Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Sunday, March 11, 2012

Benarkah Shahrizat Jalil Kini Wira Umno-APCO?



Berlumba-lumba nampaknya media pencacai Ummo-APCO menyiarkan komen positif susulan dari keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kini terkenal dengan gelaran Menteri Lembu kununnya meletakkan jawatan pada 8 April nanti.

Hampir kesemua mereka memuji tindakan Shahrizat yang disifatkan sebagai pengorbanan besar buat Umno-APCO dan Barisan Najis yang teruk dihentam gara-gara skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang diuruskan keluarganya.

Mendahului senarai tentulah perdana menteri sendiri, Najib Altantuya yang terus memuji tindakan Shahrizat sebagai sesuatu yang patut dipuji kununnya sudah menyamai tabiat sesetengah pemimpin politik Jepun berundur apabila dikaitkan dengan sesuatu skandal yang menjadi bebanan kepada rejim pemerintah.

Tumpang semangkuk adalah malaon Felda yang juga ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang nampaknya terlebih syukur dengan keputusan yang dibuat Shahrizat.

Tidak ketinggalan, bakal Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal yang menyifatkan Shahrizat sebagai lilin yang membakar diri menerangi semula kesinambungan kerajaan rasuah dan salah guna kuasa Umno-APCO setelah agak sirna empat bulan sudah ekoran pendedahan skandal paling memalukan dalam sejarah 64 tahun parti reput itu berkuasa.

Kununnya dengan pengunduran Shahrizat bermakna Umno-APCO terselamat sekali lagi dari menjadi punching bag Pakatan Rakyat terutamanya melalui Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.

Persoalannya kini, apakah selepas pengumuman yang sama sekali tidak mengejutkan ini, Shahrizat akan menarik balik saman yang dibuat ke atas kedua-dua pemimpin PKritu sedangkan mereka berdua pula yang kini menyaman Shahrizat dari sudut penyelwengan kuasa dan menggunakan pengaruh sebagai menteri untuk mendapatkan projek yang dianggap gagal oleh Ketua Audit Negara pada Oktober tahun lalu?

Yang paling menakutkan kini adalah apakah dengan keputusan yang dibut Shahrizat akan mempengaruhi siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diminta melakukan siasatan sekali lagi kerana Pejabat Peguam Negara tidak berpuas hati dengan laporan sebelum ini?

Najib Altantuya pastinya berasa lega dengan keputusan ini akan tetapi sekiranya dia merasakan dengan "pengakhiran" episod drama Bollywood ini Barisan Najis akan kembali diterima rakyat adalah sesuatu gambaran paling silap.

Mengapa?

Kerana bukan setakat skandal pemimpin Umno-APCO saja yang disiasat, malah MCA dan MIC juga tumpang sekaki menanggung liabiliti di mahkamah walaupun beberapa keputusan berprofil tinggi pasti akan memihak kepada mereka atas arahan tangan ghaib Putrajaya.

Jangan ingat dengan pengumuman Shahrizat ini rakyat akan memaafkan kesalahan yang dilakukan, sebaliknya segala kemudahan dan kredit yang digunakan untuk membeli kondo mewah, kereta dan sebagainya mesti dipulangkan kepada rakyat tanpa mengira berapa banyak wang yang telah dibelanjakan.

Ia juga satu iktibar dan renungan buat pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak mengikut jejak pemimpin Umno-APCO kerana jika berlaku penyelewengan, rakyat tidak akan dapat menerima mereka kembali menjadi kerajaan biarpun apa alasan yang dikemukakan logik dan berasas!

SAYUR-NARA SHAHRIZAT JALIL!

JALAN PULANG


Pemimpin UMNO sambut baik keputusan Shahrizat

11/03/2012 8:21pm

KUALA LUMPUR 11 Mac — Pemimpin UMNO menyambut baik tindakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang diumumkannya hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafiee Apdal berkata, langkah yang diambil oleh Ketua Wanita itu baik dan tepat pada masanya demi menjaga kepentingan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga parti.

"Kita sangat menghargai keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ianya adalah baik dan tepat pada masanya untuk pastikan kejayan kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

"Ini juga tidak ada kaitan dengan dia bersalah atau tidak, tapi semuanya dilakukan adalah demi kepentingan kerajaan dan juga parti,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika dihubungi.

Shahrizat mengumumkan pengundurannya apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat 8 April depan.

