Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Wednesday, March 06, 2013

TERKINI! OPERASI DAULAT DITERUSKAN! 30 PENCEROBOH TERBUNUH!


TERKINI!


Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang puak penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.

“Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu,” laporan Utusan Malaysia dipetik.

Laporan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu juga menyebut, terdapat “khabar” yang menyatakan pemimpin kumpulan berkenaan Raja Muda Azzumudie terbunuh namun perkara itu tidak disahkan.

Sementara itu laporan akhbar Berita Harian pula yang memetik sumber mendakwa pasukan keselamatan, yang menjalankan operasi pembersihan selepas pengeboman semalam, menjumpai antara 20 hingga 30 mayat musuh.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star pula hari ini melaporkan pasukan tentera memindahkan penduduk dari dua buah kampung berdekatan - Kampung Labian dan Kampung Batu.

Penduduk tempatan sebelum ini mendakwa kumpulan penceroboh memasuki kawasan tersebut dan menawan penduduk.


Pasukan keselamatan, setakat malam tadi, masih belum menyatakan jumlah rasmi yang ditemui dalam operasi besar-besaran diketuai pasukan polis.

Ketua polis negara, Ismail Omar pula hari ini dijangka menjelaskan perkara itu hari ini dalam sidang medianya.

Kesultanan Sulu semalam menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu terbunuh dalam operasi berkenaan.

Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan, Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang semalam.

Lapan buah pesawat tentera Malaysia semalam dilaporkan menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom pemusnah di kawasan yang didakwa diduduki Azzimudie dan pengikutnya di Kampung Tanduo.


Setakat jam 11:35 pagi tadi, operasi ketenteraan melalui darat diteruskan bagi mencari saki-baki puak penceroboh yang bermula jam 7 pagi tadi.

Berita mengenai lebih 10,000 puak penceroboh yang ingin memasuki Sabah melalui beberapa pulau di selatan Filipina iaitu Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi masih belum dapat disahkan kerana sempadan perairan negara sudah dikawal ketat 24 jam melalui pemantauan pihak berkuasa termasuk Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).