Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Friday, March 08, 2013

PANAS! Mengapa Najib Altantuya DAN Mahathir Mesti Diheret Ke Mahkamah?


Pengakuan secara rela tanpa paksa Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.
Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Najib Altantuya.
“Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib Altantuya perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.
“Beliau juga kena minta maaf kepada Anwar dan rakyat kerana terlibat dalam konspirasi ini,” kata Surendran ketika dihubungi.
Dalam sidang media pagi tadi, Azlan mendedahkan semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau dirancang serta diskripkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh dan peguam Zamri Idrus.


Beliau juga mengesahkan Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.
Katanya, Fitnah II adalah konspirasi terancang peringkat tertinggi untuk memenjarakan Anwar buat kali kedua.
Justeru, Surendran mendesak supaya Najib Altantuya dan pimpinan Umno termasuk Peguam Negara, Abdul Gani Patail diheret ke mahkamah kerana terlibat dalam konspirasi tersebut.
“Pengakuan ini membuktikan Fitnah II adalah konspirasi. Penyiasatan menyeluruh perlu bagi membuktikan siapa dalang terlibat. Najib Altantuya tidak boleh lari dan beliau mesti diheret ke mahkamah,” katanya.
Sebelum ini, Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful, bekas pembantunya.
“Siasatan perlu dijalankan berkaitan peranan Umno BN dalam Fitnah I. Pemimpin Umno yang terlibat – Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi juga mesti diheret.
“Penglibatan Gani Patail dalam fitnah ini juga mesti segera disiasat,” tegas Surendran.
Anwar ditangkap pada malam 20 September 2008, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Dalam kes Fitnah II, Gani dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan memainkan peranan penting memalsukan keterangan terhadap Anwar dalam kes 1998 dan insiden mata lebam.
Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar ketika dipukul Ketua Polis Negara, Rahim Nor pada 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.


1 comment:

  1. sebab dua setan ni adalah penjenayah berat negara.

    ReplyDelete