Bagaimanapun, katanya beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita BN), selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shafiee meminta agar golongan wanita tidak berasa terjejas dengan pengunduran Shahrizat selaku menteri kerana kerajaan memberi jaminan tidak akan mengabaikan kepentingan dan sumbangan wanita kepada pembangunan negara.

— Tiewnama

Shahrizat Bukan Letak Jawatan, Tapi...



Bijak sungguh permainan kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kini lebih dikenali dengan menteri lembu, Shahrizat Jalil.

Kununnya dia akan melepaskan jawatan dalam kabinet pada 8 April 2012, sedangkan hakikat yang tersembunyi di sebaliknya, tempoh penggal sebagai Senator juga tamat pada tarikh yang sama.

Jadi apa implikasinya di sini?

Pertama, ia membuktikan bahawa Shahrizat memang terlibat dalam membuat keputusan berdasarkan kapasitinya sebagai menteri bagi mendapatkan projek ternakan fidlot nasional di Gemas, Negeri Sembilan untuk digunakan oleh ahli keluarganya termasuk suaminya sendiri, Mohamad Salleh Ismail.

Kedua, Umno-APCO mengakui Shahrizat sebagai pemimpin tercalar reputasinya dan sanggup menerima keputusan Shahrizat untuk mempertahankan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno-APCO walaupun sudah terang kesalahan yang dilakukannya.

Ketiga, tindakan Shahrizat bukti pemimpin Umno-APCO terus berusaha untuk mengekalkan jawatan masing-masing seberapa daya yang boleh sehinggalah tekanan datang dari pucuk pimpinan dan ahli belakang tabir seperti bekas perdana menteri Najib Altantuya.

Keempat, Umno-APCO masih sanggup menerima kepimpinan rasuah yang diamalkan sejak turun-temurun dengan penyandang jawatan boleh diambil tindakan atas budi bicara Presiden walaupun ia boleh bersikap double-standard seperti mana yang dilihat pada pemilihan Umno-APCO pada 2009 lalu.

Sekiranya Shahrizat benar-benar insaf akan kesalahannya, mengapa perlu memberi tempoh yang begitu lama untuk melepaskan jawatan padahal ia boleh dilakukan dalam hanya beberapa hari sahaja?

Tentulah ada muslihat di sebalik pengumuman yang tidaklah begitu mengejutkan, malah sudah boleh dijangka sejak seminggu lalu.

Najib Altantuya pula melihat keputusan Shahrizat ini sebagai tindakan "membersihkan" Umno-APCO padahal Shahrizat hanya melepaskan jawatan kabinet dan terus mengekalkan kedudukannya dalam parti reput berstatus syaitan bertopengkan manusia itu.

Tunggu saja malam nanti media rejim Umno-APCO akan memuji tindakan Shahrizat dan terus memuja Najib Altantuya sebagai pemimpin berkarisma padahal dirinya sendiri pun terbabit dalam skandal pembelian kondo di negara bakal besannya, Kazakhstan!

JALAN PULANG

TERKINI!! Shahrizat Sah Letak Jawatan 8 April 2012!

TERKINI!!



Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam dilaporkan berkata, beliau akan mengumumkan kedudukan Shahrizat pada waktu yang sesuai ekoran pelbagai khabar angin mengatakan senator itu akan meletakkan jawatan.

Dalam progam di Pasir Gudang, Shahrizat kelihatan berbincang dengan Najib beberapa ketika sebelum perdana menteri memberitahu perkara itu akan diumumkan tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.

Selain desakan pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti.

Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan."

TERKINI!! Shahrizat Jalil Umum Letak Jawatan Petang Ini

TERKINI!!



Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

“Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu,” katanya.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

“Shahrizat telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.


“Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut,” jelas Ketua Wanita Umno negeri.

Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.

“Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI,” kata sumber tersebut.

The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.

The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.

“Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur,” kata Presiden Umno itu di Johor.

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.

Demam "Lembu Shahrizat" Kini Merebak Ke Selatan


Bermula di Gemas virus yang membarah dalam projek Nasional Fidlot Centre (NFC) dijangka berjangkit ke negeri-negeri lain, sebelum ini dianggap kubu tradisi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakub berkata, aura Gemas yang mulai dikenali ramai ekoran pendedahan penyelewengan projek NFC membabitkan keluarga seorang menteri, antara punca kubu Umno di selatan semakin goyah.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu, Pakatan Rakyat menguasai 15 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan.

