Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Wednesday, February 27, 2013

Siapa Ganti Saifuddin Nasution Di Machang?


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah, sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang, Kelantan.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.


Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya KEADILAN di Kedah.

“Bagi tujuan itu, KEADILAN akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu (Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya.

Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon KEADILAN, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan parti itu tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.