonjak pada tahun 2014.

Shamsul berkata Petronas akan terus memberi tumpuan kepada penerokaan domestik di kawasan laut dalam dan penerokaan semula dalam bidang marginal kerana ia berhadapan dengan sumber minyak yang semakin berkurangan dan rizab gas di negara ini.

Keluaran mentah dijangka lebih rendah pada tahun 2012 akibat kehabisan sumber, katanya. "Cabaran kita akan berada di dalam pengeluaran," katanya.

Petronas - Satu-satunya syarikat yang tersenarai Fortune 500 - menyumbang hampir separuh daripada pendapatan belanjawan negara.


Berita Petronas Susut Tahun 2010 - 1 Julai 2010

Dengan kenyataan bahawa syarikat minyak nasional PETRONAS mengalami kesusutan untung sebanyak hampir suku iaitu 24.5% pada tahun kewangan lalu menmbuatkan situasi KERAjaan Umno-APCO makin parah dari segi hasil pendapatan semasanya!

Susutan ketara PETRONAS dijangka akan berlaku akibat beberapa tindakan drastik terutamanya mahu menumpukan usaha dalam negara berbanding dengan cari gali minyak dan gas seberang laut yang selama ini banyak membantunya mencapai tahap seperti sekarang.

Ternyata desakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim supaya KERAjaan Umno-APCO membentangkan semula Belanjawan 2010 lalu tepat dengan perkiraan bahawa PETRONAS akan mengalami "zaman gerhana" sekiranya tiada lagi telaga minyak baru ditemui secara konsisten dalam 10 tahun akan datang.

Kini baru Umno-APCO terdesak mencari sumber kewangan baru setelah bergaya menghabiskan dengan gayanya khazanah rakyat Malaysia yang tidak ternilai. Sumber bahan api yang akan habis dalam jangkamasa 15 atau 20 tahun lagi akan membuatkan tekanan kewangan KERAjaan Umno-APCO makin ketara dari segi pembiayaan perbelanjaan tahunan yang pastinya tidak akan lagi serupa!

Apakah PETRONAS sanggup lagi terbeban dengan tekanan demi tekanan KERAjaan Umno-APCO supaya menambah pengeluaran di kala rizab minyak dan gas antarabangsanya makin merudum?

Wajar sekali PETRONAS diletakkan di bawah Parlimen supaya rancangan perbelanjaan dan perkembangan potensi perniagaannya tidak lagi hanya tertumpu kepada minyak dan gas semata-mata.

Apakah berani Najib Umno-APCO membentangkan laporan kewangan PETRONAS di Parlimen supaya membuktikan slogan 1Malaysia supaya rakyat sentiasa didahulukan?

Kesian PETRONAS. Sudahlah jadi lubuk emas, kini bakal pula menjadi lubuk hantu Umno-APCO menyalahgunakan kuasa untuk mengawal PETRONAS macam syarikat kroni mereka!/Jalan Pulang

Keuntungan Petronas susut 24.5 peratus

Keuntungan kumpulan Petronas sebelum cukai bagi tahun lalu merosot 24.5 peratus kepada RM67.3 bilion ekoran harga minyak yang rendah tetapi konglomerat ini masih berupaya untuk membayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan pusat.

Purata keluaran minyak mentah Malaysia jatuh 3.3 peratus kepada 535,000 tong sehari antara tempoh April-Mac lalu, kata Petronas hari ini.

“Tahun kewangan kajian terbukti sukar dan mencabar bagi Kumpulan Petronas,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Shamsul Azhar Abbas pada majlis taklimat prestasi kewangannya di sini.

Kata beliau, kadar keuntungan berhadapan dengan penurunan ketara memandangkan industri petroleum juga mengalami kenaikan kos secara berterusan.

Keuntungan bersih jatuh ke paras RM40.3 bilion berbanding RM52.5 bilion tahun sebelum itu.

Tanda aras purata harga minyak Amerika Syarikat berada dalam lingkungan AS$79 setong pada suku pertama tahun berbanding AS$43 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun ia masih rendah berbanding AS$147 setong yang pernah dicatatkan pada Julai 2008.