“Kesan tsunami 2008 sudah berlaku namun belum cukup kuat untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.

“Namun isu NFC di Gemas akan memarakkan lagi tsunami yang dijangka berjangkit ke Melaka, Johor dan Pahang,” katanya pada forum PRU-13, anjuran Gabungan NGO Kelantan di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Turut bertindak sebagai panelis Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Manakala Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah bertindak sebagai moderator.

Hadir sama Naib Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Wan Abdul Halim Wan Ismail dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus.

Isu NFC yang didedahkan Rafizi sejak tahun lepas ternyata membuatkan Umno makin lemas sehingga menyebabkan Perdana Menteri dijangka mengumum kedudukan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam masa terdekat ini.

Dr Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata, Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya memerlukan lima lagi Dun bagi memperkuatkan kedudukan mencabar Umno dan BN.

Beliau juga mendakwa banyak isu yang menarik perhatian rakyat berlaku di Negeri Sembilan termasuk Menteri Besar, Tan Sri Muhamad Hassan dikatakan membawa keluar wang berjumlah RM10 juta.

Menurutnya isu terbabit mengundang kepada tindakan Bank Negara menarik lesen sebuah pengurup wang yang disyaki bersubahat dengan pemimpin terbabit.

Mohamad pula berkata, tidak dapat dinafikan kemungkinan Bersih 3.0 diadakan sekiranya daftar pemilih tidak benar-benar dibersihkan.

Katanya, pertambahan luar biasa bilangan pengundi baru di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor begitu membimbangkan.

Misalnya parlimen Subang berlaku pertambahan sehingga 35 peratus, sedangkan Petaling Jaya Selatan yang terletak bersebelahan hanya meningkat 7 peratus.

Kata beliau berdasar kepada kajian didapati sembilan kawasan di Selangor berlaku pertambahan pengundi baru melebihi 20 peratus.

Rafizi pula mendedahkan rakyat Malaysia akan berdepan dengan kehilangan wang simpanan mereka di Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd sekiranya kerajaan tidak mampu membayar balik hutang yang dipinjam.

“Wang simpanan kita untuk hari tua akan hilang begitu sahaja sekiranya kerajaan tidak mampu membayar balik.

“Oleh itu bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat pada masa akan datang, PRU-13 menjadi langkah terbaik bagi menukar kerajaan yang ada sekarang,” ujarnya.


"Formula Baru" Najib Altantuya Dibongkar


Barisan Nasional (BN) akan menghapuskan formula perkongsian kerusi antara parti komponennya bagi memperolehi dua pertiga majoriti Parlimen dan beberapa negeri yang mereka tewas ketika Pilihan Raya 2008, menurut sumber yang sudah maklum dengan strategi Datuk Seri Najib Razak untuk pilihan raya akan datang.

The Malaysian Insider memahami Pengerusi BN itu akan menggunakan “calon boleh menang” untuk semua parti komponen kerana Najib mahukan calon yang berpeluang untuk menang tanpa mengira parti yang menduduki kerusi tersebut sebelumnya.

“Tidak kira sama ada Umno, MCA, atau MIC, Najib mahukan calon terbaik untuk kerusi tersebut,” jelas sumber berkenaan kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada arahan perdana menteri bahawa beliau akan memberikan sedikit nasihat kepada setiap calon.

Ketua kepada 13 pakatan pemerintah itu sering menegaskan keperluan untuk menghormati formula perkongsian kerusi yang diwarisi daripada Perikatan, parti terawal yang memerintah negara ini sejak Merdeka pada 1957.

Namun keputusan pilihan raya 2008 telah membuatkan formula tersebut perlu difikirkan semula kerana kebanyakan kerusi mempunyai majoriti Melayu yang sekarang ini mempunyai pilihan yang lebih ramai dalam parti — Umno, PAS, dan PKR.

BN hanya memenangi 140 kerusi daripada 222 kerusi pada 8 Mac, pilihan raya 2008 termasuk hilang negeri Kedah, Penang, Perak, dan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR). Mereka kembali memenangi Perak setelah tiga pemimpin PR melompat parti menyertai bebas dan menyokong BN.

Menteri dan ahli politik BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka menerima petunjuk dan arahan daripada perdana menteri kebelakangan ini untuk mengemukakan “formula perkongsian kerusi” antara parti komponen untuk memberikan kaedah baru terhadap realiti politik.

