Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com
Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com
Wednesday, February 27, 2013
Jambatan Pulau Pinang Sudah Mula Bermasalah?
Laluan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth (tanah besar) menghala ke Georgetown (pulau) semalam mengalami kesesakan luar biasa ekoran berlaku masalah teknikal di atas jambatan itu.
Pegawai Operasi Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Amran Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya mengenalpasti masalah teknikal pada besi penghubung jambatan sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedang menunggu laporan lanjut dari kontraktor bertugas.
"Kita mengesan masalah ini pada pukul 10.37 pagi tadi (semalam). Setakat ini hanya satu lorong di bahagian tengah ditutup dan kita masih tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk memulihkannya," katanya.
Beliau menasihati pengguna jambatan merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan atau mereka menggunakan feri sebagai alternatif untuk ke pusat bandar.
Kerosakan teknikal itu telah mengakibatkan kesesakan di atas jambatan sehingga lebih 3 kilometer dari Seberang Jaya.
| Reaksi Anda: |
Jambatan Pulau Pinang Sudah Mula Bermasalah?
2013-02-27T10:12:00+08:00
Jalan Pulang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



