Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Monday, January 21, 2013

KANTOI! Utusan Kalah Lagi!


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya, Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.

Hakim VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari depan.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggungjawab.

Anwar dalam mesej di Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti."

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS, Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum KEADILAN itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.