Petronas berkata ia masih mampu mengekalkan paras dividen yang dibayar tahun ini walaupun ia boleh menjejaskan pertumbuhannya memandangkan turut memberi kesan ke atas perbelanjaan modal.

“Kami boleh kekalkan bayaran RM30 bilion (dividen) tahun ini,” kata Naib Presiden Eksekutif (Kewangan) Datuk George Ratilal.

Pulangan merosot 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion, kata mereka.

Petronas dilihat sebagai entiti sangat penting memandangkan ia menyediakan separuh daripada sumber bajet iaitu dalam bentuk dividen dan cukai.

Kumpulan ini telah menyalurkan RM57.6 bilion kepada kerajaan Malaysia pada tahun kewangan 2010, 22 peratus rendah berbanding RM74 bilion yang dibayar sepanjang tahun kewangan terdahulu.

Mong Dagang Terus Diskriminasi OKU Sokong Pakatan Rakyat!



Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menghentikan bantuan kebajikan kepada pekebun kurang upaya, Frusis Lebi.

Mong juga berkata tindakannya meminta Jabatan Pertanian Sri Aman untuk tidak lagi memberi baja percuma dan benih pokok kepada pekebun yang cacat itu sebagai betul.

Beliau ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.

"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.

"Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," katanya dipetik akhbar itu.

Dalam surat yang mengarahkan supaya bantuan itu ditarik balik, Mong berkata lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu, menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu.

Selain itu, beliau juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

Sejak surat itu tersebar di Facebook, ramai warga maya membidas pemimpin BN itu kerana didakwa menindas orang kurang upaya.

Bagaimanapun, Mong, yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), semasa dihubungi The Sun berkata, Frusis tidak sepatutnya diberikan bantuan kebajikan kerana "beliau mampu menanam padi dan menunggang motosikal  seperti manusia normal."

Frusis, Jumaat lalu, membuat laporan polis di Sri Aman berhubung bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan dan subsidi baja dan benih pokok buah-buahan daripada Jabatan Pertanian yang dihentikan tanpa alasan munasabah itu.

Menurut pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu, sepanjang ingatannya, rumahnya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi pembangkang.

Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Beliau dipercayai menyokong parti pembangkang berikutan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang didakwa mencerobohi tanahnya dan penduduk tempatan yang lain.

Which Way Will SAPP Swing?



When Sabah STAR (State Reform Party) chairman Jeffrey Kitingan announced the formation of his brainchild United Borneo Alliance (UBA) on Jan 31, the main local opposition in the state, Sabah Progressive Party (SAPP), quickly denied its involvement, claiming nothing concrete had taken place. It was true.

At the time UBA was just Jeffrey’s initiative and SAPP attended the UBA’s so-called inaugural meeting between SAPP, STAR and (pro tem) Usno out of courtesy to Jeffrey.

Other Sabah political parties were also invited but they failed to turn up.

Parti Bersatu Sabah (PBS), which is led by Jeffrey’s elder brother Joseph Pairin, and Upko did not even reply to UBA’s invitation.

A smaller party, Sabah People’s Party (SPF), also backed out from the UBA meeting.

So it is safe to note now that UBA, if it ever materialised as a political platform, would most likely be a tripartite grouping of STAR, SAPP and a yet-to-be registered Usno.

SAPP deputy president Amde Sidek, who represented his party at the UBA inaugural meeting, had requested two weeks for his party to discuss the UBA proposal.

And since SAPP president Yong Teck Lee has come out with a warning that Sabahans cannot trust any peninsula-based political parties, it is being read as a signal that SAPP and STAR under the UBA umbrella is now closer to reality.

At its supreme council meeting recently, SAPP deferred any decision on UBA pending a preliminary luncheon talk by Yong and SAPP top leaders with Jeffrey and his men today.

STAR wants Usno

FMT was made to understand that that Jeffrey had called for a second meeting among parties earlier this month. The meeting was chaired by former Suhakam commissioner Simon Sipaun. SAPP had apparently agreed, amidst some reservations, to join UBA.

But whether or not SAPP is officially onboard, Jeffrey, it appears, will go ahead with UBA. Insiders claim that the main contention is that STAR should not treat SAPP as a Chinese party.

“If Jeffrey agrees to Yong on this, SAPP is as good as in UBA,” said one of them.