“Formula lama tidak lagi relevan sekarang ini sepanjang pengetahuan Najib. Beliau mahu menang besar dan ini bermakna meletakkan calon boleh menang,” kata seorang menteri kepada The Malaysian Insider dengan syarat dirahsiakan identitinya.

The Malaysian Insider bulan lalu telah melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah diminta untuk mempertahankan kerusi Parlimennya di Kepala Batas, satu petunjuk bahawa Najib mahu mengekalkan calon terbaik bagi menang besar.

Turut difahamkan bahawa veteran seperti Tengku Razaleigh Hanzah di Gua Musang dan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat di Pandan turut dijangka kekal sebagai calon BN disamping penglibatan mereka dalam Amanah, kumpulan yang menuntut menyalakan semangat perkauman yang dikatakan telah hilang di bawah pentadbiran BN.

Pergarakan BN menamatkan formula perkongsian kerusi boleh dilihat dalam mesyuarat tertutup Umno di Janda Baik pada Oktober 2009, enam bulan selepas Najib memperoleh kuasa, apabila parti politik menyatakan kekecewaan dengan kuasa formula perkongsian yang menjurus kepada kekalahan Pilihan Raya Umum 2008.

Ketika tiga hari perhimpunan Umno cawangan itu, turut terdapatnya suara yang Umno harus menyerahkan kerusi Melayu kepada wakil MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen lain.

Pendapat daripada ketua cawangan tersebut adalah parti komponen lebih lemah daripada Umno tidak mampu untuk mengalih undi daripada bukan Melayu kepada Melayu.

Sebaliknya, mana-mana kerusi kuat Umno adalah lebih baik diletakkan di kawasan kerusi majoriti Melayu.

The Malaysia Insider turut difahamkan Najib dan pemimpin kanan parti yang menghadiri mesyuarat berkenaan mensasarkan untuk menaikkan semangat pemimpin bawahan tidak komited terhadap kehendak Umno untuk tidak terlalu murah hati dalam meletakkan kerusi dengan komponen BN.

Beberapa pegawai Umno yang menghadiri mesyuarat tersebut berkata kepada The Malaysian Insider bahawa yang utama adalah meletakkan calon yang mampu untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya depan.

“Sekiranya kerusi ada 55 atau 60 peratus Melayu, lebih baik untuk diisi wakil Umno. Pilihan raya lepas kami berikan kerusi di Perak dan Selangor kepada parti lain dan mereka tidak mampu mempertahankannya.

“Parti-parti ini masih lagi mempunyai masalah dalaman dan tidak berupaya untuk meraih undi bukan Melayu. Lebih baik sekiranya calon Umno mengisi kerusi itu dan cuba untuk meraih kembali undi Melayu,” jelas pegawai berkenaan, yang turut meminta dirahsiakan identitinya kerana perjuampaan tersebut dilakukan secara tertutup.

Ketika perjumpaan tersebut, pegawai-pegawai turut bersetuju kekayaan Umno/BN harus dikekalkan untuk mengukuhkan pengundi Melayu - harapan yang tipis untuk mendapatkan undi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Dan dengan 58 peratus daripada 1.9 juta pengundi baru adalah Melayu, BN percaya peluangnya terhadap kumpulan pengundi ini dan juga sekutunya yang lain, kata pemimpin Umno.

“Kami perlu pasti dengan peluang terhadap pemilih, dan demografik. Ini bermakna perlu cara baru dalam pemilihan calon, berdasarkan merit, bukan kerana parti itu mempunyai kuasa selamanya terhadap kerusi berkenaan,” tambahnya.

Program "Meet Anwar" Berjaya Selami Nurani Anak Muda


Program Meet Anwar yang diadakan semalam di sebuah hotel di Ampang, berjaya menarik minat lebih 500 peserta yang kebanyakannya anak muda yang berpeluang bertanya secara terus dengan ahli parlimen Permatang Pauh ini.

Dalam perbincangan santai itu, Anwar menggariskan beberapa perkara yang perlu difahami anak muda terutamanya perjuangan dari segi politik serta kematangan dalam membawa masyarakat memahami perubahan persekitaran yang menuntut anak muda berada di barisan hadapan mendepani perubahan.

Walaupun ia berlangsung tidak formal tetapi peserta yang ditemui berasa sesi seperti ini patut diadakan dengan lebih kerap bagi mendedahkan anak muda tentang keadaan sebenar yang berlaku serta berupaya memupuk semangat cintakan negara dan menjadi ejen perubahan terhadap kezaliman yang berlaku kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pakatan pembangkang tidak berniat untuk mengejar majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.

