Kisah Panjang Perjuangan Politik Malaysia I Sebarang Berita Dan Maklumat SULIT Sila Emel cheannst@gmail.com


MAKLUMAN

ADMIN DAN MODERATOR BLOG MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL BERKENAAN DENGAN DR ABDUL RAHMAN KADIR YANG DISIARKAN PADA 3 MEI 2013 SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Wednesday, March 06, 2013

TERKINI! Siapa Pengganti Mendiang Presiden Hugo Chavez?


Teka teki berhubung siapa yang akan mengetuai kerajaan Venezuela akhirnya terjawab.

Susulan kematian Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang meninggal dunia jam 4.55 pagi tadi waktu Malaysia (4.25 petang Selasa waktu Venezuela), Naib Presiden, Nicolas Maduro (kanan) dilantik sebagai presiden sementara sehinggalah pilihanraya presiden baru diadakan.

Bagaimanapun tarikhnya belum lagi ditetapkan kerana kerajaan kini sibuk menguruskan upacara pengkembumian bekas presiden berusia 58 tahun itu.

Chavez meninggal dunia akibat penyakit barah di Hospital Tentera di ibu negara Caracas dengan kawalan ketat keselamatan mula ditingkatkan sejurus pengumuman kematiannya dibuat Maduro jam 4.40 petang waktu tempatan.

Maduro memberitahu pemberita antarabangsa bahawa proses peralihan kuasa berjalan lancar walaupun Caracas diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Beratus rakyat Venezuela berhimpun di jalan raya sekitar Caracas bagi meratapi pemergian mendiang selepas berita kematian pemimpin itu diumumkan oleh Maduro pagi tadi.

Kebanyakan penduduk kota menunjukkan wajah sugul dan muram sambil berpelukan antara satu sama lain dan melaungkan slogan menyokong Presiden Hugo Chavez berhampiran istana presiden Miraflores. Sebahagian mereka memakai kemeja-T dengan slogan “Mara ke hadapan komander!” 


“Saya amat merasai kesakitan itu, saya tidak mampu bercakap,” kata Yamilina Barrios, 39, seorang kakitangan swasta yang turut serta dalam perhimpunan berkenaan. 


"Beliau (Chavez) adalah perkara terbaik yang negara ada. Saya sangat mengagumi dia. Mari bersama-sama kita harapkan seluruh negara bertenang dan meneruskan tugas yang ditinggalkan beliau," yang ditemuramah agensi berita antarabangsa Associated Press (AP).


Beberapa stesen televisyen tempatan menyiarkan biografi mendiang yang disifatkan anti-Anglo Amerika paling hebat dalam sejarah negara itu dan kuasa minyaknya yang banyak membuatkan Amerika Syarikat terus menekan negara di benua Amerika Selatan itu sejak 2006.

Punca kematian mendiang masih lagi disiasat bagaimanapun kerajaan tidak menolak Chavez diracun hingga menyebabkan barah yang membelenggu hidupnya sejak lebih dua tahun lalu.

Beberapa pemimpin dunia mula mengucapkan takziah ke atas keluarga mendiang, antaranya Presiden Rusia, Vladimir Putin, Perdana Menteri Britain, David Cameron, Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Setakat berita ini ditulis, Perdana Menteri Malaysia yang bakal disingkirkan, Najib Altantuya belum lagi mengutuskan kawat takziah sama ada kenyataan rasmi dari Wisma Putra atau melalui laman mikroblog Twitter walaupun pengikutnya di laman itu kononnya lebih sejuta orang.

Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan ucapan takziah ke atas mendiang dalam satu kenyataan media lewat petang nanti.

JALAN PULANG