Earlier, observers said Yong might not be keen on joining UBA and playing second fiddle to Jeffrey.

But Yong has shown pragmatism in the past and both he and Jeffrey are creative enough to perhaps jointly chair UBA.

In the meantime, whether Sabah’s most prominent political parties – SAPP and STAR – would work together in this general election is an important political decision to be taken by the two.

Both parties will compete for the same votes to grab seats from the embattled ruling Barisan Nasional (BN) in the coming general election, which could be held in weeks or months’ time.

Insiders claimed that SAPP was not very receptive to the idea of incorporating a pro tem Usno under the alliance umbrella, simply because Usno is not a registered body yet.

They would accept if Usno comes in just as an observer and not as a decision-maker.

Jeffrey, who has personal experiences getting embroiled in many political-legal tussles in the past – in at least two political parties before – however, believes that Usno, being a member of UBA, would help strengthen the alliance.

Jeffrey’s clarion call

Jeffrey has been spearheading a common platform for Sabah political parties that subscribed to his “Borneo Agenda” .

The phrase “Borneo Agenda” denotes fighting for greater autonomy for Sabah and Sarawak, and restoring the two states’ eminent position in the Federation of Malaysia, something the older people in the states believed they had during the reign of Tunku Abdul Rahman in the early years of Malaysia in 1960s and for a part of the tenure of his successor Razak Hussein up to 1976.

Then, leaders of the two states seemed to be always around the prime minister, and were consulted on most things, especially on issues directly affecting the two states, which has a combined area much bigger than the whole of the Peninsula, which has 11 states.

Observers here in Sabah and Sarawak claim that Jeffrey wants the same clout the two states had over the prime minister to be restored.

People in Sabah and Sarawak are grumbling that unlike in the past when the Tunku always appeared with their leaders at both domestic and foreign functions, these positions have been usurped by Chinese (MCA) and Indian (MIC) leaders instead.

Sabahans and Sarawakians believe the federal government has forgotten the pivotal role Sabah and Sarawak played in 1963 when Malaysia was formed, and again in 1965 when Singapore left or was ejected from a young Malaysia then.

Returning to Jeffrey and his UBA, political analysts here see him as gaining strength in as many as 20 of the 60 state constituencies and in at least eight parliamentary constituencies in Sabah.

STAR is seen to be growing fast, they say, pointing to claims that barely two months after it was launched it has already managed to get over 120,000 members.

Hordes of divisional and village-level community leaders, especially in the Kadazandusun areas, are flocking to join Jeffrey in STAR. To the surprise of many, even school teachers have joined him and are campaigning openly for STAR.

There is even talk from the Special Branch that Bukit Aman has refused to believe the growing support for STAR since its launch on Jan 6.

STAR a threat to BN

So much was the reservation and scepticism about STAR that Bukit Aman is said to have dispatched its own officers to observe recent STAR functions including the launch of its Keningau division, which was said to have been attended by over 2,000 people.

While STAR may pose a serious threat to BN seats in as many as 20 state constituencies and perhaps “well over 10″ of the 25 parliamentary seats, SAPP is said to be struggling with lukewarm support for the party.

Closer observation revealed that functions hosted by STAR in the rural areas drew more people than those organised by SAPP.

The crowd at STAR events would number from 150 to 3,000 whereas SAPP ceramahs would be able to pull in 30 to 100 people.

But together under UBA, both parties could be a formidable force to face the well-oiled ruling BN.

A go-it-alone SAPP in the coming general election after Yong was humiliated in the Batu Sapi parliamentary by-election in October 2010 is not much of an option.

Yong finished last in Batu Sapi, garnering 2,030 votes, trailing far behind even PKR’s Ansari Abdullah, who finished second and garnered a respectable 3,414 votes. Batu Sapi was won by the BN-PBS candidate, Linda Tsen, who obtained 9,773 votes or 64% of the total votes cast.

Analysts believe that SAPP, alone, would not be able to retain its incumbent MP seats (Sepanggar and Tawau) and two state seats (Luyang and Likas), let alone win in a few more areas.

They believe SAPP could retain and possibly win a few more seats under two scenarios – one if SAPP teams up with Pakatan Rakyat and the other with STAR under the UBA banner.

