Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Tuesday, February 12, 2013

Video Najib Altantuya Dimalukan Di Pulau Pinang!


Dianggarkan kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang semalam untuk menyaksikan persembahan lagu 'Oppa Gangnam Style' oleh penyanyi pop Korea Selatan, Psy.

Persembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri, Najib Altantuya semalam.

Najib Altantuya ditemani isterinya, Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay.

Najib turut ditemani bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri, Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan, Ng Yen Yen.

Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah.

Ahli Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka.

Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.

Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, sebelum Psy membuat persembahan 'tarian kuda', dalam ucapannya, Najib Altantuya diboo setiap kali mengatakan 'Are You Ready For BN?' (Adakah anda bersedia untuk mengundi BN?') malah mentertawakannya.