Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Wednesday, January 02, 2013

PANAS! Deepak Bakal 'Serang' SPRM!


Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian dijangka akan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dalam minggu ini.

Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.

"Oleh itu dia telah meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.

"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya.

Ditanya mengenai identiti pegawai yang telah memanggilnya, Deepak memberitahu beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan bahawa beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.

Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai punca kehadiran beliau dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM. 


Bagaimanapun, dipercayai antara isu yang menjadi perhatian SPRM termasuk skandal pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu selain isu rasuah RM5 juta yang dibayar kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang diarah membuat akuan bersumpah (SD) kedua bagi menutup akuan pertama yang mengaitkan perdana menteri, Najib Altantuya dengan misteri pembunuhan model itu.

Arahan dikatakan sudah dikeluarkan bagi meneruskan penyiasatan termasuk mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pejabat Peguam Negara dan keputusannya bergantung kepada keterangan yang bakal diberikan Deepak dalam masa terdekat.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendesak SPRM dan pihak berkuasa menyiasat dakwaan Deepak yang terus mencalarkan imej Najib Altantuya dan negara kerana sehingga kini tiada sebarang penafian atau penjelasan diberikan mana-mana pihak.