A third scenario is if SAPP joins forces with its former ally in BN, Upko, if the latter ditches BN.

SAPP cannot survive alone

This option is, however, fast diminishing with Upko being pampered by the BN government with oil and gas projects worth billions of ringgit.

“Yong knows his cards. He has to decide which alliance SAPP should join. If SAPP chooses Pakatan, then SAPP has to eat humble pie and stand in a token number of seats,” an analyst said.

“If Yong joins Jeffrey in UBA, it would not be very easy either. As of now, STAR already has its own potential candidates in ‘winnable’ Kadazandusun areas. But Yong too has been quietly planning to put up candidates in these same places and hoping for some surprise wins.

“But with STAR around, that could be just day-dreaming,” the analyst said.

For the record, in Sabah, there are only three parliamentary seats that have a majority of Chinese voters – Kota Kinabalu, Sandakan and Tawau.

But, Tawau was won by SAPP under the BN symbol in 2008 because of Umno’s support.

“Now even primary school pupils know that the majority of Chinese voters will vote for a DAP candidate.

“So, what are SAPP’s chances? Virtually nil unless it works with Pakatan,” another observer said.

STAR needs SAPP

Yong knows this reality. When Lim Kit Siang or Tian Chua of PKR comes to town, the Chinese community would rather listen to them than Yong, as was evident in Batu Sapi.

Political pundits are putting their bets on Yong teaming up with either of the groupings.

“They said if Yong decides to go it alone and really contest in 40 of the 60 state constituencies and a third of the MP seats, he would be doomed.

“There is no way SAPP will win if it goes up against the DAP in Chinese areas or against STAR in Kadazandusun areas.

“SAPP is not known to win in Muslim areas unless it has support from Umno or any other formidable new group coming up,” an opposition activist said.

Jeffrey’s circles, however, are wary of a split of the opposition votes.

“We realise, too, that if SAPP is not with us and is in the fray where we have STAR candidates, our chances of winning are slimmer because in an election, even a few hundred votes are crucial.

“Ideally, it should be a straight fight, but having said that, STAR is confident even if a Pakatan candidate is contesting,” said an insider.

For now, political watchers in the state are waiting to see which direction SAPP will move.

Bukti Debat Najib Altantuya-Anwar Ibrahim Perlu Diadakan


Berdasarkan tinjauan penyelidikan yang dilakukan Merdeka Center baru-baru ini, mendapati 54 peratus daripada pengundi di Semenanjung Malaysia mahu menyaksikan perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dilaporkan, 67 peratus daripada hasil undian tersebut terdiri daripada golongan pengundi muda yang bersetuju sekiranya berlaku perdebatan antara kedua-dua pemimpin itu untuk mempamerkan idea dan dasar kepada negara dan rakyat.

Menurut kajian tersebut, sokongan terhadap usul itu mencatatkan undian tertinggi daripada pengundi muda berbangsa Melayu dengan 76 peratus, sementara hanya 39 peratus undian dicatatkan di kalangan pengundi Melayu berumur 60 tahun ke atas.

“Walaupun ada sesetengah pihak yang mengatakan perbahasan (perdebatan) itu tidak perlu dilakukan kerana ia bukan sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia, namun kajian menunjukkan bahawa ia akan membantu pengundi membuat keputusan mereka semasa pilihan raya nanti,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada TV Selangor hari ini.

Antara topik-topik yang menjadi pilihan pengundi untuk dibahaskan termasuklah isu ekonomi (17 peratus), isu semasa dan nasional (9 peratus), kebajikan rakyat dan pembangunan negara (7 peratus) dan kemudian diikuti dengan isu memerangi rasuah sebanyak 5 peratus undi.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center menerusi Penyelidikan Pendapat dilakukan antara 10 hingga 23 Februari untuk menilai persepsi pengundi mengenai perkembangan semasa politik dalam negara.

“Kajian tersebut melibatkan 1022 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59% Melayu, 32% Cina dan 9% India. Kesemua responden ini ditemubual melalui telefon dalam pengundian. Responden telah dipilih pada asas persampelan rawak berdasarkan etnik, jantina dan negeri,” jelasnya.

Rosmah Mansor