Menurutnya, asalkan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah dalam pilihan raya umum akan datang, ia akan memulakan tugas memulihkan institusi-institusi negara yang sedang tenat.


"Siapa kata kita mahu majoriti dua pertiga? Pakatan hanya mahu menang. Jika kita boleh capai ini ... perkara yang paling penting adalah untuk memperbaiki institusi kami, termasuk badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam," katanya semasa berdialog dengan belia di Kuala Lumpur.

'Pendidikan percuma untuk semua'

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan ini akan memansuhkan keperluan untuk PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Ditanya mengapa beliau tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semasa menjadi menteri pelajaran, Anwar mengakui bahawa ia adalah sukar untuk melawan bos, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Anwar berkata beliau telah mencadangkan draf Akta Pendidikan yang merangkumi universiti yang boleh menjadikan AUKU tidak relevan, tetapi menegaskan ia tidak bergerak di bawah menteri pendidikan berikutnya.

Sementara itu, salah seorang peserta dialog tersebut secara terus terang tetapi berseloroh bertanya siapakah yang akan menggantikan Anwar sekiranya beliau meninggal dunia.

Secara berseloroh juga, Anwar menjawab: 'Saya belum pun mula, awak sudah mahu ganti".

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa isu itu bergantung kepada proses demokrasi, di mana dalam konteks PKR, penggantinya akan terdiri daripada pemimpin parti itu sekarang.


Najib Altantuya Dan Salah Guna RM409 Ribu Pertunangan Anak


Nampak gayanya, rasuah semakin menjadi-jadi di Malaysia dengan peneraju utamanya adalah Najib Razak yang menjadi contoh untuk menteri kabinet yang lain. Jika tuduhan terhadap beliau adalah benar, Najib seharusnya dibawa ke muka pengadilan.

Bukan sahaja beliau dituduh menyalahgunakan kuasa, pemimpin berusia 59 tahun itu mungkin mengecewakan lagi rakyat apabila mereka mendapat tahu pada Jumaat lepas bahawa Perdana Menteri telah menggunakan wang rakyat bagi membayar perbelanjaan majlis pertunangan anaknya.

“Ini bukan perkara kecil. Ia mungkin hanya RM409,767 tetapi ia menunjukkan betapa teruknya kerajaan kita yang sanggup menggunakan dana kerajaan untuk membiayai perbelanjaan peribadi PM dan juga menteri kabinetnya,” ujar pengarah strategi PKR Rafizi kepada sidang media yang dinanti-nantikan pada juamaat lepas.

Rafizi menunjukkan bukti dengan sebuah salinan pesanan untuk majlis makan daripada Shangri La Hotel, yang menjadi penyedia makanan untuk majlis pertunangan yang diadakan di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri. Inbois berjumlah RM 409,767 itu telah dibilkan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Rafizi juga memberitahu wartawan bahawa Najib mungkin membayar balik bil tersebut tetapi ia masih lagi satu penyalahgunaan kuasa kerana menggunakan jabatannya untuk menguruskan majlis tersebut yang dihadiri oleh 1000 orang jemputan. Menurut Rafizi lagi, perkara ini telah menimbulkan spekulasi mengenai pendapatan Najib.

“Jika dia telah bayar balik, kami mahu tahu dari mana dia dapat wang tersebut. Ia sangat banyak, hampir setengah juta untuk majlis pertunangan,” tambah Rafizi.

JPM tolak dakwaan Rafizi yang mungkin sudah melakukan banyak pembongkaran

Sementara itu, JPM telah menolak dakwaan tersebut dalam kenyataan 2 perenggan yang dikeluarkan mereka. Ini hanyalah membayangkan betapa Rafizi mungkin telah melakukan pembongkaran yang tepat.


Walaupun telah 3 tahun menjadi PM, Najib telah dihujani dengan pelbagai dakwaan rasuah. Masih kuat spekulasi yang mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya dan juga menerima ganjaran RM 570 juta daripada sebuah firma Perancis, DCN yang menjual 2 buah kapal selam Scorpene pada tahun 2002.

“Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sepatutnya memohon maaf atas dakwaan beliau yang palsu itu. Ia berupa fitnah dan memburukkan nama Perdana Menteri,” menurut kenyataan daripada JPM.

“Tiada dana rakyat yang digunakan untuk membiayai kos majlis pertunangan anaknya, ia telah dibiayai sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarga beliau.”

Walaubagaimanapun, kontroversi pembiayaan majlis pertunangan anak Najib itu, Nooryana Najwa yang berkahwin dengan anak saudara pemimpin di Kazakhtan tahun lepas bukanlah kontroversi pertama. Semasa lawatan rasmi ke sana pada Jun lepas, Najib dan isterinya Rosmah Mansur telah didakwa membawa bersama mereka jemputan mereka untuk menghadiri majlis pertunangan Nooryana di sana.

Jemputan mereka itu didakwa telah diterbangkan ke sana menggunakan kelas Pertama sebagai sebahagian daripada delegasi lawatan rasmi. Perbelanjaan itu telah ditanya di Parlimen. Kementerian Luar terpaksa mengakui bahawa kos perjalanan berjumlah RM 1.1 juta.

Pembongkaran kecil daripada skandal-skandal yang lebih besar

Perbelanjaan mewah telah lama membelenggu pentadbiran Najib. Bukan sahaja rosmah yang menjadi perhatian kerana kemaruk membeli-belahnya, koleksi beg tangan Birkin dan cincin berlian benilai USD24 juta, Najib sekeluarga juga telah diketahui pergi bercuti di Perth semasa Hari Malaysia.

Yang paling teruk, Najib telah menggunakan jet kerajaan untuk membawa tetamunya ke Perth. Apabila tertangkap, sebab yang mereka beri adalah mereka telah ke sana untuk majlis rasmi bersama pelajar Malaysia dan najib telah memberikan sebuah ucapan yang memberikan inspirasi kepada pelajar kita. Tetapi malangnya untuk Najib, para pelajar cepat-cepat menidakkan dakwaan tersebut di Facebook dan terus memburukkan situasi untuk keluarga Perdana Menteri.

“Ini mungkin sedikit sahaja daripada skandal-skandal besar yang kita tidak tahu. Sepatutnya ada siasatan dan penelitian dalam perbelanjaan JPM. Jawapan samar-samar dan memberi nilai secara keseluruhan tidak dapat diterima. Sepatutnya ada perincian perbelanjaan. Ini adalah perkara asas dan ia sepatutnya diketengahkan kepada rakyat demi kepentingan mereka,” ujar Rafizi.

Hubungan dengan Kazakhstan

Tetapi sekarang, semua mata tertumpu pada Kazakhstan. Baru-baru ini, diketahui bahawa pengarah Pusat Feedlot Kebangsaan telah membeli apartmen bernilai RM1.7 juta yang bakal digunakan sebagai ofis di Almaty, di bahagian selatan Kazakh.

Pengarah NFC adalah suami dan anak kepada Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Mereka telah didakwa menyalahgunakan kuasa dan menyalahgunakan pinjaman kerajaan berjumlah RM250 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar, Singapura dan sekarang, Kazakhstan.

Perjanjian pinjaman itu mengatakan bahawa ia hanya boleh digunakan untuk membangunkan projek ternakan lembu- mengukuhkan dan menguruskan “sebuah pusat Feedlot yang konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia untuk membangunkan, mempromosi dan menjaga pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu…”

“Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFCorp sememangnya tidak menternak lembu atau mendapatkan dagingnya di Kazakhstan tetapi membeli apartmen di sana,” ujar Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua dalam kenyataan beliau pada hari Khamis.

Najib menyaksikan penjanjian 5 memorandum persefahaman di Kazakhstan. Salah satu di antaranya adalah berkait dengan NFC yang membuat perjanjian dengan pihak Kazakh untuk mengimport daging lembu di Malaysia.

“Beliau tidak dapat lari lagi. Dalam kes Kazakh-NFC, beliau harus berterus-terang. Bagaimana beliau sebagai PM dan menteri kewangan boleh endorse perjanjian yang menyalahi perjanjian pinjaman NFC, yang bertujuan melindungi kepentingan rakyat Malaysia. Ini adalah wang rakyat. Sama juga dengan RN409,767 untuk majlis pertunangan anaknya di Putrajaya. Adakah kita akan membayar segalanya untuk mereka, baik kecil atau besar? Jika ini adalah penyalahgunaan kuasa, bukan sahaja ia salah tapi ia jenayah. Rasuah itu jenayah dan tidak boleh dibenarkan berlaku,” tegas Rafizi.